Followers

Wednesday, July 2, 2014

Berperang Jiwa

Teringat kata2 arwah abah mertua auntie

"Cubalah melawan kejahatan didalam diri setiap hari 
memang ada sifat sifat jahat
Musuh kita adalah diri kita sendiri
Jadi perangilah musuh itu"


Yea hari ni auntie berperang jiwa
apa tak nya, auntie nyaris puasa yang yok tadi 
sebab kepala berpinar dan keseluruhan mulut sakit
Alhamdulillah, perang dari pagi dah pun sampai tengahari

Kenapa sakit mulut
Semalam selepas maghrib, auntie pergi ke dentist
konon2 nak buat pemeriksaan
jika ada lubang2, bolehlah ditampal
(tujuan persediaan utk kehaji sebenarnya)
rupa2nya ada gigi yang tidak boleh diselamatkan
kena cabut kata doktor
Wahhhh...dengan beraninya auntie benarkan doktor cabut
Terlupa akan kencing manis auntie
huhuhuhu memang lambatlah nak kering bekas tapak cabut
sampailah waktu sahur semalam, auntie masih tak dapat
makan apa2..huhuhu auntie buat air nescafe 
makan beberapa butir kurma dan telan ubat tahan sakit
BerSubuh dah tu bawak baring balik
Terjaga pukul 9 pagi, 
auntie berdiri tapi tergayang2 nak jatuh
bekas cabut tu, nyut2 nyut2
mula hati negatif kata 
kena buka ni, kena buka ni
tapi kata suara hati positif pula
sabar, tunggu hingga pitam ke, muntah ke
barulah tiada harapan utk berpuasa lagi
Alhamdulillah...peperangan setakat ni menang

Lepas Zohor auntie nak ke HAT TM
ambil insulin auntie yang dah tiba stok
(uncle dapat panggilan tadi)
bayangkan stok 3 bulan baru nak sampai
ermm....auntie kena jumpa budak dispenser disitu 
nak minta maaf pada dia hari ni 
sebab budak tu dapat
'sembur' free dari auntie bulan sudah
memang hilang kesabaran bila stok tiada
katanya tiada masaalah, auntie boleh beli dipharmacy
dan buat claim kemudian.
Huishhhh...memang pernah auntie beli dan claim
sekotak insulin  rm300++ dua kotak dah rm700
buat claim, 3 bulan baru dapat duit balik
Nasib auntie ada duit, apa kata tiada duit?
memang nak veteran mati kejung ker?
Itulah kata2 auntie pada budak dispenser tu
Auntie terbayang2 wajah pucat budak
tu bila dengar suara auntie jerit2..

Auntie ni merata2 merayap 
sebabnya abam jubah cuti seminggu
buat urusan2 untuk auntie dan uncle
Alhamdulillah 70% dah siap
ada sikit2 lagi urusan yang perlu 
kesana kemari


Semalam berbuka beli aja di param
Rendang limpa, lemak siput sedut
lemak rebung perut dan lemak telur itik 
Dah sampai rumah abam jubah
kata nak sambal tumis mama
Terpaksalah auntie kedapur buat
sambal tumis sotong dan tanak nasi

Jiran auntie pula bagi kurma Yusuf Taiyoob sekotak
dan kuih kacang kole yang dia buat sendiri

Alhamdulillah, itulah
rezeki kami semalam..




8 comments:

  1. Salam perkenalan auntie..
    Alhamdulillah auntie sabar dan selamat dari fikirian yang negatif yang suruh berbuke tu..
    Tapi auntie kalau sampai memudaratkan auntie, auntie buke la ye auntie
    Keep posting sebab sya suka baca blog auntie.
    Full of inspiration.
    Assalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Perkenalan kembali sya,

      hihihihi sayang nak berbuka, auntie tahan jugalah..dengan izinNya Alhamdulillah penuh puasa hari tu.
      InSyaAllah auntie akan menulis dan menulis lagi utk anak2 siber auntie..

      Delete
  2. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan Kak Nanie sekeluarga. Aamin.

    ReplyDelete
  3. hehehehe.. saya terbayang amukan auntie.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. SKTJ, amukkan satu hala...
      (one way street hahahaha jika dia menjawap auntie tak boleh dengar pun)

      Delete
  4. Anak bungsu Aina tanya kenapa orang lapar cepat marah?

    Agaknya dalam menahan sakit dan berpuasa terasa lagi nak cepat marah ye untie. Moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terserlahlah sifat amarah jika dalam berpuasa

      Alhamdulillah sepanjang puasa beberapa hari ni memang auntie tiada rasa marah2 lansung.

      Terima Kasih doakan kesihatan auntie. Aamiin.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...