Followers

Thursday, July 24, 2014

Hari Raya Zaman Kanak2


Bagaimana auntie terasa berHari Raya masa zaman kanak2?
Citer zaman tahun 60'an
Auntie beraya berdua dengan adik perempuan auntie
yang lima tahun lebih muda dari auntie
Kami tak pernah beraya suasana kampung, semua pengalaman beraya dibandar
Rumah Quarter Keretapi Tanah Melayu
Di KL Bangsar, DiGemas dan DiTaiping

Arwah Abah cuba menghidupkan
suasana Hari Raya untuk Isteri dan anak2nya
Rumah kami mesti ada lampu kelip2
2 set at least, lilit kat bingkai tingkap2
Semua akan dipasang pada malam 27 lekor
Petang abah dah siap2kan
Pelita minyak tanah 10 biji, ditukar sumbu
dan diisikan minyak tanah
auntie akan bersila mengadap arwah abah buat..
dah tu arwah abah susun2lah di tepi bibir longkang depan rumah


Bila auntie dah besar sikit, auntie dah pandai buat persiapan pelita tu

Arwah abah belikan mercun padi pop pop dan bunga api batang besi
auntie akan lekatkan mercun padi pada lidi yang panjang untuk adik main
dan cucuh kat pelita tadi
auntie kena awasi adik pesan arwah abah
tapi adik terlebih berani..
aduhai, dia brani cucuh direct keapi
tak pakai lidi, tak sempat baling, meletup dijari
melecur juga walaupun mercun padi
tak pasal2 auntie kena marah sebab leka
sebak ni ...teringat kenangan lama yang amat indah

Langsir yang dibeli diGlobe ditukar setiap tahun
mengapa setiap tahun?
Yea langsir tingkap yang memang fungsi menghadang
cahaya matahari masuk kedalam rumah
memang mudah makan hari..reput bila setahun tergantung
Dulu2 tingkap tiada berbesi grill
tingkap2 dibuka waktu subuh dan ditutup waktu maghrib
tiada penyangak ketika tuh

Telap/bekas kuih diisi biskut2 yang arwah mak buat sendiri
Biskut2 wajib kami setiap tahun
Bahulu, Bangkit, arab/suji, biskut kulit limau sunkist, samperit dan biskut dam
Kuih gorengan buat sendiri
Kuih gunting, kacang goreng dan kuih rose atau goyang






Auntie dan adik tolong arwah mak
buat biskut2..hihihihi tolong nyibuk jer
Dodol dan wajik dibeli kat pasar minggu dikg baru
tapi tak dihidang
arwah beli untuk makan sendiri saja

Baju 3 sehelai
kasut sepasang
cekak atau getah pengikat dan sepit rambut semestinya
seluar dalam
Kesemua pakaian2 ni arwah abah heret kami ke
Forch Avenue gerai2 deretan
yang dikuasai oleh peniaga2 cina ketika itu
sekarang ni dah tak adalah, dah ditukar ke Bangunan Kota Raya
Baju kurung pula arwah mak akan tempah
dengan jiran berdekatan

Hidangan Hraya
Rendang daging dan rendang ayam
ketupat beras dan pulut yang dibeli
siap beranyam, hihihihi arwah mak ngan abah
tak pandai anyam
selalunya yang auntie ingatlah
70 biji ketupat beras dan 30 biji ketupat pulut
Dari mengisi kelongsong daun ketupat sampailah
merebus adalah tugas arwah abah

Dulu2 nak buat rendang amat lah siksa
Santan kena perah dari parutan kelapa
Auntie suka tolong perahkan, tangan auntie yang kecil
tak kuat, perahan akhir arwah mak akan sudahkan.hihihihi

Kelapa parut juga digoreng hingga garing kuning
Gorengan kelapa tadi, auntie tumbuk pakai lesung batu
hingga keluar minyak, berterabur keliling kelapa2 tu
yang mak dah alas dengan kertas surat kabar
Cili kering arwah abah yang giling

