Followers

Tuesday, June 17, 2014

Lawatan BerUlang Dari Bloggers

Auntie terasa amat gembira apabila
kesudian bloggers muda pangkat anak2
datang melawat auntie dan uncle
Yea mereka sudi datang
kami berbual mesra
auntie menceritakan bagaimana uncle jatuh sakit
mereka banyak memberi kata2 semangat untuk auntie
terus bersabar dengan ujian kesihatan dari Allah

Lawatan pertama mereka bawa biskut2
dan bila balik selit duit kat tangan auntie

Yang sebenarnya bukan buah tangan yang auntie pandang
tapi hati mereka amat murni sudi
melapangkan masa untuk melawat
walaupun mereka sendiri amat sibuk dengan karier masing2
sorang berjawatan ATC (Air Traffic Controller)
dan sorang lagi seorang lecturer dan sedang melanjutkan
pelajaran untuk PhD
Dua2 mereka masih single dan available
cantik paras rupa dan cantik pula hati
Ohhhh...buat menantu memang terbaik

Bila terfikir..
siapalah auntie dan uncle yang tiada hubungan darah
atau tali persaudaraan dengan mereka
mereka hanyalah kawan siber
pernah bertemu dua kali ketika majlis bloggers dianjurkan
dari situ kami selalu berhubung melalui facebook
wah kami jadi intim, kalau tiada komen dari mereka
auntie terasa rindu siber gitu..hihihihi

Sekut yang dibawa mereka pada lawatan pertama



Auntie makan petang2 dengan nescafe panas
Dah habis pun..hihihihi

Selang tiga minggu
Tup2 hari Ahad yang lalu mereka datang lagi
ketika tu auntie sedang membasuh lantai depan
setelah habis mencuci kandang kucing 
memang basah kuyup baju auntie bermain pancutan air
hihihihi

Auntie buka gate
suruh mereka masuk kerumah
sementara auntie sudahkan basuh lantai tu
Abam jubah capai hose getah dari auntie
suruh masuk rumah, dia nak habiskan kerja2 diluar tu

Kami bersalaman saja
tak berpelukkan sebab auntie basah dan berpeluh2
hihihihi

Punyalah gembira, auntie duduk tepi mereka dan terus berbual
Kata mereka gi lah salin baju yang basah tu
Kata auntie nantilah dulu
jap lagi auntie salin lah
hihihihi guess what?
berbual sampai kering baju dibadan

Kali ni mereka bawakan...


Banyaknya makanan dan minuman



Auntie memang tersentuh
sebab untunglah ibu2 mereka mempunyai anak yang tinggi perkerti
selalunya 'background keluarga' yang memainkan peranan 
untuk menghasilkan karekter anak2 yang positif.
Alhamdulillah

Alfatihah kepada arwah ibu Iyra Mutalib 
(blog dah privatekan)
dan 
Moga Allah pelihara kesihatan Mek dikampung,  

Auntie terasa dikasihi oleh anak2 ini
dan mereka juga berkata demikian
menumpang kasih sebagai ayah dan ibu mereka

Auntie setiap pagi akan bancuh Hot Chocolate untuk uncle
setiap pagi dan malam sebelum tidur
Suka uncle minum
auntie tak pernah beli Hot Chocolate
selalunya Milo saja
jika habis auntie nak sambung beli untuk uncle
hihihii






See 'Bottoms Up' uncle minum


Statement auntie di facebook untuk mereka berdua

"Both of you are sweet and kind, 
remain the way as 'U' are..."





Auntie rasa amat bersyukur
Diluar sana readers auntie ramai juga
yang menyayangi kami






6 comments:

  1. Salam,

    Ziarah auntie. Harap sihat sejahtera di sisi Allah!

    ReplyDelete
  2. Assalam kak nanie..
    Jika berpeluang nak saja melawat akak dn suami tapi apakan daya..mudah2an kak nanie dan suami sentiasa diberkati..berbahagia dunia akhirat..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Kebetulan ada kenduri berhampiran, ambil kesempatan tu untuk ziarah auntie dan uncle. Semoga auntie dan uncle sentiasa sihat selalu ya

    Terima kasih bagi kami menumpang kasih, Mek ayah jauh di kampung halaman, alhamdulillah ada auntie dan uncle boleh menumpang kasih.

    ReplyDelete
  4. everybody loves anda berdua!

    ReplyDelete
  5. moga terus bahagia..amin.

    ReplyDelete
  6. tingin nak jumpa auntie dr dulu lagi.. klu sya terjumpa auntie, sure sya nangis dulu!... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...