Followers

Thursday, June 19, 2014

Mesyuarat Tingkap

Auntie blurrr

Dah tak tahu nak cite apa diblog lagi
Citer pasal anak
ada yang assume terlebih yang bukan2
Citer tentang masak
ada yang cemek2
menulis tentang agama
ada yang kata prasan nak jadi ustazah
Citer pasal suami
ada yang kata dia soranglah je
yang sayang suami
Citer ttg kerja2 rumah yang tak habis2
ada yang assume anak2 pemalas tak bantu
Bila auntie citer ttg auntie sakit
ada pula yang kata auntie ni sakit lite2
sebab boleh buat kerja2 memasak, laundry
dan sebagainya

Aduhai..apa lah
tak ada kerja lain ker korang ni?
asyik assume itu ini
di 'mesyuarat tingkap' tu???
Ermmm..
Jangan gitu lah, wahai readers
'hangus dan rentung nanti kalau tak minta maaf
pada orang yang diumpat?

Entahlah, dah mula rasa nak tutup terus blog ni
ada kala rasa nak privatekan je blog ni
tapi masih tertangguh tangguh
sebabnya,  auntie sayang blog ni
dah menulis sejak 2009
macam2 memories dalam blog ni
ermmm...
ramai yang jadi rapat walaupun kawan siber
tapi ada yang segelintir ni
yang akan rentung hangus
Yang kaki mengumpat orang
Itu pasti,
sebabnya auntie dah jengok kat 'mesyuarat tingkap' tu
pendengki dan iri hati korang yea
suka benar bergossip ttg bloggers sana sini
secara terbuka pulak tu








26 comments:

  1. Ada ke yang "bermesyuarat tingkap" auntie??

    ReplyDelete
  2. HI Auntie...biarlah siluncai dgn labu-labunya...
    orang ni macam macam perangai... saya suka baca blog auntie.... dgn itu saya belajar macam mana nak manja-manja ngan mak saya. banyak tips yang auntie share secara langsung dan tak langsung.
    jangan le tutup blog ni..

    ReplyDelete
  3. sabar je lah auntie. Manusia ni mmg kadang-kadang mcm ni, terlampau free gamaknya kehidupan seharian mereka sampaikan boleh fikir bukan-bukan. Macam payah sungguh nak bersangka baik dengan orang. SUka sangat membela penyakit hati yang takde ubat ni.

    ReplyDelete
  4. dont do that aunty...saya suka baca semua yang aunty tulis tu..mereka benci aunty tapi lagi ramai yang sayang aunty..termasuk saya...i love u aunty..

    ReplyDelete
  5. alahaii...rasanya org2 gitu takde life sendiri kot auntie. huhu..

    ReplyDelete
  6. hi auntie. suke je bace blog auntie ni wlpn blog mak2.
    maybe coz mak saye bkn jns celik IT kot.
    so, bile tgk auntie ni aktif blogging, mcm kagum.
    hehehe
    take care ye auntie & keep blogging taw.. :)

    ReplyDelete
  7. biasalah org.ada je yg tak kena di mata , telinga dan hati mereka.

    ReplyDelete
  8. Salam Aunty...

    Please don't stop writing. Biarlah orang nak cakap apa.Yang bercakap tu kena ingat, diorang tak dipaksa pun baca blog aunty ni kan. So sendiri mau ingatlah kaedahnya.

    Teruskan menulis ye aunty nani. Kalau nak privatekan blog, invite saya jadi reader boleh? :D



    ReplyDelete
  9. salam sy silent reader..untie jgn la tutup blog nih...blog untie best sgt..suke bace..sabar yer untie..

    ReplyDelete
  10. Manusia memang macam tu untie tak pernah puas. Biarlah depa nak kata apa kita gandakan pahala...

    ReplyDelete
  11. salam untie sabar je la dgn manusia ni.. dah memg sifat diaorg. asyik dengki je..sya suka sgt baca blog untie n blog pija.. so abaikan diaorg tu.. please terus tulis blog n update setiap hari tau untie.. kalu x sya rindu n bosan.. n suruh pija rajin 2 update blog..

    ReplyDelete
  12. alah aunty,jangan di layan fly2 tu..yang busuk2 tu sikit je, yang wangi2 sayang kat aunty lagi ramaiiii...
    jgn kerana fly2 aunty stop blog..nanti say rindu bangat..alah ..anak2 aunty kami kenal dah..mereka anak yang baik...peej, noy yang comel tu (nasib saya takde abag atau adik lelaki yang available,kalau tak..ipar duai dah..heheheh) begitu juga anak2 lelaki aunty tu..abam jubah dgn PG walaupun x pernah jumpa..saya tahu mereka anak yang baik..jadi aunty jgn gusarkan hati untuk fikir benda remeh temeh itu yer..love muaahhh..jaga diri yer..

    ReplyDelete
  13. Salam. Sy baru baca n rasa nk add dlm bloglist..jadi silalah jangan tutup yr

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Auntie...

