Followers

Friday, July 4, 2014

Ringan Rasa Bila Dah Mohon Maaf

Auntie sekeluarga bersahur sederhana kemarin
Aduhai, n3 ni dah dalam draft sebenarnya
tapi terhenti sebab ada kawan uncle
datang visit kali kedua semalam sejak sakit ni..
Anyway..auntie sambung dan edit
untuk publish n3 ni

Auntie prepare
Sayur Kobis + Sotong goreng kicap
Telur Dadar
Teh O panas seteko

Panaskan lebihan berbuka pula
Asam Pedas Ikan Duri
Sambal tumis bilis petai

Alhamdulillah..beberapa butir kurma
sebagai penutup sahur..

Sedang menaip ni, sibuk jer
nyamuk2 bawah meja ni
melanggar langgar kaki auntie..
Ishhh..rehat dululah...
ngantuk sangatlah pulak

Tidur tadi terjaga untuk Duha
Alhamdulillah

Semalam auntie ambil ubat diSpital
bila dah selesai dapat stok ubat
auntie ada misi kedua selepas tu
kan auntie kata nak minta maaf pada
budak yang auntie 'sembur' free bulan sudah
auntie masih ingat lagi wajah budak tu
auntie lambai budak tu
bila dia menghampiri auntie
auntie tanya budak tu
'masih ingat tak makcik yang bising2 ari tu?'
dia menganggok anggokkan kepalanya
auntie terus hulurkan tangan
dan mula berkata2 sambil memegang tangan dia
'maafkan makcik yea, sebab marah2 bila ubat
tak ada stok lama sangat, makcik benar2 minta maaf'


Auntie nampak bercahaya muka budak tu, bersinar2 mata dia.
Memang jelas auntie nampak gitu
Dia pun berkata sambil senyum2
'sama2 makcik, tak mengapa'
kemudian auntie nampak dia masuk kepejabat
terangguk2 kepala pada kawan dia
agaknya dia amat gembira
bila makcik tua ni mohon maaf
Alhamdulillah
yang penting auntie rasa amat ringan
tidak lagi memikirkan tertunggak untuk mohon kemaafan

Hadis Rasulullah SAW daripada Anas bin Malik yang bermaksud:
“Kezaliman itu terbahagi kepada tiga. 
Pertama kezaliman tidak diampunkan Allah. 
Kedua kezaliman diampunkan Allah dan 
Ketiga kezaliman yang Allah tidak ikut campur dalam hal itu. 
Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah syirik. 
Kezaliman diampunkan Allah adalah dosa manusia ke atas dirinya dan tuhannya. 
Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dosa 
di antara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dulu.”

Okaylah jom citer berbuka semalam pula
Uncle teringin  nak makan nasi beriani Ali Bistro
jadi auntie dan abam jubah keluar rumah pukul 3:30

Kami ke JJ dulu, beli apa yg patut
Kemudian ke param untuk kuih
auntie hanya beli putu piring, akok dan kuih ku
balik rumah auntie goreng karipap dan samosa frozen
untuk tambahan
Singgah Ali Bistro dan beli 4 set beriani ayam
tambah sayur dan papadom
rm37 sahaja
Air sirap selasih+buah kabung
Alhamdulillah..terbaik beriani tu

Sahur, panas aja nasi beriani
ada sepeket yang tak berusik lagi
hanya uncle, auntie dan PG aja mkn
abam jubah minum air saja
katanya tak nak mkn nasi lagi
sebab berbuka tadi 'nasi berat'
hihihihi

Apa2 pun auntie terasa bahagia bila
anak auntie abam jubah bawa auntie jalan2
dengan sabar dia memimpin tangan auntie
Dia anak yang baik..




15 comments:

  1. Kak Nanie.
    You cannot have a better person than A.J for a son..he is anak yg soleh & taat...Awal2 lagi Allah telah hadiahkan kak
    naie &en.bob kesenangan dgn kehadiran
    AJ.What he had to go thru is a
    blessing..dia dpt berbakti pada ibubapa
    dia..dpt teman you buat haji..
    i am soo happy to know he is going with you..take care...jaga kesihatan sblum bertolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cicik Ann, it is a blessing to have him with me.
      He is good and obedient both to Allah and his mom.
      Prayed for him Jannah.
      TQ for the well wishes and doa,

      Delete
  2. Salam ramadhan auntie.. sayu baca tentang auntie minta maaf tu.. setiap kali tengok gambar auntie mesti saya teringat arwah mak saya..mudah2an auntie dan uncle sentiasa sihat dalam menjalani ibadat di bulan puasa ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan kembali ZZ,

      Alfatihah kpd arwah ibu ZZ, moga rohnya dikalangan para solihin.
      Terima Kasih atas doa kesihatan utk auntie dan uncle.

      Delete
  3. Alhamdullilah..

    Saya terkenang kisah saya bila baca cerita auntie ni..
    Maka saya tulis cerita yg serupa di blog saya..:)

    http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2014/07/ringan-rasa-bila-dah-mohon-maaf.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Doktor,

      Kita ada persamaan disitu.

      Delete
  4. Beruntunglah siapa yg dapat abam jubah sebab anak yang bertanggungjawab akan menjadi suami yang bertanggungjawab jugak. Alhamdulillah pandai untie dan uncle mendidik anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JunAina, he is married and with a daughter.
      Anyway, whatever happen to abam jubah is under Allah's willing.

      Alhamdulillah, all anak2 okay to us both

      Delete
  5. Bagus Auntie.. sebenarnya perkara yg paling susah adalah meminta maaf.. ringan sudah beban itu kan auntie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bukan mudah untuk lentokkan ego
      tapi auntie bersyukur sebab mudah memaafkan dan meminta maaf
      moga Allah berkati auntie.

      Delete
  6. Assalam aunty, harap tak terlalu lambat nak ucap selamat berpuasa...lama dah tak tinggalkan jejak...follow pon dan tak dan je sekarang... sobsss...menu berbuka aunty meriah betul...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam WG,

      Selamat berpuasa juga buat wani.

      Delete
  7. setuju..setuju.. bila kita minta maaf dengan ikhlas.. hilang sudah beban yg tak tertanggung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ZZ, memang terasa ringan Alhamdulillah

      Delete
  8. seronok bace auntie tulis ni...memang betul mintak maaf dan memaafkan memang boleh buat hati jadi tenang... salam perkenalan.. jenguk2 blog saya bila auntie ada masa ye.. selamat berpuasa..

    jindrisska.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...