Followers

Monday, September 8, 2014

Teringin 'Beringin'


Nasi Beringin

Bila nengok masakkan difacebook auntie teringin untuk makan
Bukan masakkan orang lain tapi isteri kpd sepupu uncle
Wahhh..auntie tak pernah makan nasi macam tu

Jadi auntie tanpa segan silu
Mohon nak rasa masakkan tu
Auntie luahkan dalam inboxnya
Selepas tu auntie, Menyuarakan pada uncle
Huishhh, auntie kena marah
Katanya..
Teringin, teringin...dah tu menyusahkan orang
Huhuhuhu auntie sentap dan takut
Uncle jarang marah auntie
So, bila dia berkata macam tu
Auntie anggap memang dia serius marah
Auntie inbox balik dan kata jgn susah2
Kena marah ni sbb menyusahkan
Tapi Alhamdulillah Allah masih membuka hatinya
Untuk masakkan juga untuk auntie 

Semalam Tengku Badariah telah membawa masakkannya
Kerumah auntie, merasalah auntie makan sebelum ke tanah suci
Ribuan syukur


Nasi Beringin
Sedap sangat nasi yang ada rasa kombinasi nasi minyak dan nasi lemak
Katanya, nasi ni bukan tanak tapi kukus
Wangi toksah cakap, memang bila bukak periuk semerbak 
Bila masuk mulut yummyyyy amat

Lauk pauknya pula..






Uncle orang pertama makan
Hihihi...
Tak sempat sepupunya baca doa sebelum makan
Tapi takper auntie lihat uncle dah berdoa sendiri 
Sepupu uncle baca doa, barulah kami makan pula

Aduhai..amat sedap
Auntie makan tiga senduk, 
lebih dari catuan harian yg selalunya malam auntie tak makan nasi
Masakkan tu lepas untuk untuk kami makan berenam
Uncle, auntie, sepupu uncle, isternya, anaknya dan dua cucu dan P G
Ada lebih lagi, jadi auntie bersarapan lagi tadi setelah auntie perangatkan
Alhamdulillah, kami dilimpahi kasih sayang dan kebahagian
Anugerah nikmat yg tak terhingga dari Allah

Ribuan Terima Kasih pada Tengku Badariah dan suami
Memenuhi teringin nasi beringin

Sweet couple 

Wahhh.. Mood menulis banyak ni
Dah berhari2 auntie amat tak ada masa untuk menulis diblog
Ramai tamu tanpa mengira masa
Siang hingga kelarut malam
Menghadirkan diri ke Kenduri kesyukuran dari adik dan kawan auntie dirumah mereka
auntie amat terharu, mereka buat kenduri untuk auntie dan abam jubah untuk ke tanah suci
Tapi auntie kena berhenti menulis sekejap 
Nak bersolat Duha dulu
Moga mood tak terbantut untuk buat n3 lagi untuk hari ni
Nak ke dengar celoteh auntie lagi?
Hihihi

18 comments:

  1. Salam Aunty...

    saya pulak dah teringin kat nasi beringin tu...menyelerakan!

    Semoga Aunty & Abam Jubah selamat pergi & kembali, dipermudahkan segala urusan dan dilimpahi rahmat sekeluarga, Insya Allah.

    Lots of love :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali MsFigure,
      hihihi sedap sungguh nasi beringin, googlelah dan cuba buat sendiri.

      Aamiin doa utk auntie dan abam jubah.

      Hugggs

      Delete
  2. Aunty, nak confirm alamat rmh...sb org courier call just now x jumpa rmh aunty. Mtk anak aunty resend kepada hasnida.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Dah sampai pun poslaju tu kat rumah auntie.
      Ribuan Terima Kasih atas bekalan utk auntie ke Mekah.

      Delete
  3. naaak aunty... semoga aunty selamat pergi dan pulang dan moga mendapat haji mabrur.. moga Allah SWT permudahkan segala galanye aunty di sana.. InnShaaAllah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rohaya macam mana auntie nak tulun? auntie sendiri pun tak reti masak menu ni
      hihihi

      Aamiin atas doa rohayaroy.
      Terima kasih sudi doakan auntie.

      Delete
  4. sedaaaap sangat nampak juadah tu.. nyummmyy..

    ReplyDelete
  5. sedapnya nampak Nasi Beringin dan lauk pauknya tu auntie. Selamat menunaikan ibadah Haji Auntie dan Uncle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah memang sedap.
      Terima kasih atas ucapan utk auntie.
      Uncle tak pergi dengan auntie tapi abam jubah mengiringi

      Delete
  6. Unty...rase sedih plk baca..huhu..unty, selamat pegi dan blk..semoga unty sihat cergas di sana dan dipermudahkan segala2 nyer aminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Aisyah, memang sedih bila dijemput ketanah suci, rasa amat bertuah.

      Aamiin atas doa kesihatan auntie utk menunaikan ibadah haji nanti.

      Delete
  7. Salam kak Nanie
    Alhamdulillah.. murah rezeki..

    Syukur kakNanie dapat jadi tetamu Allah tahun ni. Selamat berangkat ke Tanah Suci. Bila berangkat? Semoga mendapat haji mabrur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Makchaq yang jadi unknown ni hihihihi

      Alhamdulillah, limpah kasih sayang dari Allah.

      Ohhh akan akan berangkat pada hari ahad 14/9

      Terima Kasih sudi doakan akak.

      Aamiin

      Delete
  8. Sori kakNanie, komen jadi unknown pulak... opis kami x boleh buka blog..tadi curi2 tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haippppp jangan curi2 nanti dosa makchaq
      hihihihi

      Delete
  9. Salam Aunty,

    Allah lamanya tak menulis di sini. Selalu baca sahaja, become your silent reader :)...
    Nampak gambar Aunty Bad. Lamanya tak dengar berita dia. Blog Aunty Bad pun dah lama sunyi. FB Aunty Bad pun dah lama sunyi dari entry2 ... dulu selalu dapat tengok ... kirimkan Salam Dayah pada dia yer Aunty.

    Aunty pun jaga diri. Moga di beri kekuatan menunaikan ibadah haji dengan mudah dan moga beroleh haji yang mabrur. Amin.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...