Followers

Wednesday, June 11, 2014

"Janganlah nangis sayang"

Pagi2 semalam pukul 7:30 dah keluar rumah,
teman anak ke UIA
Selesai tugasan dan sampai Setiawangsa pukul 9:30 pagi
auntie lapar, minta anak singgah beli nasi lemak
Auntie dah agak dalam hati
mesti nasi lemak tak menepati cita rasa
Noy beli 3 bungkus, rm4 sebungkus
Suapan pertama..
Betulllllll sangkaan hati
sambalnya dan paru goreng macam gula tertumpah dalam kuali
manissssss yang amat2
Noy dan PG makan tak habis
Auntie memikirkan rezeki
tak mahu membazir
auntie makan sampai habis
walaupun tak sedap, asalkan kenyang perut sudahlah
Auntie pahamkan diri sendiri erti syukur
Kata anak auntie,
mama boleh masak lebih sedap dan jual kat tepi jalan tu
mesti laku dan berderet2 orang beli
Hahhh??? dengan terhoyong hayang gini
nak jual nasi lemak?
mana mungkin anakku..hihihihi

Hari ni supposedly hari



Tapi jari2 mahu menulis akan isi hati
auntie harus redha akan ujian dan dugaan ini
dari apa yang auntie alami moga jadi suatu pengajaran
bagi readers auntie

Yea, semua reader auntie tahu uncle sakit
ramai yang ziarah
sanak saudara, jiran tetangga, kawan2
kawan2 anak2 auntie dan tidak ketinggalan kawan2 bloggers
ada yang sanggup datang dari dekat dan jauh
beratus batu untuk melawat uncle
Alhamdulillah, kami sekeluarga amat gembira dan bersyukur
apatah lagi perasaan uncle yang sakit
sudah tentu hiba
Uncle akan menangis
bila kawan2 dan adik2nya datang melawat
ketika itulah auntie akan bersuara
"Janganlah nangis sayang"
"Syukurlah..Allah telah menghantar orang2 yang penyayang
untuk seketika bersama2 kita"

Tak putus2 lawatan, tiap2 hari ada je orang datang
sampailah semalam
Ada juga lawatan repeat dari kawan2

Auntie tahu apa disebalik hati uncle
mencari2 hari demi hari
keturunannya
'the only one' yang dirinduinya
~his granddaughter~
yang tidak kunjung tiba dan mungkin
tidak akan datang lagi dimasa hadapan

Auntie yang sakit tidak dikesiani
Uncle jatuh sakit tidak diziarahi
Anak auntie menjalani pembedahan tidak dihairani
Sudah hampir dua tahun mereka menzalimi uncle dan auntie
Sampai bila 'mereka' akan mendiamkan diri?
Mereka hanya mahu anak auntie tapi tidak mahu kami
Pelik dengan sandiwara mereka dan anak auntie sendiri

Mungkinkah mereka akan bawa cucu kami
ketika kami sudah terbujur, kaku dan sejuk?



Inilah ungkapan zikir yang selalu auntie lakukan setiap kali mengingati
perlakuan mereka sebagai pelampau



Tiada yang dapat aku perbuat selain pasrah kepadaMu Ya Allah






34 comments:

  1. sabar auntie, Allah tgh perhatikan auntie, saya doakan agar mereka lembut hatinya dan terbuka hati untuk kembali dsn mengembalikan kepada yang sepatutnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah perhati semua hamba2nya bukan saja auntie.
      Hidayah adalah milikNya. Jika tiada hidayah utk mereka hanya Allah sahaja yang mengetahui. Auntie hanya mohon moga auntie dia ampuni dosa2 auntie sebelum pulang 'kesana' nanti. Aamiin

      Delete
  2. sabar ya auntie...walaupun saya tahu auntie dan family yg lain dah banyak bersabar, anggapla ia ujian dari Allah...masih ramai lagi yg sayangkan auntie...moga kuat dan tabah ok auntie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih bungalilimoni.