Rendang dan Ketupat siap sebelum maghrib

Dipagi raya
dengan pakaian yang cantik dan baru
tugas auntie setiap tahun
menghantar dulang berisi ketupat dan rendang
pada jiran india, kiri dan kanan
adik tergedik2 ikut sama
Jiran auntie pula isikan gula dan susu tin dalam dulang tu
sebagai balasan pemberian hidangan hari raya dari arwah mak

auntie merindui zaman ini...
yang tidak mungkin berulang lagi
kenangan yang indah dalam hidupku

AlFatihah Abah dan Mak
Semoga kita bertemu diSyurga Allah
Aamiin

ps : gambar hasil mr googles

16 comments:

  1. sayu hati bila baca cerita aunty ni, Al Fatehah buat mereka yang telah tiada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman indah laluan hidup auntie.

      Delete
  2. Setiap orang akan ada kenangan semasa raya masing2 tak kira dimana pun kita tinggal, kenangan yang sentaisa akan menjengah sekali-sekala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul JunAina, jika auntie tak ada nanti, entah apa yang anak2 lalui adakah suatu kenangan manis bagi mereka?

      Delete
  3. kalau imbas kenangan beraya masa kecil memang hati jadi sayu auntie..rindu saat2 macam tu..berpakaian sedondon dgn adik beradik perempuan...ikut abg2 pergi main bunga api..dan yang paling terpahat diingatan setiap kenangan bersama arwah ayah..dari kami kecil sampai la kami dah mempunyai anak setia menunggu di depan pintu..menanti kepulangan kami adik beradik even waktu tu dah 3am...tahun ni adalah tahun yang kedua beraya tanpa arwah ayah..al fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehe pakaian sedondon auntie tak pernah lalu tapi anak... auntie sedondonkan

      Alfatiihah buat abah Norma.

      Delete
  4. sayu pilu baca entry nih...teringat zaman2 sambut raya kat kampung masa kecik2 dulu....riuh rendang kami adik beradik sepupu sepapat semua balik berkumpul di rumah arwah atok di sarang buaya...meriah betul...bila makin lama makin besar...sikit2 dah takde keriuhan macam dlu..bila arwah atuk semua dah takde lagi rasa sunyi...masing2 dah ada keluarga sendiri...miss that moment...selamat menyambut aidilfitri auntie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul shuweet, memang berhari raya masa keciklah paling seronok.
      Dah tua macam auntie lagi tiada apa yang nak dikejarkan.
      Selamat menyambut Hari Raya to you too

      Delete
  5. Kenangan dihari raya kan Auntie..syahdu kalau teringat...saya pun sama...
    Lagi-lagi bila Arwah Abah dah takde nih...syahdu je rasa...

    Apapun saya nak ucapkan:
    Selamat Hari Raya Aidilfitri Auntie Nani dan Uncle sekeluarga....
    Maaf Zahir dan Batin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Sue dan sekeluarga....
      Maaf Zahir dan Batin

      Delete
  6. Selamat hari raya untie Nani. Semoga syawal kali ini akan membawa seribu rahmat buat untie sekeluarga yer. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga Mdm Casper
      Maaf Zahir Bathin dari auntie juga

      Delete
  7. Al-fatihah buat kedua ibu bapa kita telah pergi meninggalkan kita.
    Sebut mengenai nama tempat di KL..
    Teringat arwah mak saya memanggil
    Forch Avenue- pucuk beni-yu
    Saya tahu tempatnya dkt Bangkok bank. Mmg deretan kedai emas, fabrik dan kedai runcit milik org cina

    selamat menyambut hari raya Aidil Fitri kak nani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alfatihah.

      Ohhh..sempat Rahmah tahu Forch Avenue? hihihihi

      Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin.

      Delete
  8. Selamat Hari raya auntie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari raya juga untuk Zara Zainudin..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...