Followers

Thursday, August 14, 2014

Hari Khamis Malam Jumaat


Rasa nak jerit jer tadi
Tapi tak jadi bila memikirkan uncle sedang lena disofa ruang tamu
Kenapa nak jerit?
Kepit kuku auntie yg tajam dah tak da di tempatnya
Memang kedua2 anak lelaki auntie pakai
Tapi bila pakai tak reti letak kat situ balik
Belilah berapa set pun tetap perkara yg sama berlaku
Ni mesti kes ikut dann letak merata2 bila dah pakai
Dah tu lupa kat mana

Selalu auntie potong dan trim menerim kuku dan rambut 
hari2 pilihan yang sunat utk berbuat demekian
Isnin, Khamis dan Jumaat
Carilah sikit2 pahala utk tampal2 utk diri yg kerdil ni
Hari ni hari Khamis 
Terpanggil nak potong kuku
Ada set yang tak tajam sangat


Memang auntie guna 2 set
Satu untuk jari2 tangan dan yang besar untuk jari2 kaki
Selepas kepit kuku auntie kikis dengan papan kertas pasir tu
Kenapa kena kikis?
Nak ikutkan malas tapi sian kat uncle
Jika auntie tak kikis elok2 kuku auntie,
bercalar2 belakang uncle bila dia minta tolong garukan
Hihihi rumah auntie yang selalu minta garukan belakang badan
Uncle dan abam jubah
Auntie tak bising bila mereka minta tolong
Auntie buat dengan perasaan kasih
Sebab kadang kala penggaru buluh tak sampai
Auntie sendiri faham bila gatal belakang badan  
Tak ada sapa2 nak minta tolong
memang dinding auntie cari untuk bergesel

Penyungkil kayu untuk cungkil jika ada alien2 yg terlekat
Dikuku jari2 kaki, baru rasa bersih amat2 

Jap lagi lepas masak nak pakai inai
Warna yang dipakai pada hariraya dah pudar
Ni kotak inai auntie, masih ada 3 tiup
Ada satu bekas inai instant warna pink, noy bagi
Pakai sekali aja, sebab rasa tak sesuai pakai warna pink 
dikuku pada umur mcm auntie ni
Hihihihi


Auntie suka pakai inai
Sebabnya kuku orang tua pucat
tak saperti masa muda dulu! Cantik kemerah2an gitu
Inai jika dipakai selalu, kuku jadi berkilat disamping sunat memakainya
Tapi kena minta izin suami dulu yea

Lepas Isyak ada majlis pernikahan dimasjid
Auntie mengenal insan ini sebelum bersekolah lagi
Dia datang menjemput auntie sendiri minggu sudah
Mengenangkan ia menghormati dan mengingati auntie 
InsyaAllah auntie akan sampai dengan izinNya
Uncle juga kata
"Pergilah mama meraikan pernikahan saudara baru"

Tapi siapakah yg akan membawa dan menemani auntie dimasjid nanti?




6 comments:

  1. InsyaAllah, nanti sampailah Kak Nanie ke majlis itu dangan izinNya.

    Anak-anak saya juga suka letak pengetip kuku di merata tempat dan akan membuatkan ayahnya bising bila cari tak jumpa. :)

    ReplyDelete
  2. Auntie...samalah kat rumah saya pun....
    Tetiap kali nak potong kuku mesti kena mencari...geram betul...orang lain pulak pesen dah pakai tak reti nak simpan setempat...nanti2 kenalah saya jugak yang beli baru lagi..lagi dan lagiii....sabar jelah...

    ReplyDelete
  3. memang geram bila cari ketip kuku ilang, yang pakai tak reti simpan semula...sakit je ati ni..
    cari² tak jumpa last² beli baru...tapi bila da jumpa balik...da jadik byk pulak ketip tu bila dikumpul semula..adoii sabo kan jela ye auntie

    ReplyDelete
  4. saya masih tercari-cari inai kuku yang cantik merah... dan mudah dipakai..
    boleh tak tunjuk gambar kuku yg diinai..
    nak beli kat mana inai tu?

    ReplyDelete
  5. Rasanya memang dimana2 pun serupa kak nanie. Bila dah ambil satu2 barang tu, mmg tak akan ada yg menyimpannya semula.
    So.. Sebagai ibu kitalaaaa yg akan mencari dan bertanya siapa gerangan yg dah terambil....
    Dan kita jugalaaaaa yg simpan semula kat tempat asal..
    Sebab itulaaaa kita ni bising sikit mulutnya dari suami kita...

    ReplyDelete
  6. Suami saya pe'el dia akan simpan satu ketip kuku khas kepunyaan dia je. Sebab kukunya tebal macam kura-kura (ni istilah dia sendiri bagi). Jadi kalau hilang atau salah letak, dia sendiri je yg tau dia letak mana. Saya pun ada spare satu dalam handbag, satu simpan dlm drawer opis.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...