Followers

Tuesday, July 1, 2014

Cantikkah Auntie DiMataNYA?

Assalam readers
Selamat berpuasa hari yang ketiga
Alhamdulillah
auntie menjalani puasa zahir dan batin
dengan tenang, syukur pada illahi
moga 'rasa' kasih dan tenang akan berterusan
Aamiin

Auntie yang sebenarnya puasa tahun ni tidak mahu
memuatkan gambar2 makanan berbuka dan bersahur
dah bertahun aktiviti tu pada bulan Ramadhan
Tahun ni
mahu bercerita saja sepanjang bulan Ramadhan
tu pun cerita yang boleh menambahkan amalan2
yang sederhana untuk diri

Yea, auntie bukan nak jadi ustazah, tak layak pun
tapi sekurang2nya, auntie dapat share dengan readers
amalan2 ringan untuk sepanjang bulan ramadhan.

Nak tumpang bertanya pada readers auntie disini
Dah bertahun2 kita berpuasa bulan ramadhan
Dan tahun ni pula
Dah tiga hari kita berpuasa..apa rasa?
ada kelainan?
Jika tidak, perbaiki lagi especially batin
perbanyakkan zikir dan solat2 sunat
sehingga sampai tahap bila bersolat air mata akan mengalir
mengenangkan betapa 'kotor'nya diri ini
bertaubat akan dosa2 yang lalu
yang nyata dan yang tidak kita ketahui
sehinggalah dapat rasa kasih berhadapan dengan Allah
rasa rindu nak berhadapan dengan Nya
dengan solat2 tambahan ia itu solat2 sunat
Pada yang tak pernah buat
cubalah berbuat demikian ketika ramadhan ni
Yang simple2 dulu

Solat Sunat Sebelum, Selepas Solat Fardu 


Auntie tak perlu terangkan bagaimana cara nak bersolat sunat ini
beli buku dan refer dengan ustaz/ustazah

Bila dah biasa bersolat sunat diatas
diri akan terasa 'rugi' jika tinggalkan

Isu cantik
Ramai yang cuba untuk jadi cantik
Cantik badan, cantik kulit, bercantik makeup, bercantik pakaian
dan percubaan cantik macam2 lagi
Cantik untuk apa?
Cantik untuk kawan2 dan sekeliling lihat?
Cantik untuk dipuji atau Seronok Sendiri?
tapi pernahkan kita bertanya atau tersedik dihati
'Cantik' kah kita bila mengadap Allah nanti?
Wajah yang tanpa makeup tu?
Mata tanpa celak dan alis?
Bibir tanpa gincu dan kulit muka tanpa berbedak?
Tanpa hiasan intan berlian dan emas dan perak?

Ermmm...nak cantik zahir dan batin?
hehehehehe
Jangan tanya auntie
sebab auntie sendiri pun bukannya cantik
walaupun dah berkurun lama bersoleks
apa tah lagi cantik batin
tapi auntie berusaha kearah itu
Moga Nur Kalbu dan Nur Iman yang bersinar
terpancar pada 'diri'
bila mengadap Allah swt
Aamiin

Aduhai, mana tak nya auntie dikutuk
menulis isu2 macam ni
jom cerita duniawi pula tapi buat atas kehendakNya
hihihihi semalam auntie ke TH
Abam jubah dah dapat surat tawaran
untuk menunaikan haji tahun ini.
Dapat dia menemani auntie nanti. Alhamdulillah
Auntie dibawanya ke Imigresen utk buat paspot
Tempat2 tu memang payah dapat parkir
tapi auntie memang tawakkal
Alhamdulillah
Senang aja dapat tempat, ada aja kereta keluar
dan abam jubah dapat parking betul2 berhampiran
entrance.
Pak Guard pula iringi auntie ke lorong OKU
tak sampai setengah jam, siap urusan paspot

Auntie membeli belah lauk pauk dan kuih muih
betul2 depan entance bangunan tu
Beli nasi briani, lemak rebung perut, lemak daging salai
Kari Daging dan Sayur Bayam goreng
Murtabak, onde2, tepung pelita,cara manis dan berlauk
Balik rumah tanak nasi aja dan buat air sirap bandung.

Alhamdulillah, sepanjang urusan dipermudahkan
Amat bersyukur
Alhamdulillah

Hati merasakan bahawa tidak ada yang berkuasa melainkan Allah swt 
dan sesuatu datangnya dari Allah swt.

P/s :
Wah, ngantuk sangat ni, sebab bangun dari pukul 3 pagi 
nak tidur sebentar...

24 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Nanie. Terima kasih atas perkongsian.

