Followers

Tuesday, August 5, 2014

Mohon Maaf Ketika Masih BerNyawa




Selamat Hari Raya
kepada pembaca2 auntie
yang tidak dikenali dan juga yang dikenali
mohon maaf zahir dan batin

Meh bercerita tentang memohon kemaafan
Bermohon maaf boleh diajukan dengan beberapa cara
Online, talipon, kiriman surat, kad ucapan ataupun pesanan mulut
Yang penting ada niat mohon kemaafan

Auntie pula diasuh dari kecil
ketika bermaafan dengan mak dan abah pagi Hari Raya Aidil Fitri
berteleku atau bertimpuh sambil menghulur tangan
lalu mencium tangan mereka dan mohon keampunan
dengan kata2 yang mudah
Selamat Hari Raya Mak/abah
maaf zahir batin
Berbeza masa dulu2,
seingat auntie tradisi hulur paket duit raya
pada anak2 tak ada..

Perasaan memohon maaf ketika zaman kanak2 tidak serupa
ketika sudah berumur
Zaman kanak2 bersalaman dengan mak abah dipagi raya
adalah saperti tradisi ulangan setiap tahun
tiada 'impak' kesedaran yang mendalam disudut hati
tetapi apabila sudah berumur
susunan kata2 yang lebih mendalam dan bermakna
memang sayu, memang boleh mengalirkan air mata
tapi bila mak abah sudah tiada
jiwa tercari2 mak abah untuk mohon kemaafan
Jadi..sesiapa yang masih ada parents
janganlah buat2 tak tahu bila tiba hari lebaran
yang Allah swt sediakan sebulan, khas utk maaf bermaafan

Erm...auntie apabila dah bersuami
auntie lakukan cara yang sama
dengan susunan kata2 lebih kurang saperti ni
"Maafkan nani atas kata2, perangai dan perbuatan selama ini
yang nyata dan yang terselindung dalam hati
Halalkan nani, makan dan minum 
Moga kita bahagia berpanjangan, 
moga berjumpa lagi bersalaman ditahun depan
Selamat Hari Raya, maafkan nani zahir dan batin"
didahului mencium tangan dan disudahi mencium dipipi kiri dan kanan
Huahhhhh...macam mana boleh berjujuran air mata?
Mungkin...ya mungkin
jika berlaku keikhlasan
Bila dah tua2 mcm umur auntie
memang selalu memikirkan, adakah sempat lagi bersama ditahun hadapan
entah kita dulu atau suami pergi dulu..

Sekarang dah lain dah
mak abah duduk di kerusi
anak pula sambil melutut mohon maaf
salam saperti keadaan rukuk pun ada
ada juga yang sambil berdiri
dan yang paling teruk
tidak ada acara maafan dalam keluarga dipagi raya
Yea kita datang dari berbagai background
tak sama.. memang ada

Auntie pula
jika anak bersalaman mohon maaf
auntie tak lepas tangan mereka
hingga mereka berkata2
Jika mereka berkata2
auntie akan tanya..
contoh..

anak : mohon maaf silap dan salah
auntie : tang mana silap dan tang mana salah?
silalah nyatakan...

hihihihi
poyo auntie kan?? kan??
Tahun ni sessi
tiada tangis menangis
ketika bersalaman dipagi raya
Uncle dan Auntie
Ayol, PG, Pija, Ben, dan Noy
Kesemua anak2 dan suami masih bersama tahun ni
Auntie bersyukur

Untuk cucu ku Nur Zara Sofea
Tok mama ucapkan Selamat Hari Raya
Peluk cium siber Tok Mama untuk mu diMelaka


Mengapa tiada sessi photo?
Huhuuhuuu...sebaik sesudah solat sunat hari raya
auntie dah ada tamu
bila sibuk melayan tetamu
huahhhhh..hingga tak sempat berphoto
Sungguh meriah tahun ni dengan tamu
hingga auntie demam urat..keletihan
bila keletihan blog terabaiii selama 8 hari sudah...
Nanti2 auntie bercerita lagi
ni auntie nak pergi ke Maju Junction
nak kena serah passport diTabung Haji
untuk persedian visa kata mereka

Anyway..
Sekali lagi auntie ucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan batin untuk semua

8 comments:

  1. Salam Aidilfitri buat Kak Nanie dan Abg Bob. Andai ada kata2 saya dan suami yang mengguris jiwa, mohon maafkan seikhlas rasa. Mohon maaf juga tak sempat berkunjung di hari raya. InsyaAllah, ada izinNya nanti pasti dapat lagi kita bersua...

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya untie..
    mohon maaf andai ada kata2 di alam siber ini yg tlh menyinggung n mnyentuh perasaan untie..
    semuga untie selamat berlepas ke tanah suci dan di permudahkan segala urusan..
    salam peluk cium dr jauh..

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri
    Maaf zahir batin ye Kak Nanie
    Anak2 remaja saya mintak maaf cara 'kosong-kosong' je.. tak tersentuh dek hati huhuhuu
    Moge disatukan dengan cucu dirindui, amin!

    ReplyDelete
  4. Maaf zahir dan batin ye...

    OOo... ada pelok cium cyber ya? haha

    ReplyDelete
  5. Salam aidilfitri. Hee maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya auntie....moga raya thun ni memberi seribu keberkatan kepada kita semua....dan moga Allah melindungi kita-kita semua dari anasir-anasir jahat dan hasat dengki manusia....Insaallah.
    Seronok bila melihat, mendengar dan membaca kisah keluarga yang mengamalkan salam-bersalaman di pagi raya. Seingat saya, sejak kecil lagi, keluarga saya kalau bersalaman dengan ibu bapa tak kira tempat, mana yang dapat jer..kalau kat dapur kat dapurlah, kalau kat pintu kat pintulah....tak pernah ibu dan ayah duk sambil anak-anak berbaris untuk memohon ampun dan maaf...kadang2 sedih gak dan tertanya2 kenapa kami tak amalkan cara seperti itu....tp saya pun tak tau kenapa bleh jadi mcm tu. Sekarang ibu dan ayah dah lama takde....ngan adik beradik pun kami bermaaf-maafan ikut dan je, kdg kat masjid waktu sembahyang hariraya tu pun dah kira ok.....
    Sekarang saya dah jadi isteri....tp 7 tahun kawin belum pernah sekali pun beraya bersama suami....so tak pernah ada adegan salam-salam dan peluk cium ker....saya hanya jumpa suami 2/3 hari sebelum raya dan lepas tu 4/5 hari lepas raya....selama 7 tahun jadi isteri, selama itu jugalah saya hanya beraya bersama adik beradik sahaja tambahan saya tiada anak tu yang sentiasa bersama adik-beradik dan anak-anak saudara....itulah kisah raya saya....

    ReplyDelete
  7. Salam Auntie,

    dah dapat tarikh ker ??

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya auntie
    semoga auntie sihat selalu, gembira di samping keluarga
    moga urusan auntie ke sana dipermudahkan, dan diberi kesihatan yang baik, insyaAllah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...