Followers

Tuesday, July 22, 2014

Permintaan Tetamu Dari Muar~Sambal Daging~

Ada tetamu hari ni
(sabtu 19/7/2014)
Jauh datang dari Muar
Ibu dan anak jadi silent readers auntie
hihihihi kebetulan ibunya berjalan ke KLumpur
rumah anak maka ingin benar
nak berjumpa dengan auntie katanya
disamping membawa paste Mee Bandung Muar
untuk auntie rasa
kuss semangat punya lah banyak, berpeket2
boleh saja buat menjamu tetamu untuk Hrya nanti
Alhamdulillah
Ribuan Terima Kasih
Pesannya jangan masukkan gambar dalam blog
Umurnya adalah Kakak dari auntie
Sungguh tak disangka she is 65 yrs old with good health
and what a lucky lady she has 22 cucus from her 5 children
Alhamdulillah
Kami berbual mesra
Kak Patimah, anaknya Nur Ashyikin
suami Syikin dan perempuan pun ada juga

Amboi malunya auntie bila berdepan dengan peminat tegar,
mereka membaca kisah2 auntie dari sejak
auntie dilahirkan hinggalah citer2 terkini
mereka dah rasa amat mengenal auntie hihihihi
Punyalah minat sampai hari2 check dua tiga kali
Jika auntie belum update

Kata Syikin, mak pesan nakkan resepi sambal daging
Kata auntie dah ada dah kat label resepi
bila auntie check balik, tak ada rupanya
tapi kan....fbook friends auntie
say thank you to resepi sambal daging
tu yang fikir dah pernah published
Sebelum lupa lets have auntie's signature dish ni
sedap dimakan dengan ketupat dan lemang
Aduhhhh....tak sabar nak masak untuk Hraya nanti

Sambal Daging

A : Satu kilo daging dihiris nipis
basuh bersih2 direbus dulu (air dalam satu dua mangkok)
dalam kuali hingga empok jika daging pejal
Jika batang pinang tak payah rebus

B : Bahan utk di blend dan asingkan
Bawang kecil 10 ulas
Bawang besar 1 labu
Bawang putih 5 ulas
Belacan sebesar ibu jari atau lebih sikit

3 senduk blended cili kering

Cara :
Tumis bahan B sampai garing
Masukkan kan paste cili kering
kacau hingga kedua2 sebati dan pecah minyak
Kemudian curah rebusan daging tadi
dan masakklah hingga air tu kering
masukkan tiga suku cawan air asam jawa
(dari segenggam asam jawa)
garam mengikut rasa masing2
masak lagi dalam 10 minit
tutup api sebelum sambal tu kering.

Sebenar sambal daging ni adalah
kegemaran keluarga auntie
tanpa sambal daging memang rasa macam tak berHari Raya
Sambal yang di hidangan menjadi kegemaran tetamu
Tahun demi tahun bila Hari Raya
sambal daging auntie jadi permintaan hidangan
Setiap Tahun auntie akan masak 4 kilo hari raya pertama
Selain dari rendang 3 dalam Satu - limpa, hati dan daging
Rendang ayam dua ekor untuk kawan berbangsa cina

Sedang sembang2, datang pula kakcik seroja
menghantar mangga yang auntie teringin dan pesan
tak boleh lama ni, nak hantar mangga ni jer..
kata kakcik bila melihat auntie ada tetamu
Kakcik juga membawa dua mangkok bubuk lambok PakHassan
Wahhh sedap dan amat bersyukur boleh buat berbuka
Terima Kasih kakcik

Auntie pun sambunglah bersembang
dengan tetamu dari Muar
Ibunya juga memberi uncle sebotol balm habbatus sauda
yang mereka beli di Mekah ketika menjalani ibadah umrah
Alhamdulillah..bolehlah uncle rub2 dada dan kakinya nanti

Ribuan Terima kasih atas kunjungan dan paste mee bandung
Ermmm...salam selit ditangan auntie juga dari Syikin
bila ada masa yang lapang
datanglah lagi yea Kak Patimah
dan Syikin jangan serik bawak mak kerumah auntie

Rasa pelik lah tak buh gambar di n3 ni
tak per lah yea..
auntie pun tak berapa sihat ni
baru jer balik dari Hospital
nanti2 auntie citer..
Bye2 semua..nak boom ZZZzzzzz jap.




10 comments:

  1. Murah rezeki auntie di bulan ramadan ni kan..
    Selamat berehat auntie.. tido dulu nanti cerita lagi ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hayati, auntie kurang sihat kebelakangan ni

      Delete
  2. Best kan auntie, ada pembaca yang baik2 camni. Eka pun dah banyak kali jugak bertemu depan mata dengan kawan2 blog.

    Sedapnya sambal daging. Sejak preggy ni, eka langsung tak boleh tengok cili kering, sambal menyambal. Padahal itulah kegemaran eka. Memang suka sangat. Nampaknya kena lupakan sambal menyambal ni. Huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, ramai yang baik2 diluar sana

      Selesaikan dulu hal preggy, lepas pantang nanti boleh bersambal balik hihihihi

      Delete
  3. Salam auntie..wah baca resepi tak tengok gambar pun dah terliyo saya auntie..
    nanti saya nak cuba lah. Thanks auntie share resepi. Mintak halal ye resepi nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Sya,

      Most welcome, cubalah nanti yea

      Delete
  4. takde gambar takpe... uncle bayangkan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe bayang masakkan, makhroh kot bulan puasa hihihihi

      Delete
  5. Sama2 kasih Kak Nanie... ๐Ÿ’™๐Ÿ’™

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih sekali lagi kakcik

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...