Followers

Thursday, July 17, 2014

Rezeki Bulan Ramadhan

Ni citer hari Sabtu 12/7/14
Punyalah banyak buah tangan yang auntie dapat
Janganlah cebek kat auntie
asyik bercerita n3 dapat rezeki macam2
Auntie buat n3 macam ni
untuk merakamkan perhargaan
atas pemberian mereka

Tengahari, anak buah uncle
anak sulung dari arwah adik perempuan uncle
datang menziarahi kami
Alhamdulillah, sampai juga mereka berdua suami isteri



 Uncle bersama anak buahnya

Isterinya bawakan auntie biskut2 raya
Dia yang buat sendiri bukan beli katanya
memang tiap tahun dia akan buat utk
buah tangan sedara mara bila mereka
membuat kunjungan hari raya
Alhamdulillah moga rezeki mereka bertambah dan diberkati Allah



Entah biskut apa auntie belum buka lagi

Katanya tahun ni tak ambil tempahan cookies
Penat katanya pabila dapat tempahan rendang dendeng basah
Berkilo2 maklong, kawan2 pejabat suami dan kawan2nya 
sebelum puasa lagi dah dapat tempahan 
untuk mereka buat sahur atau berbuka
Boleh tahan sebulan rendang dendeng ni
katanya..
amboi baunya amat harum
tapi auntie belum makan lagi
auntie frozenkan dalam peti sejuk
sebab nak makan dengan ketupat atau nasi impit
hihihihi bukan senang nak dapat lagi

Rendang Dendeng Basah

Sedang kami berbual2 tu datang lagi tetamu
Blogger Kakcik Seroja dan suaminya Mus melawat uncle
Alhamdulillah



Mereka bawak bubur lambok Pak Hassan Kg Baru
Amboi rezeki bertindan hari sabtu tu
Sedaplah kami berbuka, memang kegemaran uncle dan auntie sangat2
Alhamdulillah

Masih berwap2 panas bubur lambok tu

Auntie tak segan memesan pada kakcik
teringin nak buah mangganya
pernah kakcik masukkan gambar,
Kat mana? Instagram? Fbook atau blog ? eh dah lupa dah
hihihihi kata kakcik, nanti bila buahnya
masak di akan hantar pada auntie yeayyyy
tq tq tq kakcik

Malamnya pula anak auntie Peej
datang/singgah umah auntie
Sambil menghulur beg berisi sesuatu
ni dari silent reader mama, duduk di Tmn Melawati, katanya
Betul2lah mereka ni sayang kat auntie
Allah gerakkan hati mereka untuk
memberi sesuatu pada auntie walaupun
tak kenal...amazing sungguh


Sabun Pencuci Kain baju
Sangat wangi walaupun masih dalam plastik

Ya Allah, murah betul rezeki auntie, pada hari sabtu tu
Ermm....hari minggu pun ada juga citer dapat sesuatu
Hari selasa pun ada
Semalam pun ada lagi
Nanti auntie longgokkan buat satu n3 lagi
Dan ada juga yang dah janjikan sesuatu
tapi masih belum tiba/sampai lagi 

Ada yang menanya pada auntie
apakah amalan auntie hingga ramai yang sayang
dan rezeki macam2 yang datang
Tiada lain hanyalah rajin2kan lah buat solat duha
berzikirlah asmaul husna, nama2 Allah
Selalunya zikir2 yang auntie bawa selepas solat fardhu

Ya Rahman - Maha Pengasih
Ya Rahim - Maha Penyayang
Ya Wahhab - Maha Pemberi Kurnia

Berzikirlah selalu dan redha akan ketentuanNya

15 comments:

  1. Alhamdulillah.

    Memang seronok bersembang dengan Kak Nanie dan Abg Bob.

    InsyaAllah nanti kami datang lagi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih sudi menziarahi kami Kakcik.

      Delete
  2. Alhamdulillah... rezeki yang wajar disyukuri. Kita tumpang happy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih tumpang happy
      hihihi

      Delete
  3. alhamdulillah...murah rezeki untie... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana, Alhamdulillah

      Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

      Delete
  4. Alhamdulillah...saya suka baca entri2 untie bila orang bagi itu ini terasa cemburu pon ada...ahahahaa...

    Allah ambil satu yang lain dan Allah beri suatu yg lain untk memberi seribu kegembiraan pada untie sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haippp jangan cemburu gantikan tumpang happy macam AA kat atas tu.

      Betul, tak kira rezeki yang Allah bagi kpd maklukNya tapi jika ia 'menarik' sesuatu hanyalah untuk kita mengingatiNya.

      Delete
  5. Alhamdulillah..murah rezeki auntie dan ramai org sekeliling yg ambil berat ttg autie..semoga auntie dan uncle diberikan kesihatan yg baik..IshaaAllah..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Norma, kasih dan sayang dari readers auntie

      Terima Kasih mendoakan kesihatan auntie

      Delete
  6. fieza pun sayang auntie. teringin nak jmpa auntie tapi jaoh. insyaAllah bila fieza transfer KL lepas kawen nanti fieza singgah umah auntie ye.
    fieza doakan auntie bahagia ngan uncle. dimurahkan rezeki dan sihat selalu.
    amin

    from kuching with love :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih fieza sayang auntie juga,

      Ada nyawa dan rezeki, InSyaAllah kita kan bertemu jua dengan izinNya

      Delete
  7. Murah rezki aunty.. syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah murah rzki auntie.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...