Followers

Monday, August 18, 2014

Kematian Itu Pasti...

Bila uncle jatuh sakit
Auntie tak dapat keluar rumah kemana2
Undangan banyak tak dapat lagi auntie hadiri
Rasanya separuh kehidupan auntie mati
Auntie terpaksa berharap pada anak2
Siapa diantara mereka yang ada masa lapang 
Adakala berminggu2 auntie tunggu dan tunggu
Yea, auntie bukan jenis desak anak2
Tapi pabila barang2 dapur terputus 
Pija dan suaminya selalu minta sebutkan melalui facetime
Dalam inbox facebook 
Dah dua bulan begitu
Alhamdulillah, dia tak mahu duit jika auntie hulur
Wahhh, ratus2 tu bila termasuk barangan basah setiap kali membeli
Apa2 pun auntie doakan moga Allah swt 
Murahkan rezeki mereka suami isteri
Aamiin
Aura happy sentiasa terjalin dalam keluarga kami
Moga ianya akan berterusan apabila auntie dah mejam mata

Ada saekor sang kupu2 mati dlm porch 
Pilu hati, apabila sicantik tidak bergerak lagi
Semut2 halus berusaha mengangkat sicantik ramai2
Kemana? Tak tahulah auntie....





Adakah sakit sakratul maut bagi haiwan?
Waallahualam

Hari2 kita perlu ingatkan diri sendiri akan kematian
Maka akan terjaga lah perlakuan yang baik
InShaAllah







Anak auntie Pija kehilangan bapa mertuanya pada hari ahad yang lepas
Ketika berita diterima oleh menantu auntie, kami dalam kereta
Dalam perjalanan pulang dari PutraJaya menghadiri majlis rumah terbuka
Auntie terus menghadiahkan Alfatihah, disusuli dengan doa dengan suara yang
boleh didengari oleh Ben, Pija dan Noy
Mereka mengAamiinkan doa tersebut
Auntie nampak titisan air mata Noy kesedihan

Yea, setiap yang hidup
Akan kembali, maka janganlah menyombong diri
Janganlah melakukan perkara2 keji
Jangan leka mengejar duniawi
Kita tak tahu akan bila panggilan untuk kembali
Melainkan dipilih untuk mengetahui mati sebelum 100 atau 40 hari

Berdoalah ...
Semoga kembali nanti dalam husnul khotimah
Aamiin



2 comments:

  1. betul auntie, suma ni pinjaman dr Dia...semuga kt istiqamah memikirkan pinjaman dr Dia ni.. :(

    takziah kpd peej!

    ReplyDelete
  2. Saya doakan agar uncle kembali sihat .Terima kasih atas pesanan yang sungguh bermakna ini.Tiba-tiba saya rasa sebak.Takziah pada Pija serta suami.Beruntung mempunyai anak yang sebaik ini.Semoga balasannya syurga ....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...