Followers

Monday, July 7, 2014

PuasSe Maksimum Dunia Utk Saham DiAkhirat

Hari Ahad puasa yang ke 8
Sahabat opis auntie Suraya Sany
hantar 3 bungkus bubur lambuk dari Kampung Baru
Siapa2 biasa dengan bubur lambuk kg baru ni, dah tak pandang yang lain
Amat termasyhur akan kesedapannya..
Auntie difahamkan Masjid KgBaru dirobohkan
dan projek membina semula yang baru
Entahlah kata kawan auntie sekarang Pak Hassan yang jual
bubur lambuk tu diKg Baru



Auntie bertanya pada abam jubah
Jika masjid dirobohkan, dibina semula, lama tu
imam dan bilal tak ada kerja lah yea
gaji jalan ker?
abam jubah tersenyum dan gelengkan kepala
manalah ayol tahu... kata nya
hihihi sapa readers auntie tahu?

Semalam Hari yang akhir untuk auntie berjimba di pasar juadah ramadhan
Sebab esok abam jubah dah kerja balik
Jadi silalah masuk dapur dan masak apa yang patut untuk berbuka nanti
hihihihi padan muka

Sejak membeli lauk tunjuk2 so far
rezeki auntie amat baik, tak pernah dapat makanan yang rosak
basi ke, cair kedi ke atau pun jumpa alien ke
setakat ni setiap ringgit yang auntie spend
dapat yang bersih dan sedap, mencapai cita rasa
Itu adalah Rezeki dan Berkat namanya
Alhamdulillah

Walaupun ada bubur lambuk tu
Auntie tetap masak nasi
anak2 auntie tak reti makan bubur lambuk tu
hihihihih
auntie muda2 dulu pun tak reti juga
percayalah tekak orang muda dan tua tak sama
dulu tak suka sekarang dah jadi suka
Ishhhh

Lauk tunjuk2 auntie semalam
Kari Daging dan Kentang
Sambal tumis bilis
Terung Berlada
Lemak api pucuk paku
Asam Pedas Pari
Rendang Limpa
dan nampaklah sangat laju jer tunjuk2 auntie
hinggakan yang ni pun beli

Sambal belacan dan Sambal Tempoyak

Teringin Cendol, beli sebungkus
Sedaplah pulak, auntie share dengan uncle

Semua readers tahu auntie jenis rajin masak
kenapa bulan posa dah bertukar rajin tunjuk2
ermm...nak ikutkan lagilah pahala masak memasak kan?
tapi sahur auntie masak tau..hihihihi
Okaylah jawapannya

Pertama - Asyik mengantuk dan lesu
Kedua - Membeli pun suatu ibadah kerana 
memanjangkan rezeki2 kpd penjual2 tu
Ketiga - Banyak pilihan dan harga pun masih mampu auntie beli
Keempat - Latihan utk auntie berjalan jauh utk ke Mekah/Madina
walaupun berkerusi roda, nak juga jalan kaki sekali sekala

Semalam auntie tukar haluan
ke Pasar Juadah Keramat Permai
tak banyak choice yg auntie minat
mungkin peniaga2 belum sampai lagi
auntie pergi pukul 4 petang
hanya onde2 yang masak disitu yang auntie beli
Alhamdulillah, sampai pukul 11 mlm pun tak basi

Terus ke Pasar Juadah Taman Setiawangsa
Amboi..meriah sangat makanan disitu
maklumlah ramai retis dan elit2
jadi pengunjung dan pembeli disitu

Dah beberapa kali setiap tahun gerai2 juadah
dilokasi yang sama
Ditengah2 antara 2 block kedai2
Jalan belakang tiada jalan yang elok
rumput dan tumpahan2 simen yang tak rata
Auntie berjalan kena hati2 sebab banyak lubang
adalah beberapa kali nak terjatuh bila leka
Orang yang berkerusi roda
Anak yang berstroller
memang tak sesuai ke situ
Ohhhhh DBKL silalah buat pemulihan jalan disitu

Ermm...balik2 citerr2 makan untuk berbuka puasse
Sedikit citer agama

Jom lihat lirik Nasyid - Puasa Hakiki

Rasulullah telah bersabda
Ramai orang yang berpuasa
Tiada baginya pahala
Selain lapar dahaga
Ingatan ini mesti dijaga
Agar ibadah puasa kita
Tidak rosak dan sia-sia
Walaupun tepat syarat rukunnya
Selanjutnya Rasul bersabda
Memberitahu pada kita
Banyakkan ibadah di bulan puasa
Balasannya sungguh istimewa
Ia bulan diampunkan dosa
Juga bulan dikabulkan doa
Terhimpun kebaikan padanya
Syurga rindu orang yang memuliakannya
Bagi orang yang menghayati
Ramadhan yang diberkati
Datangnya disambut sepenuh hati
Perginya pula ditangisi
Ini resam para Solehin
Yang patut kita contohi
Puasanya berkesan di hati
Hingga membina peribadi
(Ulang dari rangkap 3)
Inilah puasa yang hakiki…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...