Followers

Sunday, August 31, 2014

Merdeka Ku

Umur auntie 2 tahun
Msia dapat kemederkaan
Dari kecik auntie diajar apa itu Hari Merdeka
Hehehe masa auntie kecik2 
Arwah abah rajin bawak nengok pertunjukkan yg sisediakan oleh kerajaan
Siang hari nengok perbarisan depan S'gor Kelab
Dan malam kereta berhias diJalan Tengku Abdul Rahman
Alahai, auntie diheret kedepan supaya jelas nampak kete berhias  

Jodoh dan berkahwin pula dengan tentera
Hamboi, sure berjiwa patriotik habih
Bila dah tua suka nengok bunga api 
Siap drive ke bukit berdekatan taman auntie ni

Hihihi tua ganyut macam sekarang, suka apa?
Yang tinggal ialah, seminggu sebelum Hari Kemerdekaan
Auntie akan gantung bendera jalur gemilang
Bendera yang uncle belikan 20 tahun yg lalu, masih ada
Uncle beli sejak duduk rumah ni
Yea bendera ni akan tergantung selama sebulan
Lepas tu auntie akan turunkan, basuh dan simpan


Semalam hujan lebat
Tapi auntie gantung tempat yang tak kena hujan
Sapakah yang terlebih rajin memintal bendera ku?
Huhuhuhu
Pagi ni auntie lihat...


Hehehe berpintal macam tu
Auntie syak mesti menantu auntie yang tinggi ronjang tu yang pintal
Sebab bendera tu terjuntai disebelah kerusi
Mengganggu jika duduk disitu

Itu auntie belum tunjuk bendera2 kecil 
Yang selalu dilekat kat atas kereta atau bonet
Hohoho itu bukan auntie, itu uncle
Pernah gam tu melekat hingga susah nak tanggal, ishhhh
Auntie tak bagi dah uncle buat crazy as that anymore

Hari ni nak masak dan makan apa untuk tengahari?
Entahlah belum memikirkan nya lagi...

Nak merdekakan diri dari memasak
Lupakan aja, tiada anak yg bawak keluar
Memang terperaplah auntie dan uncle
Hihhihi

Selamat Menyambut Hari Merdeka warga Malaysia

4 comments:

  1. LAMA BERTAHAN BENDERA TU YE
    SAMPAI 20 TAHUN MASIH BELUM PUDAR WARNANYA
    MGKIN SBB JAGA ELOK ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi sebenarnya auntie memang simpan elok2 kesemua barang2 auntie Irfa

      Delete
  2. Assalamualaikum , saja menyinggah untuk selamat berangkat ke Makkah, sungguh beruntung dapat betandang ke Tanah suc. Selamat pergi dan selamat kembali. Doakan yang disayang, terasyang dan diri pulih sediakala, dipermudahkan Allah segala urusan.
    Wssalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam
      Terima kasih atas kesudian doakan nani. Aamiin

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...