    Janganlah auntie ttp blog ya...pleaseeeeeee

    ReplyDelete
  15. Salaam Auntie,
    It has been quite a while since I started following your blog updates as a silent reader. You remind me of my own mum; such a positive person. I will be missing another gem in my reading list if you were to stop blogging. I believe those who love you and your writing (count me in) outnumbered those who think otherwise. No matter how your decision will turn out later, I will always pray that Allah bless and ease everything for you and your family, take care Auntie. Salaam sayang :)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum auntie...

    saya silent reader je kat blog auntie tapi saya sgt suka coretan auntie... tak kisah auntie cite pasal apa pun... rasa lebih rapat dgn auntie... suka baca nasihat2 auntie... suka baca hal keluarga auntie... bukan bz body tapi seronok baca betapa rapatnya auntie sekeluarga... nak tahu pasal perkembangan kesihatan uncle... sweet betul baca pasal auntie ngan uncle ni tau... mohon jangan tutup ye...

    ReplyDelete
  17. Kak nanie,
    please dont let the agas2 & flies bother you..
    ramai yang lain who look forward to" calling on you" every other day...
    kesian kan anak2 yg look up to you as their 2nd mom...people like me who consider u like sisters..
    will miss u when u pi buat haji....44 days of 'No-kak nanie'....aarrggghhhhh

    ReplyDelete
  18. Salam~
    Love reading your blog. Kalau tak mengadap laptop, buka your blog kat smartphone. Wish meeting you someday.
    Haters will hate. Let them be.

    ReplyDelete
  19. Auntieeeeeee.....never ever think of closing ur blog...i live my life up to reading your blog everyday and it inspires me....don't ever bother about those stupid...jealous culprits, auntie kumpul banyak pahala tau, dia orang yang dapat dosa kering!!...bengung longkang dia orang niiii!...alamak ter'over' marah la pulak!

    ReplyDelete
  20. aslmkm auntie. sy ni pon suka benau baca blog auntie. bairkan dorang tuh. keep on writing. suka bc life auntie n family. bole dijadikan iktibar n amik nasihat2 auntie kan.. keep on writing ok :)

    ReplyDelete
  21. Salam ...auntie x payah laa ttp blog ni sbb sy suka sgt baca cite auntie suka sgt...

    ReplyDelete
  22. Yes auntie. tidak perlu nak fikir sangat apa kata orang, selagi kita tidak menyusahkan mereka.
    Kita susah, kita sendiri tanggung. takde pun sesiapa yang sudi or dalam kata lain nak volunteer diri untuk menanggung atau membantu kita. Abaikan picisan manusia yang berfikiran cetek seperti itu.

    God Bless you and Family auntie. Amin.

    ReplyDelete
  23. Manusia yang suka point salah orang ni sebenarnya tak puas hati dengan hidup dia sendiri, Aunty. Mungkin susah untuk ubah hidup sendiri, so dia seronok tengok salah orang. Mungkin itu cara dia untuk pujuk hati sendiri. Sort of "takde la teruk sangat aku ni. orang lain lagi teruk." Gitewww. Heheheh.

    Chill ya Aunty. Kita sedih sekejap, pastu kita 'hantar' ke atas pada Yang Lebih Berkuasa :)

    This is my first time commenting here on your blog, so...hi Aunty #LambaiLambaiTangan

    =================
    http://belajar-awal.blogspot.com/

    ReplyDelete
  24. auntie, sya follow blog auntie dr awal...bila stop, sya "qado" smula crita auntie..
    jgn stop menulis...rindu sya pd auntie!..

    xpa auntie, ramai sgt org skang nak judge kt, asal, utk diri kita, Dia yg maha men judge kt..

    n, suami sya kerap pesan, "jgn smpai kt merangkak d sana, utk mohon ampun maaf pd org yg kt kata, nak2 yg xda kena mengena dgn kt"..

    Allah ada dgn kt, auntie..

    sya syg auntie!!

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum Wbt.. Saya mohon agar auntie tidak berhenti menulis di blog.

    Saya ni kalau nak dikira dari segi umur, masih muda belia remaja gitu. Tapi saya suka baca blog-blog yang dalam kategori "emak-emak orang" (Maaf kalau ayat tu tak sedap), saya jarang baca blog yang seangkatan dengan saya..

    Sebab,

    1. saya suka baca kisah kehidupan auntie. macam mana auntie handle anak-anak. kadang-kadang buat saya terfikir, apa yang auntie luah tu mungkin perasaan auntie sama macam emak saya. secara tak langsung saya cuba berubah menjadi anak yang baik.

    2. pasal masakan.. auntie suka share resepi kan? saya cukup suka kalau auntie share resepi macam gulai turun temurun auntie. susah kot nak jumpa orang yang reti masak gulai sedap sekarang ni. huhuhu

    apa-apa pun harapan saya auntie menulis je macam biasa, jangan difikir apa yang orang mahu kata. yang haters mungkin seorang dua sahaja, namun supporters auntie ramai..

    Salam.. Mohon auntie dikurniakan kesihatan yang baik baik sahaja..

    ReplyDelete
  26. Unty pleaseeee...jangan le tutup atau privatekan blog..saya suka baca blog yg byk memberi manfaat dari segi keTuhanan di kala saya down spt blog unty..unty biar lah ape org nak kata..mereka tak berada di tempat unty..they would never understand..keep writing unty...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...