Followers

Tuesday, September 9, 2014

Barang2 Tajaan untuk Musim Haji 1435H

Cerita packing2 lagi



Semalam anak auntie abam jubah gi ambil hand luggage di TBH
Untuk auntie, kawan auntie dan dirinya sendiri

Huishhhh...banyak barang dalam tu
Alhamdulillah,  barang2 sponsored dari syarikat2
Vitamin C dan multi vit, cream tumit, eye drop, sabun mandi bacterial, ubat gigi, berus gigi
Anti bacterial swipes, face towel, 
kipas bateri, torch light, botol spray air zamzam dan penutup hidung utk habuk
Ubat cair kahak, ubat sakit kepala, ubat sakit lutut
Toileteries bag, sejadah, uncang kasut dan uncang batu ketika diArafah nanti
Alhamdulillah

Ermmm....tadi jiran auntie datang
Dia tolong auntie pack hand luggge auntie untuk satu persalinan pakaian
Hihihihi dan juga, dia tolong ikatkan reben kat beg auntie






Meriah sangat ni kata auntie
Tak per, nanti dari jauh dah nampak dan kenal beg katanya
Juga dia pesan supaya ikat reben di kerusi roda
Lagi terharu dia suruh auntie bawa tongkat
siap tolong buatkan penyangkut dengan tali dikerusi roda
Supaya boleh auntie sarungkan di pergelangan tangan, tak tertinggal katanya


Adjustable tongkat ni, boleh pendekkan
Tongkat tu dia beli di Mekah dan hadiah kat auntie beberapa tahun yang lalu
Kini tongkat tu akan balik kampungnya kata kawan auntie

Mana Beg kecil silang?
Tanya auntie
Ohhh..TBH akan issue di Kelana Jaya nanti

Auntie nak keluar sekejap, nak beli jala untuk sarung beg
Dan banyak lagi....

Menghitung hari....







28 comments:

  1. Selamat berangkat auntie...cantik bag haji tahun ni. Semoga dapat haji yang mabrur :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh setiap tahun lain beg nya ye?

      Aamiin terima kasih shaliza

      Delete
  2. ramai yg sayangkan auntie...beruntungnya badan :) Alhamdullilah..
    semoga dipermudahkan segala urusan auntie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, Alhamdulillah limpahan kasih dan sayang dari Allah melalui anak2 siber
      Alhamdulillah

      Aamiin akan doa tu.
      Terima Kasih Ai

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan dan Auntie selamat menjalankan ibadah Haji nanti...

    ReplyDelete
  4. As Salam...Auntie, saya mendoakan semuga auntie dn abam jubah sentiasa dipermudahkan segala urusan sewaktu berada disana...semuga mendapat Haji yg mahbrur....selamat pergi dan kembali yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam eyda,

      Aamiin

      Terima Kasih eyda, terharu kerana kesudian mendoakan auntie disana

      Delete
  5. Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya buat akak...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah....ada yang membantu untuk persiapan auntie semoganya berjalan dengan lancar auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,

      Urusan banyak dipermudahkan olehNya sebelum dan sesudah nanti.
      InShaAllah

      Delete
  7. ALhamdulillah. Seronoknya tengok orang pergi ke Mekah. Teringin nak jejak kaki ke sana. Doakan saya jugak dapat ke sana ya Auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Puan Eka,

      Nak kesana, pasanglah niat dari sekarang dan usahalah akan urusan2 kesana
      dengan menabung dan sebagainya

      Delete
  8. Salam kakNanie,
    Entah pasai apa rasa terharu pulak baca entri ni.. tengok gambaq2 barang2 yg dah pack..rasa sayu pulak..

    Moga dipermudahkan segala urusan kakNanie, Khairul, dan kawan kakNanie di sana dan semoga dipermudahkan juga urusan abang bob di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali makchaq

      Memang perasan akan terharu bila menceritakan hal2 tanah suci.

      Aamiin doa2 makchaq

      Terima Kasih yea

      Delete
  9. aunty... terharu baca.. ramai kawan dan kenalan cyber yg banyak menolong aunty.. rezeki aunty.. sebak .. nak jumpa aunty masih belum berkesempatan... hari2 memang baca blog aunty ni... semoga aunty diberi kesihatan yg baik di sana.. dipermudahkan urusan di sana juga.. InnShaaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rohayaroy memang sebegitu perasaan bila kita bercerita ttg tanah suci
      Rumah ibadah yang pertama didunia, memang perasaan sayu

      Terima Kasih atas doa2 rohayaroy.

      Aamiin

      Delete
  10. Salam auntie..
    Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa sejahtera..
    Didoakan segalanya dipermudahkan..
    Insyaallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali aril ghazali,

      Aamiin. Terima Kasih sudi doakan auntie

      Delete
  11. semoga diberi Allah SWT dalam keadaan sihat utk mengerjakan haji.Di permudahkan segala urusan serta selamat dalam perjalanan
    Insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.

      Terima Kasih Cik Son sudi doakan nani.

      Delete
  12. Salam Puan, moga diberi kesihatan yang baik dan haji yang mabrur. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam li n,

      Aamiin. Terima kasih doa2 tersebut

      Delete
  13. Selamat pergi selamat pulang auntie. Semoga Allah mengurniakan haji mabrur untuk auntie dan anak auntie. Moga Allah kurniakan kesihatan sepanjang auntie di sana untuk mengerjakan ibadah dengan sempurna. Kalau boleh auntie bawalah gula-gula strepsil sekali, kalau sakit tekak kat sana boleh makan gula-gula tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Khairul najmi yusof atas doa2. Auntie terharu...
      Aamiin.

      Haah, semalam auntie beli sekotak besar strepsil sugar free.
      terima kasih ingatkan auntie.

      Delete
  14. alhamdulillah..seronok tengok auntie nak ke Mekah untuk perform haji. Semoga mendapat haji yang mabrur dari sya dan semoga di permudahkan semua urusan auntie ya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin doa sya terhadap auntie.

      Terima kasih sya

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...