Followers

Thursday, August 28, 2014

Beraya Atas Jemputan Saja

Bulan Syawal 1435H
Yea hari ni hari terakhir
Berlalu sudah citer Hari Raya
Tapi auntie baru nak buat posting citer raya
Ermmm.. Nak citer rumah2 yang auntie kunjungi
Itu pun kerana anak2 yang bawakan
Tapi hati auntie tinggal dirumah bersama uncle
Sedih dan hiba bila uncle lansung tak kemana2 sejak jatuh sakit
Dah tiga bulan berlalu, uncle begitu
Moga ia sembuh perlahan2, Aamiin

Hari Sabtu, minggu kedua bulan Syawal
Auntie ke rumah kawan Pija diBukit Antarabangsa
Kak Engku Elly buat makan2 untuk kawan rapatnya
Nak sangat kerumah dia sebab Pija kata dia suka nengok
Koleksi dan interior design rumah Kak Engku
Jadi Kak Engku pun suruh bawa auntie bersama
Kerana selalu jumpa dirumah auntie dan dah mesra
Jadi auntie taklah rasa kekok untuk menyambut undangan
Itulah rumah pertama auntie beraya tahun ni

Memang cantik rumahnya
Kata Kak Engku berdebar2 dia bila
Ada otai datang makan2
Dont worry dear, your cooking was so delicious
Mee Bandung Muar and laksa Utara
Iced syrup and the thick nescafe was heaven
Yesss... Your cup cakes was marvelous too 
Auntie had jolly time, Alhamdullillah 


Lets see some photos taken by my son in-law 























Sabtu minggu ketiga, ada jemputan bersarapan pagi raya dari jiran auntie
Rumah kedua yang auntie hadiri
Just crossed over auntie kerumah Hjh Ani pukul 8:45 pagi
Hjh Ani masak sendiri dan boleh juga menerima tempahan





Hjh Ani yang berbaju pink
Siap bekalkan untuk uncle Nasi Morocco dan kuih talam
Wajah kekenyangan, hihihi semua auntie rasa
Spaghetti bolog, nasi morocco, nasi impit kuah kacang dan 2 mcm kuih talam
Wahhh...sendat perut sampai petanng, Alhamdulillah

Rumah ketiga auntie beraya hari Ahad kot, entah lost memories pulak
Jemputan rumah blogger Filla, kawan anak auntie juga
Hihihihi disebabkan auntie kerumah Kak Engku, auntie kenalah juga
Kerumah Filla.. Kus semangat terasa jauh nun diPutrajaya
Pija bawa kereta, pecut macam ribut
Dahlah sepanjang jalan tu terhentak2 dek lubang sana sini
Naik merc mesti tak terasa lubang2 tu, kan?  
Auntie kan dah lama tidak berjalan jauh
Boleh tahan juga lah penat dalam kereta

Rumah Filla pun cantik dan teratur
Tak banyak furniture, selected ones from both hubby and wife
Kiranya Filla beli dengan approval suami dan ister hihihi
Auntie tak bawa kamera kebelakangan ni
Entahlah, dah tak layak jadi blogger huhuhu
Jom cilok dari blog Filla

Di mulai dengan juadah2 hidangan Filla tengahari tu
Nasi dan lauk pauk









T





Berselera auntie makan
Memang lima bintang masakkan Filla 
Alhamdulillah


Menantu auntie cedukkan lauk pauk utk auntie
Terasa dikasihi
Bukan itu saja, dia juga akan pimpin auntie kemana2
Mertua dihormati dan disayangi saperti ibu dan ayah sendiri
Alhamdulillah menantu yg baik



Selepas makan auntie lepak di ruang tamu
Menjamu biskut2 raya yang ada bersama nescafe panas
Wahhh..anak2 angkat auntie dah tahu minuman kegemaran auntie 



Auntie pertama kali berjumpa Watie
Memang Watie dah rapat dengan auntie
Selalu jer menanya kabar melalui inbox fbook 
Selalu bagi auntie manisan kek biskut dan macam2 lagi
Melalui tempahan dari kawan dia
Seronok auntie berbual face to face
Suaminya juga peramah
Amboi, mengadap auntie bercerita 
Hihihi



Noy membawa diri


Berseri dengan kekeyangan juadah Filla
Memang semua lauk pauk tu kegemaran Noy


Dia orang makan second round spaghetti pulak
auntie tak, kekenyangan sangat

Kami balik pukul 5 ptg
Dalam perjalanan pulang tu
Menantu auntie dapat berita ayahnya meninggal
Innalillahiwainaillahirojiun

Rumah keempat auntie beraya, hari Sabtu yang lepas
Rumah adik auntie sendiri, Datin Seri Ruziha
Auntie pergi dengan abam jubah
Noy baru balik dari fly 
Jadi terbongkanglah balas tidur




Auntie sampai terus duduk di meja pertama
Join kakak sulung auntie anak beranak
Adik auntie tanya sama ada nak masuk dalam rumah dulu
Auntie kata nak makan hihihihi


Pasal rambut auntie tersentil tu?
Tulah malas pakai anak tudung punya pasal
Lately auntie tk boleh pakai inner dah
Pening sbb cuaca panas kot

