Followers

Wednesday, August 20, 2014

Tebuan Sibuk Seharian (buzy bee)

Kemarin auntie merajinkan diri untuk 
Merendam baju2 T uncle yang dah nampak kekuningan
Masukkkan dalam baldi dan tuang sabun
Sambil tu jirus2 lantai
Bedebukkkkkk 
Pinggul masuk dalam baldi yang auntie rendam tadi
Baldi tak boleh tampung berat terus terbalik baldi tu
Terlentang auntie
Weyyyyy sakitnya
Dengan basah2 baju terus keruang tamu sambil nangis2 ngadu dgn uncle
Ingat dapat kata kesian tapi berbahasa tegas
Kenapa buat kerja2 dah pukul 10 malam?
Kan nak pergi haji dah, hati2 lah
Jangan cari pasal katanya
Huahhhhhh....
Ada betulnya kata2 uncle tu
Tapi auntie pun hairanlah diri auntie ni
Kenapa tak reti duduk diam

Malam tu auntie tidur lena sebab sakitnya tak seberapa
Tapi auntie agak keesokkan hari akan sakit urat
Betullllll
Bangun subuh, aduhaiiiii
Satu badan sakit, mandi dan solat, 
Perut pulak keroncong
Tak ada roti, lupa nak pesan anak tolong belikan
Ishhhh...dah lama tak makan cucur bawang
Auntie gagahkan diri juga Alhamdulillah


Auntie breakfast bersama nescafe dengan uncle
Badan sakit amat2, berjalan pun dah terbongkok2 menahan sakit
Auntie makan pain killer dan terus baring dengan lelehan air mata
Terasa sangat macam tidur kali ni, tidur yang tak akan bangun lagi

Pertama kali auntie minta tolong uncle sejak dia jatuh sakit
Minta tolong ambilkan tasbih digital auntie yang tertinggal dimeja makan


Kesian uncle bangun terhijut2 dia berjalan kemeja makan 
Sedih hati auntie, menangis auntie diperbaringan
Uncle hulurkan tasbih tu, ucap terima kasih
Dan auntie terus berzikir sebelum terlelap
Rupa2nya tidur auntie tu tak lama, tak sampai dua jam
Terjaga dan lihat berapa jumlah zikir sebelum terlelap tadi
Sikit saja rupanya, udah melayang
Auntie terus bangun kedapur
Prepare pulak lunch




Auntie masak asam pedas ikan kembung+kacang bendi
Dan sayur peria taucu
Dua jenis aja Alhamdulillah

Solat zohor dan jengok2 blog dan facebook
Isshhh...dalam sakit masih nak surfing
Hobby harian tu..hihihi
Semalam was really a busy bee 
Ada tiga lawatan berhari raya dirumah auntie
Nasiblah badan auntie ni Allah beri kekuatan
Sebab perasaan gembira mengatasi sakita

Orang pertama yang melawat auntie semalam adalah
Rina dan suaminya
Baik sungguh hati mereka berdua ni
Auntie tidak mengenali mereka in person 
Mereka adalah blog reader auntie
Mereka bawakan auntie kerusi roda travelling
Memang ringan, roda pula ada tuib
Hihihi anak auntie kena gi pump angin nanti


Bila mereka tahu auntie akan pergi mengerjakan ibadah haji
Rina communicate dengan auntie through emails
Alhamdulillah
Auntie bancuh air kopi kluang
Hanya suaminya saja yang minum
Rina prefer air jarang saja
Kami berbual2 mesra sambil makan biskut2 raya
Suami Rina amat2 peramah, bual dengan uncle dan auntie
Tapi amat sayang sekali, auntie terlupa bergambar dgn mereka
Auntie memang latelly ni
Dah tak banyak bergambar
Entahlah dah macam tak sesuai jadi blogger 
Dahlah kadangkala melayan sakit berhari2 tak buat n3
Ermmm...

Sedang berbual2, uncle dapat panggilan dari kawan auntie
Mereka nak beraya, kawan you dari Germany dan England sedang bercuti di Msia
Hahhhhh? Dah berkurun mereka duduk luar negara
Berkahwin dengan orang putih
Dah beranak pinak disana
Yahoooooo yappadapadoooo
So happyyyyyy
Mereka ni bersama2 auntie dari anak dara 
opis mate auntie sejak tahun 1991 lagi
We were so close hingga berguru agama pun sama2

Apabila mereka sampai, kami berpelukkan
Auntie memang madam crybaby
Menitis air mata sedih bercampur kegembiraan 


Aida, tinggal di Manchester
Dah dua anaknya, perempuan 7 yrs old dan lelaki 5 yrs old
Auntie minta nak nengok gambar anaknya
MasyaAllah so pretty and handsome
PanAsia looks gitu


Aini, berkawin dengan orang German
Anak lelaki sorang, dah besar dah pun
Auntie lupa lak bertanya umur anak dia


Habibah, nama glamour Bib
Yang ni kawin orang melayu
Tinggal pun dekat taman auntie
Tapi memang dah lama tak jumpa juga
Yealah masing2 sibuk 


Yang ni Suraya, kami panggil Sue
Ni lah sahabat auntie, yang sentiasa datang kerumah
Terpacul bila2 masa hihihihi
Harap2 dia dapat panggilan ke Mekah untuk menemani auntie nanti
(Masih menunggu dengan harapan dapat)


Ni bergambar ramai2 tapi less jurugambar 
Hihihihi mangsa Suraya

Suraya beli murtabak untuk tetamu2 ni
Yealah, dia tahu auntie sudah tentu tak larat
Nak prepare apa2 with short notice
Auntie hanya bancuh kopi kluang lagi hihihihi
Dah bergelak ketawa bagai
Mereka minta diri sebab nak berjumpa kawan2 di JJ AU2 pula
Jika auntie tak sakit, auntie naklah juga jumpa mereka
Huahhhhh....

Gathering mereka semalam
Auntie ambil difacebook
Semua masih bekerja lagi
Tapi dah banyak berpecah
Ada di Felda, ada di Sime Darby 
Dan ada yg masih setia di syarikat lama


Campur aduk profession
Hihihi 
Execitif Secretary, Legal, IT, ID, HR entahlah dah lama sangat, 
dah 6 tahun auntie berhenti sakit
Auntie pun dah tak brapa nak ingat dah

Auntie Penat lah....nak berhenti jap
Nanti2 auntie sambung part 2
Hihihi

















8 comments:

  1. Salam unty..hati2...jangan jatuh lg..not good..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Aisyah,
      Haah, yealah auntie akan lebih berhati2, InSyaAllah

      Delete
  2. Alhamdulillah...masih ramai kawan2 yang mengingati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni Alhamdulillah, kawan2 masih ramai yg sudi melawat auntie

      Delete
  3. dear Noraini, last week saya pun jatuh terlentang sebab tk nmpak air on the tiles.memang masa kena saya pi sekolah mcm biasa.tk sakit apa.but the next mrning tk boleh gerak.semua bdn sakit.biru bhgian belakang.bengkak kepala bhg kiri.2hari MC.rupanya umur kita ni memang tk boleh jatuh atau padahnya ..berhari2 sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat bila jatuh sakit tapi sakit amat2 sesudah seharian. Tambahlah bila dah berumur, auntie bawak berurut barulah lega

      Delete
  4. hati2 Aunty.. jaga diri.. Alhamdulillah dikelilingi dengan kawan2 yg senantiasa ada with us kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, auntie dinkelilingi kawan2 yg baik hati

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...