Followers

Wednesday, September 10, 2014

Serunding dan Sambal Bilis for Haj Trip

Ada poslaju sampai petang Isnin
Memang auntie tak expect ada parcel nak sampai
Tertanya2 juga sapa pula yang hantar parcel 
 Budak pos laju menyebut nama auntie
Ketika tu, auntie tak pakai cermin mata
Satu benda tak nampak atas borang nak sign
Jadi....tak payahlah makcik, kata budak tu
Bagi jer ic no makcik, saya tulis kat sini
Nasib memang hafal no tu
Hihihi






Dah pakai spec baru tahu
Ohhh...facebook friend rupanya
Hasnida Binti Ismail
Excited nak tahu apa yang auntie dapat kali ni
Ishhh...kebudak2kan perangai auntie, masih gemar 
Bukak2 parcel dan bungkusan hadiah
Hihihi



Alhamdulillah
Serundingggggggggg
Ada Serunding ayam dan daging
Ribuan Terma Kasih Hasnida
Auntie akan bawa ke Mekah
Dan auntie juga akan makan bersama jemaah2 sebilik nanti, sama2 merasa
Moga ianya jadi suatu ibadah sedekah disana
Aamiin

Disamping itu, auntie juga ada serunding yang di beri oleh adik auntie
Ni pun akan auntie bekalkan utk abam jubah makan
Bersama ahli jemaah dibiliknya nanti
Syukur


Tapi auntie tak pasti ayam atau daging
Auntie nak transper ke bungkusan2 kecil, senang utk sekali makan

Anak auntie Pija pula order sambal bilis yang super sedap
Auntie pernah dan dah biasa makan sambal bilis ni
Memang sesuai untuk dibawa keluar negeri sbb sambalnya kering
Kata pija boleh tahan sebulan
Alhamdulillah



Serunding dan Sambal Bilis ni, 
auntie cadang makan dengan roti disana nanti
Harap2 senang dapat roti disana

Selepas Zohor nak ke Carrefour pula nak cari
Sepasang jubah putih lagi dan tudung putih labuh
Auntie nak pakai ketika menaikki pesawat ke Mekah
Ohhh...flight auntie akan terus ke Mekah
Abam jubah pula akan memakai pakaian Ihram
Kami akan mengerjakan
Haji Tamattuk'




Auntie mengucapkan ribuan terima kasih
diatas kesemua readers auntie diblog dan facebook
yang telah
memberi ucapan dan doa 
selamat beribadah
kesihatan yang baik
permudahkan urusan
selamat pergi dan selamat pulang

Terharu.....






34 comments:

  1. Assalamualaikum, Auntie. Auntie, sy doakan agar auntie dapat pergi dan pulang dengan selamat. Dipermudahkan segala urusan auntie dan mendapat haji yg mabrur. Tiada apa yg dapat dikirimkan selain doa buatmu dan Abam Jubah. terima kasih byk kerana selalu menghiburkan hati dengan coretan2 auntie. Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam SKTJ,

      Aamiin akan doa2 mu.

      InShaAllah jika ada umur auntie akan terus mencoret pengalaman auntie disana nanti

      Delete
  2. selamat berangkat aunty...moga diberi kesihatan yg baik disana...dimudahkan segala urusan dan insyallah hàjinyg mabrur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih sheila arshad doakan kesihatan dan permudahkan perjalanan auntie.

      Aamiin.

      Delete
  3. Assalamualaikum kak, saya silent reader akak. Saya doakan akak & anak selamat pergi & balik. Semoga akak & anak diberikan kesihatan yang baik & serta dipermudahkan segala urusan serta beroleh haji yg mabrur. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam che nor,

      Wah silent reader, tq kali ni dah bersuara dan tinggalkan jejak.
      Terima Kasih doakan akak, terharu
      Aamiin

      Delete
  4. Ramai yg sayang auntie kan
    Moga perjalanan diberkati dan dipermudahkan beramal-ibadah. Di sana memang mana-mana pun ada jual roti auntie cuma gardenia kakak macam tak nampaklah pulak hihi... Yg ada roti macam roti peranchis tapi kecik-kecik dan lembut. Sedap makan dgn serunding tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie

      Moga mereka terus akan menyayangi auntie...sob sob sob happy plus sedih

      Aamiinkan doa utk perjalanan disana nanti.

      Ohhhh...roti perancis kegemaran auntie. Jika ada Alhamdulillah

      Delete
  5. Salam Aunty
    Saya doakan Aunty dan abam jubah selamat pergi Dan dapat beribadah dengan tenang. Take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Me,

      TQ dear for your prayer.
      Aamiin

      Delete
  6. Assalamualaikum Auntie Nanie
    Saya doakan auntie & abam jubah selamat pergi dan selamat pulang, peroleh haji yang mabrur
    Moga auntie diberikan kesihatan yg baik sepanjang beribadat di sana
    InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Fazleyatul Aini

      Aamiin
      terharu kerana sudi mendoakan auntie.
      terima kasih

      Delete
  7. jaga diri baik2 untie.. semoga mendapat haji yg mabrur..amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan sentap,

      Aamiin.

      Walaupun sentap tapi sempat mendoakan auntie
      sebenarnya you perempuan hebat.
      TQ

      Delete
  8. Assalam, semoga diberi kesihatan yg berpanjangan & dapat melakukan ibadah dgn sempurna & mendapat Haji yg mabrur, amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Fieza,

      Aamiin.

      Terima Kasih, terharu kerana sudi doakan auntie.

      Delete
  9. Sedapnya serunding2 tu auntie. Tapi yang sambal bilis tu selalu tgok org post. Memang nampak sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Eka hihihihi sebenarnya sebungkus dah habis kat sini dah
      auntie jamu tetamu2..

      Bilis tu pula memang super sedap

      Delete
  10. InshaAllah sabtu ni Filla and Elly nak jumpa Auntie sebelum berangkat ke tanah suci.. tunggu yeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyyyyy auntie gembira nak jumpa
      InshaAllah

      Delete
  11. Sedap serunding tu auntie...sesuai dibawa tahan lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Ena, memang boleh tahan lama serunding tu

      Delete
  12. selamat berangkat auntie...memang sedap sambal bilis waghih tu...mimie dah cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal tu ada yang Extra Hot, tapi pija belikan auntie yang tak brapa hot katanya
      bila auntie buka dan makan sebekas, hot lah juga hihihihi

      Delete
  13. Selamat berangkat auntie....semoga memperoleh haji yang mabrur dan segala ibadah dipermudahkanNya....

    ReplyDelete
  14. Selamat menunaikan ibadah Haji Auntie. Semoga beroleh haji yang mambrur. Doakan kami ada rezeki ke sana nanti juga ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin

      Terima Kasih Ain kerana sudi mendoakan auntie.

      Delete
  15. selamat berangkat auntie.. semoga mendapat haji yg mabrur dan dipermudahkan segala urusan disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin

      Terima kasih mamabeauty kerana sudi mendoakan auntie/

      Delete
  16. Assalamualaikum Aunty, Di doakan semoga Aunty akan sentiasa sihat dan dapat mengerjakan ibadat Haji dengan sempurna...Aamiin

    ReplyDelete
  17. Salam aunty.
    Serunding dan sambal bilis tu jgn lupa bawa masa pergi Arafah dan Mina sbb masa tu lah kita perlu kepada lauk tambahan sebab lauk di sana rebus2 tawar je,. Masa di Mekah dan Madinah biasanya akan ada lauk yang macam2 .Kalau Ini mengikut pengalaman saya tahun 2009 dulu. Sekarang wallahu aklam mungkin dah tak sama.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...