Followers

Friday, August 29, 2014

Mula Bersiap2

Salam Jumaat readers
Sayu sudah hati ini
Dah hampir sangat dah....
Auntie mula mengumpulkan pakaian2 setempat
Tapi belum masuk luggage lagi
Hari ni tergerak nak jahit tag TBH ditelekong
Rasa nak sembat halus2
Taknak guna mesin jahit
Entahlah...nak tanya kawan auntie dululah
Mana yang elok
Takut juga jika terberetas bila membasuh disana nanti


Oh yea, auntie terima sampul ni melalui anak auntie pija
Katanya readers pija kirim


Auntie tak kenal pun, katanya buat auntie ke Mekah nanti
Auntie amat terharu pada readers auntie yang bersusah membekalkan 
duit dan juga pakaian untuk auntie ke sana
Tidak lupa juga kerusi roda yg akan sentiasa bersama auntie nanti
Alhamdulillah syukur
Auntie ucapkan ribuan terima kasih
Dan salam kasih sayang

Ya Allah lindungi insan2 ini
Tempatkanlah mereka darjat yang di redhai
Rahmatilah mereka dunia akhirat
Aamiin



16 comments:

  1. assalammualaikum...

    selamat pergi dan kembali yer auntie..
    semoga auntie dpt buat ibadah dgn sempurna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam
      Aamiin terhadap doa utk auntie. Terima kasih

      Delete
  2. Selamat berangkat Kak Nanie dan Abam Jubah. Semoga sihat dan dapat menjalani ibadah dengan sempurna. Semoga juga mendapat haji yang mabrur. Aamin...

    ReplyDelete
  3. Semoga selamat pergi dan selamat pulang auntie.

    ReplyDelete
  4. Selamat menunaikan rukun kelima Puan Nanie semoga mendapat haji mabrur. Adakah ini kali pertama untuk puan? Semoga Allah permudahkan segala urusan di sana Insha Allah :)

    ReplyDelete
  5. MOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN

    ReplyDelete
  6. Selamat menunaikan ibadah haji. Semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan auntie kat sana.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah sudah sampai masanya untie menjadi tetamu Allah...selebihnya berserahlah kita kepada Nya jua.

    ReplyDelete
  8. Assalam auntie.
    Alhamdulillah tahun ni auntie berkesempatan menjadi tetamu Allah.
    Semoga di permudahkan yea auntie.

    ReplyDelete
  9. semoga akak dikurniakan kesihatan yang baik semasa di sana nanti. selamat menunaikan ibadah haji ye kak :)

    ReplyDelete
  10. Asm auntie. Moga Allah permudahkan urusan pergi disana dan kembali. Juga dipermudahkan buat uncle di sini.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Auntie Nanie. Semoga segala urusan Auntie dan anaknda di sana dipermudahkan Allah swt hendaknya dan mendapat haji yang mabrur. Selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair hendaknya.

    ReplyDelete
  12. Semoga semua dipermudahkan utk auntie. Kami semua sayang auntie. Suka ai tengok..murah betol rezeki auntie :)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Auntie Nanie....perghh..lama gila mimie tak comment..tak sempat nak baca blog semenjak bz melampau dekat office...mimie doakan semoga urusan auntie dengan abam jubah di sana berjalan dengan lancar...dan semoga di berikan kesihatan yang baik untuk auntie mengerjakan haji dan semoga mendapat haji yang mabrur...doakan supaya mimie di kurniakan anak ye auntie..hehehe...selamat pergi dan selamat pulang...love u..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum anty.. semoga segala urusan anty berjalan lancar sepanjang berada di sana. Dan saya doakan aunty selamat pegi dan pulang.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...