Followers

Monday, June 23, 2014

Tangan Dah Tak Kuat

Hello readers
Auntie baru jer sudah makan tengahari
Dah kenyang
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati
hihihihi auntie rasa happy ni

Astagfirullah, tak puasa sunat hari ni
sebab auntie lupa berniat malam tadi

Hari ni masak simple tapi kegemaran keluarga

 Asam Pedas Cair Ikan Merah


 Celur Kobis


 Sambal Belacan

Semangat nak goreng ikan pekasam
Nak buat telur dadar
tapi tangan dah tak kuat
penat kot
sebab semalam auntie terajin
Naik tangga dan jengok bilik2
Aduhai berabuk abuk
turunkan kurtain bilik dan basuh
kemas lemari, banyak baju2 PG yang tak pakai
auntie masukkan dalam beg plastik hitam
Playstation, lampu side table
semua nak di buang
turunkan gambar2 didinding
vacuum dan basuh bilik air tamu

Kan dah bermula Ramadhan hari minggu ni
Taknaklah kerja2 berat dalam bulan puasa
Ermmm..tangan tak kuat
terlepas pinggan
berderai dan bersepai pecah


Correlle 

Koleksi auntie 6 tahun sudah
banyak auntie tambah sikit2
mangkok2 sup dan periuknya
semua corak yang sama
auntie di beli di JJ
perangai auntie dari muda
tak suka hidang pinggan yang bercampur2 corak
kelak nanti
pinggan mangkok ni kan jadi pusakalah untuk anak2

Sebelum lebih banyak pinggan koleksi ni pecah
lets get new set of pinggan mangkok
Melamin lah jawabnya sebab ringgan dan murah

Bila uncle baca n3 ni nanti
mesti dia akan bising jika auntie berhajat nak beli lagi
sebab auntie dah ada dua set lagi dalam kabinet tu
tapi semuanya corning wares
memang boleh pecah lah
bila nak pergi beli?
Jika anak2 tak bawak,  memang tak da lah jawabnya
susah nak tinggalkan rumah sekarang
sebab jika auntie keluar dengan anak
uncle tinggal sorang pulak kat rumah
nengoklah macam mana
Jika uncle bising, tak belilah jawabnya
hihihihi

Tetiba tak tahu apa nak sambung menulis
nantilah..nap dulu..ngantuk pulak
mungkin rajin bila bangun tidur untuk satu lagi n3
hihihihi

3 comments:

  1. miss u auntie!,..semoga Allah beri kekuatan kesihatan utk auntie,..~amin~...

    ReplyDelete
  2. auntie sama saya, tak suka makan pinggan bercampur2, gimme five.. tapi sy punya pinggan cap ayam jer auntie, hihi

    ReplyDelete
  3. Kuat semangat auntie ni.. suka baca entri auntie ..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...