Followers

Wednesday, July 16, 2014

Dah Rindu Rinduan


Dah rindu rinduan
Jumaat minggu lalu Noy pergi
Belum pun seminggu
hati auntie asyik teringat kat dia
Jaga diri disana anaku
Moga kita jumpa lagi dalam tempoh dua minggu
dengan izinNya jua

Setiap tahun bulan puasa
Anak auntie yang bungsu ke Kuwait
selalu seminggu, kali ni 2 minggu
menjalani kursus tahunan penerbangan
Diam tak diam dah 6 tahun dia berkhidmat
dengan airlines tu..
Alhamdulillah

Hairan kenapalah time Ramadhan pilihan kursus
kenapa tidak time bulan2 yang lain
Ishhh...arab, tah apa2 mentality diorang
Sian, anak auntie kata dia akan craving makanan2 melayu
bila berbuka dan bersahur disana
entahlah, auntie nengok banyak dia bawa makanan dalam tin
untuk makan dengan roti katanya

Malam bersahur sebelum dia bertolak
auntie berbual dengan dia
hati auntie ketika itu
dah pun terasa sebak memikirkan dia disana nanti
ada dia pelawa auntie untuk ikut bersama kesana
tapi auntie memikirkan uncle yang sedang sakit
sapa pulak nak uruskan
persediaan berbuka dan bersahur anak2 lelaki
siapa pulak nak masakkan
jadi memang tak dapatlah auntie nak ikut dia
bilamana masih ada lagi tugasan2 harian disini

Kali ni katanya dia plan nak bawa balik
jubah2/abaya untuk buat jualan
tapi auntie tak bagi sebab disini pun
dah belambak2 jubah2 arab
Abis tu nak beli apa dari sana?
tak yah..simpan jer duit bebanyak
kata auntie
nanti kita fikirkan nak buat apa
untuk usaha berniaga secara kecil2an



Auntie teringin nak facetime dengan dia
tapi risaukan masa yang tak bersesuaian
diKuwait lima jam lewat dari masa KLumpur

Semalam uncle tunjukkan sms dia pada Noy
Rupa2nya uncle pun dah rindu anak dia
sampai menanya kabar berita
Auntie kata pada uncle janganlah kacau dia
dia kursus dan ada peperiksaan tu
Jika dia dah habis semua paper
nanti dia hubungi kita lah

Selamat berjaya semua peperiksaan
Mama dan Papa menanti kepulangan
dengan sabarrrr
untuk rinduan yang menebal

Bagaimana sesorang mengubati rindu?
terhadap suami, isteri dan anaknya?
pada ibu, ayah dan nenek

Ohhh....rindu orang dulu2 tanpa surat
atau fon..

Tak boleh auntie nak bayangkan...

12 comments:

  1. Hati ibu mana lah nak tenang kan kalau anak tak de depan mata. Harap auntie bersabar insyallah pulang lah dia sebelum raya. Dan buat auntie, jaga kesihatan ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah status ibu aja yang faham macam mana sayang seorang ibu kpd anak2

      InSyaAllah, Noy akan balik sebelum raya.

      Terimakasih cybermummy diatas pesanan kesihatan utk auntie.

      Delete
  2. orang dulu2 rasa nak pecah dada menahan rindu, auntie.. huhu

    semoga urusan Noy dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah gamaknya kan rindu orang dulu2

      Auntie Aamiinkan doa utk Noy

      TQ SKTJ

      Delete
  3. Rindu-rinduan membawa keakraban...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, auntie.

    sy dulu masa belajar kat univ (dekat je pun kat UPM. rumah kat shah alam haha) tapi selalu rindu kat mama sy. so sy selalu la telefon dia pakai public phone kat hostel tu. orang len beratur nak telefon boyfriend, sy pulak telefon mak sy. haha. insyaAllah nanti by the time noy balik, boleh celebrate raya sama-sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Wani

      Alhamdulillah, anak yang soleh memang rindu ibu ayah.

      InSyaAllah dua tiga hari sebelum Hraya Noy akan balik. Bolehlah bantu auntie memasak utk persiapan Hari Raya nanti

      Delete
  5. Orang dulu dulu, kalu rindu selalunya berdoa. Sambil renung bulan di malam hari.

    Kita hari ini, boleh calling calling. Doa juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu AA, mereka merenung bulan sambil berkata2
      Bila ada teknologi bersurat dan bergambar, cium gambar dan surat2 tu
      Bila ada phone, calling2 yang di rindui
      sekarang dah boleh facetime....dapatlah bersembang sambil melihat wajah ..Alhamdulillah

      Delete
  6. Ada rindu simpan dan tahan2kan dalam hati, anak perempuan Aina balik sekolah di kampung masa umur 11-12 tahun kiranya 2 tahun jugaklah mak pendam rasa. Bayangkan anak yg kita rasa masih perlukan mak tinggalkan mak cam tu...

    Sabar ye untie...

    ReplyDelete
  7. Bila baca entri auntie ni saya rasa sayu pulak.. saya pun tengah rindukan 2 org anak bujang saya..dah dekat 2 bulan tak jumpa.. sedih rasa tapi pendam aje..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...