Followers

Tuesday, June 3, 2014

Limau Perut Yang Keriput

Dingin angin subuh
Bersama MU sungguh syahdu
Ku rasakan diri ni amat kerdil
Bersyukur akan
Anugerah terindah dan amat berharga
~Masa dan Nyawa~
'Ya Allah, kekalkanlah Cinta ku pada Mu'
Aamiin

Auntie dah minum nescafe dan biskut jacob dua keping
Untuk alas perut sebelum sarapan berat
Dah tanak nasi lemak dengan periuk karan
Sambal tumis bilis, telur mata dan ayam goreng rempah jap2 lagi lah

Auntie kedepan rumah sunyi lagi
Baru pukul 7 pagi
capai penyapu lidi, sapu sikit2
daun2 kering yang gugur
Dongak pokok2 diluar
Wah terpandang pokok limau perut dah berbuah
Hati berbunga2, pokok yang ditanam dah mula
memberi hasil buah
selama ini, auntie hanya memetik daun2nya
untuk masakkan

Buah pertama

Banyak buah2 tu tapi masih kecil lagi
Walaupun kecil kulitnya sudah keriput
bukan kerana sudah tua..hihihihi




Auntie beli anak pokok lebih kurang setahun yang lalu
Sekarang tinggi menjulang sebab auntie tanam ditanah

Apa khasiat limau perut untuk badan?
Boleh buat mandian 
Cara Zahir dan Cara Batin
gosok kepala dan gosok ketiak yang auntie selalu amalkan
Jika ahli perawat perubatan pula
limau perut adalah terbaik dari segala limau
untuk cuci bathin dari gangguan sihir
Wallahualam

Huishhh..
berapa kali auntie stop menulis
dari subuh tadi...
stop, sambung, stop dan sambung
akhirnya siap kul 9:50 pagi
Auntie nak gi dapur
siapkan lauk nasi lemak



16 comments:

  1. Saya panggil limau purut. Wangi daunnya. Tapi kalau letak dalam rendang, saya tak suka. Letak dalam tomyam takpe. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh gitu, nani tak kisah kakcik, disebabkan wangi daunnya
      dalam masakkan asam pedas pun nani buh
      sedap kemain..hihihihi

      Delete
  2. Saya pun panggil limau purut auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh..limau purut, auntie selalu sebut limau perut
      hihihihi

      Delete
  3. Salam~
    Kalau tanam dalam pasu, limau purut tak berapa nak menjadi ye. Dah bertahun saya tanam dalam pasu besar. Sikit jer daunnya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali

      Memang elok ditanam ditanah tapi jika dalam pasu dan diletakkan ditanah tanpa pelapik
      akarnya boleh juga ketanah, pokok tu akan membesar dan berbuah..InsyaAllah

      Delete
  4. hehe saya pn panggil limau purut.. :)
    first time comment blog auntie ni.. slu baca je hehe.. suka baca blog auntie sbb ejaan2 words malay auntie mcm mak saya hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah limau purut namanya
      Auntie sebut limau perut pulak hihihihi

      Auntie orang lama, sama umur kot dengan mak Cik Polkust
      tu ejaan sama hihihihi

      Delete
    2. hehe, mak saya umur 52 taun ni, lebih kurang auntie la kan hehe.. ejaan yg lebih kurang sama je (dlu kecik2, kitorang adikberadik slalu gelakkan mak punya ejaan).. saya start baca blog auntie taun lepas, kawan suggest suruh baca post yg psal family auntie zaman kecik2, muda2 dlu2 tu hehe.. tgk pic2 lama2, ejaan auntie kat post2 tu, semua buat teringat kat mak saya.. mak kat kedah, saya kat KL keje.. selalu homesick saya ni.. hehe ..

      Delete
  5. Replies
    1. Betullah limau purut
      Auntie sangkakan limau perut

      Delete
  6. Assalam Kak Nanie. I'm an avid silent reader of your blog....;) Seronok membaca blog you...hingga khatam...hehehe. Salam perkenalan. Luv your blog....sgt santai. Take care Kak Nannie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam LD,

      Wahhhh..dah khatam? Dahsyatnya....n3 semalam adalah n3 yang ke seribu genap tau.

      Salam perkenalan juga dan you too take care yea.

      TQ for liking and reading my blog
      Alhamdulillah

      Delete
  7. terasa dekat dihati Aunty..

    ReplyDelete
  8. masa saya kecik, saya tinggal dgn kakak ipar saya, sbb nak saya kerja... kakak ipar saya selalu suruh saya petik daun limau purut bila nak buat tomyam...sedap betul bau dia... sampai skrg suke sangat2 bau dia... :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...