Auntie tak diber bangun dari tempat duduk ni
Ishhh...kamera bawak, 
auntie passing je kat someone to snap around the occasions

















Mana gambar orang goreng Char Kuay Teow?
Favorite auntie setiap tahun





Datuk Seri bersama anak2 nya dan dua tetamu cina yg auntie tak kenal pun
Auntie ambil gambar ni dari fbook anak buah auntie yg berbaju turquoise 

Auntie makan dan rasa juadah serba sedikit sbb ada lagi satu jemputan
Adik auntie bekalkan buah2an dan nasi arab utk uncle
Alhamdulillah

Balik rumah dan bersolat zohor dulu sebelum jemputan seterusnya
Rumah kelima, rumah kawan Pija supplier Tabita
Rumahnya di Sg Besi, nasib tak jem, smooth flow
Abam jubah tak ikut kami, dia balik keMelaka berjumpa anak dan isteri dia
ermmm sampai tua lah mcm tu....sian

Wahh...auntie makan soto, laksa johor dan roti jala kuah derian
dah lama tak mkn serawa, pulun roti jala 4 keping, terbaik
Alhamdulillah
Dah kenyang, auntie minta izin nak solat asar pula
Takut tak sempat, bila balik nanti
Cantik juga rumah dia, baru reno interior
Mana tak cantinya jika rege rumah cecah juta
Muda2 dah kaya suami isteri, rezeki gigih mereka
Alhamdulillah

Auntie sempat bergambar dengan Azlin dan emaknya
Auntie dah kenal mak dan ayahnya
Sebab mereka datang beraya rumah auntie
Lama kami berbual, seronok pulak tu
Kepala sama sbb mereka adalah keluarga tentera juga
Hihihihi


Itulah cerita bulan syawal beraya diatas jemputan
Tapi auntie bersyukur sbb ramai tetamu datang rumah auntie
Hidangan ala2 apa yang ada sahaja
Almaklum sajalah auntie tak sihat untuk masak bersakan

Mengambil kesempatan hari terakhir Syawal
Auntie menyusun jari
Mohon maaf zahir dan batin
Dari yang mengenali auntie dan juga
Pembaca blog auntie 

Tak lama lagi auntie akan ke tanah suci
Doakan auntie selamat pergi dan selamat kembali
Dipermudahkan urusan dan sihat kesihatan
Moga ibadah haji auntie nanti yg diredhai Allah
Haji Mabrur
Aamiin





12 comments:

  1. Assalamualaikum auntie. Sy silent reader. Mmg hari2 buka blog auntie. Dah jatuh sayang kat auntie. Semoga auntie n uncle sehat. Moga Allah mudahkan segala urusan auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Kembang,
      Alhamdulillah berputik kasih dan sayang pada auntie
      Aamiin atas doa2 tersebut.

      Delete
  2. Semoga segalanyer dipermudahkan utk unty di sana..amiiin..diberikan kesihatan yg baik..aminn..unty, bos HR saya pun pegi haji gak tahun ni..nama dia fauziyah abu bakar..kot2 unty tejumpe..unty kirim salam pd Noy..cantekk sgt..suka tengok dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih Aisyah

      InSyaAllah, auntie sampaika salam pada Noy, ni dia fly hari ni

      Delete
  3. Salam anty. saya selalu baca post auntie. tapi senyap2 je baca. tapi memandangkan saya geram dengan baju anty yang macam jubah batik tuh... saya nak tanya jugak.. hehe baju tu buat sendiri ke atau dah beli siap. kalau beli carik dekat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Irz,
      Baju tu auntie beli kat butik batik di Ampang Park,
      Auntie punya yang dah siap tapi nak tempah pun boleh, anak auntie tempah
      Ada katalog gambar2 corak kain dan warna warni, boleh pilih

      Delete
  4. Thank you auntie Nanie sudi datang raya kat rumah kitewww.. hehehehe.. nanti kita jumpa lagi ye.. saya doakan perjalanan Auntie untuk mengerjakan haji tahun ni dipermudahkan dan semoga semuanya selamat pergi dan balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome dear,
      Terasa2 lagi masak lemak ayam dan sambal belacan tu..huhuhu
      Sedap sangat

      Delete
  5. Assalamualaikum Mama Peej,silent reader ni selalu kirim salam melalui Pija, hari nie baru berani nak komen , saya doakan haji mabrur ye, dengarnya tahun ni haji akhbar, boleh tak kalau sudi nak petua ni, tengok auntie berseri , pencuci apa? krim apa? ada ayat seri muka ke ? dan cara mekap auntie , gambar kat atas tu nampak betul serinya kalah org muda2 kat sebelah itew, boleh ye auntie...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Afrina,
      Terima kasih sudi menegur kali ni. Auntie guna product anak auntie hihihi
      Dah bertahun2 dah. Alhamdulillah setakat ni
      Ishhhh malulh pulak auntie dah hampir 60 tahun ni, mama ada makeup2, celak dan lipsstick aja

      Delete
  6. Alhamdulillah untie dapat juga jadi tetamu Allah. Aina doakan dipermudahkan urusan untie di tanah suci. Juga untie dan uncle diberi kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih atas doa2 utk auntie.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...