    Alhamdulillah Abam Jubah dapat pergi menunaikan haji mengiringi Kak Nanie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Kakcik,

      Yea, amat bersyukur anak sulung dapat menemai menunaikan fardu yang kelima. Alhamdulillah

      Delete
  2. Alhamdulillah untie niat yang baik Allah permudahkan segalanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki dari Allah, dipermudahkannya urusan2 auntie dan anak.
      Alhamdulillah

      Delete
  3. Alhamdulillah...semoga kesihatan auntie bertambah baik dan segala urusan auntie dipermudahkanNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin

      Terima Kasih atas doa Norma utk auntie.

      Delete
  4. Salam ramadhan auntie.. cantik di mata canti di hati.. paling penting cantik di sisi Allah SWT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan kembali SKTJ

      Yea betul sungguh kata2 itu

      Delete
  5. Assalamualaikum, aunty. Tahniah kerana Insya Allah akan menjadi tetamu Allah di musim haji tahun ini. Semoga Aunty dan anak dapat pergi ke Mekah dan pulang ke Malaysia dengan sihat sejahtera. Selamat berpuasa juga kepada aunty! Saya memang minat aunty letak gambar2 menu aunty berbuka. Sebab memang sedap je nampak. Tapi tergugah la iman skit tengok gambar2 tu. Hehehe... Tak kisah la aunty nak tulis apa dalam blog auntty ni, tp jangan berhenti menulis pls? Saya suka baca pengalamn2 aunty. Tapi tertunggu2 siri yg aunty tulis kenangan zaman lalu tu dah tak ada sambungan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam inahornaw,

      Terima Kasih atas doa2 diatas, Aamiin.

      hihihihi auntie dah tak yahlah letak gambar2 mknan, dah ramai yg berbuat begitu bulan ramadhan ni

      Oh episode ttg liffe auntie? Nanti2lah sayang..
      panjang umur akan auntie nukilkan disini sambungannya

      Delete
  6. Salam ramadhan auntie. Saya reader tetap untie. Kadang2 komen juga. Syukur abam jubah dapat teman untie ke tanah suci. Lega dengar.
    Ramadhan kali ni tidak seperti tahun2 sebelumnya. Dugaan terhebat sepanjang 15 tahun hidup berumahtangga. Tapi saya redha. Saya redha dengan setiap ujian ini. Mungkin selama ini saya ada terlalai dalam mengingati NYA lalu dengan cara ini DIA sedarkan saya. Alhamdulillah. Hati memang sedih dan air mata mmg luruh tapi demi terpandang wajah anak2 saya ,...semangat saya jadi kuat. Saya tidak boleh biarkan diri jatuh terjelepuk sebab anak2 saya yang ber6 tu amat memerlukan saya sehingga tibanya hari mereka boleh berdikari sendiri. So untie dan uncle selamat menjalani ibadah puasa ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan kembali Madam Casper,

      Terima Kasih sudi jadi reader auntie.
      Alhamdulillah, abam jubah dapat terpilih kesana nanti.
      Yea, tabahlah setiap ujian ada hikmahnya. Kecil atau besar setiap ujian adalah dariNya jua.
      Yang penting redha menempuhi ujian2 tersebut.
      Sabar yea.
      Selamat berpuasa to you too Mdm Casper

      Delete
  7. assalam auntie..
    alhamdulillah entri auntie ni buat saya terfikir jugak..
    cantik ke saya die mataNya..
    insaf sekejap..
    saya pun dalam proses membaiki spiritual saya..
    boleh tak nak share post auntie ni auntie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam sya mokthar,

      Boleh saja sharing, no problem

      Delete
  8. Replies
    1. Di mana datang sedih tu suriani?

      Delete
  9. ...dan, hensem kah kamu dimatanya...?

    Salam ramadhan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan to you too uncle gedek

      Delete
  10. Assalamualaikum auntie

    Tahniah buat Abam. Semoga Allah permudahkan segala urusan Abam dan Auntie, diberi kesihatan yg baik spjg berada disana nanti. Kuatkan semangat, byk bersabar,insyaallah...semuanya akan mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam pB,

      Aamiin.
      Terima Kasih doakan auntie pB.

      Delete
  11. Alhamudilllah AUNTIE NANI. Semoga segala urusan terus dipermudahkan oleh NYA. Dan semoga Auntie sekeluarga terus sejahtera dan bahagia. Lama tak jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin
      Terima Kasih doakan auntie.
      InSyaAllah dengan izinNya kita akan bertemu AA.

      Delete
  12. Apa yg indah bila diri kian mendekatkan diri padaNya.
    Semakin dekat kita kepadaNya semakin kita istiqomah dan mudah utk muhasabah diri
    Peringatan buat kakak sebenarnya ni Auntie. Terima kasih moga ibadah kita diterima olehNya.

    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum auntie..
    semoga auntie kuat dan sempurna rukun ibadah haji sepanjang berada di Tanah Suci.. mesti rindu khabar dari auntie nanti... =(

    auntie selamat berpuasa.... sayang auntie!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...