Followers

Monday, July 14, 2014

Kawan Sekolah Rendah Dulu2

Dah 45 tahun lebih tak jumpa
Kawan sekolah auntie masa sekolah rendah lagi
Terima kasih pada muka buku
terjumpa disitu tahun lalu
gembira amat2 ketika itu
masih terbayang2 auntie zaman kami gadis sunti
masing2 baru belajar pakai baju dalam/bra cotton nipis
hihihihi
zaman yang paling seronok dalam hidup auntie
ketika itu kehidupan amat suci

Kawan auntie hubungi auntie melalui
facebook messages kata nak hantar barang
by wednesday or Thursday  baru sampai
so auntie tunggu lah
Tunggu punya tunggu tak ada pon poslaju
Tetiba jer ada borang dalam letterbox
mengatakan ada undelivered parcel
huhuhhu masa bila datangnya? auntie tak sedar pun
auntie bebel mengadu kat uncle
uncle kata ada nampak van post laju lalu
tapi tak pulak dia orang tekan loceng
Ishhh..
Dalam borang tu ada mengatakan boleh hantar
kali kedua atau ambil nun di Brickfieds
Ohhhh tidak, sapa nak gi collect?
Auntie mintak lah uncle tolong fonkan
untuk delivery sekali lagi
Hari Jumaat lepas sampailah budak2 poslaju tu
kali ni auntie tak yah isi nama dan tandatangan pulak
ermmm...

Setiap kali buka parcel poslaju
rasa macam buka hadiah hari jadi
seronok dan happy tak terhingga rasanya
I like that feeling really

Tu ada tulis serahan kali kedua


Bentuk macam kotak kasut tapi setiap angle ada frame besi
cantik kotak ni



Ada macam2 jenis kekacang, kurma ajwa, dried peaches dan juga jus delima

Selama ni auntie pandai makan buah delima, 
memang suka tapi tak pernah pula minum jus
so dapatlah rasa bila kawan auntie ni bagi
Alhamdulillah

Kata kawan auntie mungkin dia akan lapangkan
masa nak jumpa auntie sebelum auntie berangkat ke tanah suci
jika tak dapat jumpa pun tak mengapa
kerana apa saja adalah dengan izinNYA jua


Style kan kawan auntie?
hehehehe
Rezeki dia sihat,  life dia banyak keluar negara makan angin dan cuti2
anak2 tinggal merata diluar negara
auntie tumpang gembira nengok life style dia dan suaminya
anak2 berjaya dalam akademik sampai ada PhD
Alhamdulillah

Ribuan terima kasih pada Kamariah Syed
atas ingatan yang tulus dan ikhlas
buat kawanya nani di sekolah rendah dulu2..
memori indah ketika itu..


8 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah. Memang ramai yang sayangkan Kak Nanie. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni tak henti2 rezeki datang dari readers
      Alhamdulillah

      Delete
  2. seronok kan auntie bila persahabatan berlandaskan keihklasan dan jujur..inshaaAllah berkekalan sampai bila2 :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Norma
      Begitulah harapan auntie agar persahabatan berkekalan

      Delete
  3. Budi yang baik dikenang juaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti kenang dan untuk menghargainya maka auntie buat n3 khas untuk yang telah
      memberi buah tangan utk auntie.

      Delete
  4. Rezeki dalam pelbagai cara kan untie, rezeki berkawan sampai bila2... Bergaa macam org muda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul JunAina
      Allah nak salurkan rezeki untuk auntie melalui readers
      Alhamdulillah

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...