Followers

Friday, June 6, 2014

Masak Sendiri Selagi Boleh

Semalam masak simple tapi ummphhh
Pada tekak auntie lah
Auntie didapur sorang2 terhoyong hayang
menyediakan masakkan untuk family
Sampai bila?
Yea..selagi boleh masak sendiri
Auntie akan masak
InSyaAllah

Ya Allah, berilah kesihatan badanku
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau

Menu simple 

Kari ikan kering kurau

Selalunya auntie makan nasi sekali saja sehari 
Tapi semalam dua kali
Sedap tekak punya pasal
Berat badan tak turun2 pun
Haishhhhh..lantaklah
Sapa ada kisah? Gemuk atas kurus 
Umur pun dah hampir 60 tahun

Dish kedua semalam

Sayur campur+kupang

Sekarang auntie masak sayur lebih lembut
Style masakkan India
Tak boleh krup krap lagi
Sebab uncle mudah tercekik

Ada sambal belacan dan ulam kacang botol
Tak diambil gambar

Auntie kupas mangga
Dah seminggu tak habis2 lagi dalam peti sejuk
Tukang makan memang ada dirumah ni
Tapi tukang kupas auntie sorang
Pemals betul, anak2 ni


Sedap, manis lemak kemain mangga ni
Apa nama tah lah
Anak perempuan auntie Pija yang beli
Ada dia bagi tahu namanya
tapi auntie tak ingatlah pulak
Sebenarnya untie tak boleh makan banyak
Bisa satu badan..
Tapi mangga adalah kegemaran auntie
Makan jugalah sikit tapi dalam berhati2 tu
asyiklah masuk mulut ulang2
sikit ker macam tu?
saja nak sedapkan hati sendiri
katakan sikit saja
hihihii

Ari ni entahlah, nak masak apa?
Ayam dalam sinki tu

Apa2lah
apa saja auntie masak pasti habis
Alhamdulillah


17 comments:

  1. Masakan ibu adalah makanan paling sedap di dunia!! Hihihi๐Ÿ˜ƒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea betul shentalvent, mestilah sedap, sebab dah duduk dapur bertahun2..hihihi

      Delete
  2. salam kenal.
    biasalah anak2..bab kupas mengupas memang kurang.dah kupas masuk dlm petiais..sekejap habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kembali kakyon,

      hehehehehe anak2 sekarang tahu nak senang aja

      Delete
  3. Aduhai
    Kak nani ni gagah juga masak dua macam lauk. Bukan lauk simple tu... Lauk berat...
    Pada saya lauk simple ikan bilis goreng, telor goreng....
    Mangga tu nampak macam Chukanan..
    Jaga kesihatan kak nani... Kan tahun ni nak jadi tetamu ALLAH....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe akak masak asal ada lauk ada atas meja.

      Rahmah pandai nengok jenis2 mangga yea.
      Akak tahu makan aja, yang sedap makan lebih, tak sedap makan juga tapi sikit.

      Terima kasih atas ingatan menjaga kesihatan. InSyaAllah ada nyawa dan kesihatan sampailah kesana nanti.

      Delete
  4. air tangan seorg ibu autie...simple mcm mana pun tetap sedap :-)
    semoga Allah anugerahkan kesihatan yg baik buat auntie n uncle..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea, anugerah Allah kpd setiap masakkan ibu menjadi sedap utk anak2nya.

      Aamiin atas doa kesihatan buat auntie dan uncle. Terima kasih yea Norma

      Delete
  5. Salam kakNanie
    Lama tak.singgah sini... sibuk sikit la ni..

    Semoga abang bob cepat sembuh, semoga Khairul dapat jadi mahram & peneman kak nanie mengerjakan haji nanti.

    Makchaq peminat gulai ikan kering.. kalau buat memang makan nasi berkali2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali makchaq,

      Aamiin atas doa makchak.

      Tulahlah kan, gulai ikan kering sedap sangat. Akak selalu sampai jilat jari.hihihi

      Delete
  6. Nyampah tau dgn aunty.. salu sgt ckp masak simple2. Tapi bile tgk gamba lauk kemain meriah.. simple tu cam sayur masak air ka.. telur mata makan dgn cili padi dan kicap ka.. ikan bilis goreng ka.. hikhik! Semoga Allah berikan aunty kesihatan tubuh badan untuk terus berkhidmat sebagai tukang masak ye. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikhhhh, janganlah nyampah kat auntie.

      Simplelah tu dua lauk aja..hihihi

      Terima Kasih Atas doa cikfFa, Aamiin

      Delete
  7. assalamualaikum, auntie.

    sy pun xmenghafal nama2 mangga ni, punyalah banyak jenis. kalau pergi pasar, budak jual tu yang cerita ni mangga apa, tu mangga apa. tp lepas tu lupa balik namanya. haha

    telan air liur tengok gambar makanan kat blog auntie. teruskan masak selagi gagah! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam wani,

      heheehe tak yah hafal nama2 mangga, beli dan makan dahlah.

      InSyaAllah, auntie akan masak dan masak dengan izinNya

      Delete
  8. assalammualaikum aunty. maaf komen di post yang kurang tepat. saya dalam proses nak renovate rumah di taman melati. tiba2 teringat recommendation aunty pada hasil kerja arjun. boleh aunty sharekan nombor telefon arjun pada saya? terima kasih aunty.

    oh lupa nak introduce. saya dah laaaama jadi silent reader aunty. cuma saya segan nak komen, tengok ramai perempuan je yang komen. takut aunty terperanjat ada lelaki baca blog aunty.

    saya doakan aunty dan uncle kembali sembuh seperti sediakala dan terus hidup sejahtera hingga ke syurga. cerita jujur tentang pengalaman aunty banyak jadi pedoman buat saya.

    khairulazmir@gmail.com

    ReplyDelete
  9. assalammualaikum aunty,

    aunty, saya pun penggemar buah mangga. rasanya yang manis tu jenis black gold. atau mangga mas hitam. sedap sangat aunty.

    eh btw, saya azmir, silent reader aunty. dah lama saya nak drop komen tapi saya segan. takut aunty terperanjat ada lelaki baca blog aunty since saya tengok ramai wanita ladies yang komen di blog aunty.

    aunty, saya nak minta bantuan. saya dalam proses nak renovate rumah di Taman Melati. Tiba2 teringat recommendation aunty pada hasil kerja arjun. Boleh aunty share no telefon arjun di emel saya? khairulazmir@gmail.com

    moga aunty dan uncle cepat sembuh seperti sediakala dan kekal bahagia bersama keluarga. amin.

    ReplyDelete
  10. Salam, aunty. Saya pertama kali baca blog aunty, rasa seronok bace. Rindu mak saya, tinggal jauh di Malaysia. jemput jenguk ke blog saya ye. saya tinggal di jerman, mak saya di msia. salam perkenalan.

    jindrisska.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...