Followers

Friday, August 8, 2014

Masih Ada Biskut Putu Kacang

Biskut kegemaran arwah mak
Kini auntie pula suka makan
Kulum2 dalam mulut, terasa lemak2 manis
SubhanAllah sedap kemain lagi

Bos auntie Pn Zaitun dah tiga tahun berturut bila nak raya
Dia menghantar biskut ni kat umah auntie
Alhamdulillah



Dulu2 masa auntie masih kanak2 memang auntie tolong mak buat
Terap pakai acuan kayu yang masih auntie simpan
Huishhhh lama betul acuan ni
Elok pulak kayunya




Remeh persediannya buat biqskut putu kacang
Kena sangai kacang hijau tu
Ditumbuk dengan lesung kayu, diayak dengan penapis
Dicampur gula halus
Jemur dipanas terik yg ditutup dengan kain kasa putih
Tahan lama biskut ni, samapi hari raya haji oun elok lagi

Ni auntie sedang makan dengan boh teh tarik
Heaven....



14 comments:

  1. Sedapnya auntie .. nostalgia jua buat saya.. sewaktu menolong mak membuatnya semasa kecik dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh pernah ada pengalam buat kuih ni yea, oh bestnya. Alhamdulillah

      Delete
  2. Kegemaran Aina jugak nihh...

    ReplyDelete
  3. Kuih putu ni masa opah saye sihat, Memang dia buat sendiri. Cair dalam mulut. Paling best tengok opah buat. Laju je dia isi adunan kacang tu taruk dlm acuannya. Ketuk2 tup tap keluar putu. Hehe.

    Tapi skang opah beli je. Tak larat nk buat katanya. Tp mmg sedap. Kami mkn ngn teh o

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhhhh best ayat cair dalam mulut. Memang betul pun hihihihi

      Yang beli tak brapa sedaplah, kadang termanis, kadang ada macam berpasir, mungkin tidak dibersihkan betul2 kacang2 hijau tu

      Ohhh...makan dengan air panas apa2 pun sedap biskut ni kan?

      Delete
  4. Kalau kat tmpt sy kuih ni nama dia kuih koye...org2 tua je yg pandai buat kuih ni...dulu slalu gak tolong mak sy buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ena berasal dari mana biskut ni dipanggil Kuih koye?

      Alhamdulillah, jangan lupalah cara dan resepi nak buat, nanti2 boleh ajar generasi seterusnya.

      Delete
  5. Kuih paling rare ni auntie.
    Dulu arwah opah saya pun pakai acuan yang sama macam auntie simpan tu. Waktu budak-budak dulu bila opah saya terap jer acuan mesti saya pergi tekan balik kuih tu bagi hancur pastu lari pi main. hehehe. Rindu pulak nak tolong buat kuih macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Khairul.
      Amboi, nakalnya hihihihi mesti opah bengang.
      Betul, auntie pun suka nak buat tapi memikirkan udara dan pencemaran sekarang, baik toksah. Melainkan menggunakan kaedah bakar dlm oven. Entahlah ada ker orang buat macam tu?

      Delete
  6. suya suka gak kuih ni.. tapi susah dah nak cari.. rasa berpasir-pasir tapi nice gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi susah nak dapat sekarang kuih ni
      kata kawan2 auntie ada di jual di R&R
      entah auntie tak pernah jumpa pulak

      Delete
  7. kawan sy sebut kuih koya.. sy kurang minta sbb nt mulut comot, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh dah dua orang sebut kuih koya
      Masuk sebiji terus dalam mulut, mesti tak comot,..
      Ishhhh SKTJ ni nak kena ajar pulak mkn biskut nih hihihihihi

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...