Followers

Saturday, July 26, 2014

BerHari Raya Zaman Remaja

Persiapan untuk berHari Raya
menolong arwah mak abah kedapur
tak pernah auntie abaikan
dari kecil hinggalah remaja
memang auntie suka kedapur
dari pandai menyibuk sehinggalah
pandai menolong itu ini
tapi bab letak garam dalam rendang
dan kuah kacang, auntie memang tak berani
tugasan yang paling berat untuk tadah telinga
hihihihi arwah abah cerewet ttg rasa masin atau tawar
tawar tak ada masalah boleh buh garam
jika termasin? Ohhhh no no no
Rosaklah hidangan juadah.
walaupun mak expert campak garam
selalu tawar bila abah makan
(food tester and food testing lah tu)
hihihi ni mesti kes takut arwah abah bisinglah tu

Selepas berbuka puasa malam raya
mak, auntie dan adik kena siapkan hidangan diliving hall
tarik keluar sofa, tebar sapra
buka tin biskut2 dan masukkan dalam bekas kuih2 raya2
dulu2 mana ada balang2 macam sekarang
sebelum buat biskut2 raya
mak dah kumpul tin yang besar2
selalu tin milo dan tin susu tepung nespray
arwah mak basuh dan jemur

Bila buka tin2 yang dah berisi biskut2 raya
tugasan yang paling auntie suka
Penggggg..... bunyi tutup tin melambung
bila dicungkil dengan garfu atau sudu
ohhhh..harum, memang heaven
Dah tu, auntie buat sambil makan hihihihi
sebab masa membakar biskut,
arwah mak tak bagi makan, jika dapat pun
biskut2 yang rosak
yang tak cantik bentuknya,
yang senget benget
atau yang dah hampir hangus...
kadang kala selalu auntie berdoa
mintak2 biskut2 yang dalam oven ni
garing boleh dapat makan lebeyyyy
hahahaha

Dulu2 diTaman rumah arwah abah
memang jemaah masjid datang bertakbir rumah kerumah
tak tahulah sekarang ada ke orang buat?
Pengalaman indah juga
Seronok auntie intai2 dari dining ke living
nengok pakcik2  tu makan hidangan
tapi selalunya tak habis apa yang di hidang sebab perut pasti sendat
Yealah jika berpuluh rumah yang harus dilawati
kadang kala hingga lewat malam

Satu lagi pengalaman auntie yang tak boleh auntie lupa
Kepantangan arwah mak jika hidangan tak habis curah balik dalam kuali
Ohhhh...arwah mak marah2 auntie masa pertama kali berlaku
mana auntie tahu? rupa2nya masukkan dlm kuali lain
dan panaskan balik
jangan campur, nanti basi kata arwah
sehingga sekarang auntie warisi buat mcm tu juga

Shopping raya ketika remaja?
Ohhh...shopping complex baru ketika tu
Ampang Park, Cambell dan Pertama
Globe2 tak main dah bila pegang duit sendiri
Dah pandai nak pakai kasut kulit bukan kasut pvc lagi
Dah kenal boutique, beli yang ada label
boutique kegemaran dan kegilaan auntie 'LadiesLodge'
Nak spec, nak barang makeup, nak accessories
subang, gelang, rantai dan cincin
(emas yang arwah mak belikan dah tak mahu pakai)
eksyen konon rasa macam orang kampung pakai emas
pakai mesti ikut trend terkini
huishhhh apa nak kata?
Anak2 auntie sekarang macam tu lah
Like mother like dotter
kihkihkih

Bila dah pegang duit sendiri
arwah mak selalu pesan, sentiasa hulur duit pada orang2 tua
jadi,  itulah amalan auntie, salam berduit utk orang2 tua
bukannya banyak pun 10 hinggit
tapi ketika itu nilai mcm tu tinggi lah tu

Maha Pengasih Allah..
sekarang auntie pula dapat pulangan saperti itu
Allahu Akbar

Seminggu sebelum raya auntie dah dapat
sampul duit raya daripada readers
lagilah advance bukan salam berduit
tapi kiriman berduit..auntie tak pernah jumpa lagi
moga auntie dapat berjumpa dengan readers2 yang murni


Satu untuk auntie dan satu lagi untuk uncle 
Thank You Ija 
(Saleh Saniza)

Ya Allah
Peliharalah mereka2 yang baik hati terhadap orang2 tua yang lemah
Aamiin




4 comments:

  1. kenangan menggamit kalbu.... ;-).... selamat raya auntie n family.... apa yg auntie crite betul2 bestnya zaman remaja auntie... alhamdulillah.... saya tinggal di kampung.. merasai takbir raya dr org2 surau, bakar lemang, masak rendang.. InsyaAllah.. kenangan ni akan sentiasa menjadi kenangan yg terindah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Iyza safa

      Dikampung dan dibandar memang berbeza tapi kita meraikan tujuan yang sama, bermaaf2an dibulan Syawal yang mulia.

      Delete
  2. jangan bukak tin biskot depan uncle... kang habis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat pun untuk makan, jika habis kita buat lagi lah...hihihihi

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...