      Sememangnya dunia ini penuh dengan ujian2 Allah untuk kita mengetahui akan wujudNYA.
      Auntie juga mohon akan ketabahan dan keredhaan setiap ujian bagi diri auntie dan juga keluarga.

      Delete
  3. Jgn bersedih auntie dan uncle.. Insya allah, allah akan gantikn yg 'hilang' itu dgn yg lebih baik. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syariena Blueberrina,

      Mudah2an. Terima Kasih sudi pesan auntie supaya tidak bersedih.

      Delete
  4. Semoga akan terbuka juga pintu hati mereka sementara masih ada waktu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin

      Gitulah Kakcik, walaupun dah 2 tahun berlalu..

      Delete
  5. Auntie Nani...
    Sebaknya...
    Saya tak reti nak cakap apa-apa..cuma doakan Auntie dan Uncle diberkati di dunia dan akhirat....
    Semoga impian auntie sekeluarga dimakbulkan..amin..in-sya-ALLAH....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SueGinola,

      Yea Sandiwara dan pentas dunia yang sedih.
      Setinggi2 penghargaan atas doa sue.

      Delete
  6. auntie... sedih sangat baca... tak de apa yg mampu sy katakan pada auntie slain daripada sabar... besar ganjaran orang yang sabar... walaupun saya tak tau sngt hujung pangkal cerita tapi sy harap ada hati yang terbuka untuk mendengar segala rintihan hati uncle auntie dan abam jubah... amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InSyaaAllah pinky, kesabaran kami sudah selama 2 tahun dan jika ditakdirkan sehingga kami pejam mata, kami redha.
      Mereka harus ingat, akan auntie tuntut dihari pengadilan nanti atas penganiayaan ini.

      Delete
  7. salam auntie...ju doakan auntie sentiasa sabar dan tabah dengan segala cabaran dan dugaan.Moga Uncle cepat sembuh,Insya Allah.Senyum2 selalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali syarqiah,

      Aamiin

      Yealah, auntie akan senyum walaupun hati dalam tangisan..hihihi

      Terima Kasih doakan kesihatan uncle.

      Delete
  8. Bersabar dan berdoalah semoga Allah lembutkan hati mereka utk menziarahi auntie dan dan uncle..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.

      Terima Kasih Nur Hayati atas doa mu

      Delete
  9. in shaa Allah....jgn pnh putus berdoa....Allah Maha Mengetahui segalanya auntie...moga Allah lmbutkan hati2 mereka..be strong auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ ummi khalish,

      Yes, I've gone through this nonsense from them for two years, and I don't even care anymore for any further damages from them.
      Auntie let Allah pays them off.
      As for me may Allah forgive me for all my sins. Aamiin

      Delete
  10. Auntie,
    Solat hajat lagi dan lagi supaya dilembutkan hati mereka untuk menyedari kesilapan yang dilakukan.
    Banyakkan bersabar dan berserah kpd Yang Maha Esa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah kuning,

      lebih baik auntie perbanyakkan solat taubat utk diri auntie dari memohon kehendak dunia.

      Delete
  11. Salam Auntie,

    Teruskan berdoa. The power of doa, insyaAllah mereka akan 'berlembut hati'.
    If you have to fight for it, then go for it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Shada,

      Aduhai, dah lama Shada tak tinggal jejak kat blog auntie.

      Terima Kasih atas pesanan utk terus berdoa.

      Delete
  12. Salam Auntie,

    Mak saya pun alami benda yang sama dengan kak ipar saya. Sedih sangat tengok mak abah saya rindukan cucu. Mak abah ni bukan nak duit ringgit. Tapi hanya perhatian dan kasih sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Murni,

      Auntie sedih diatas apa yang dialami oleh Mak Abah Murni.
      Sama macam auntie rupanya.
      Memang ada manusia2 yang tiada berhati perut.
      Fikir mereka nyawa dan harta akan kekal ker?
      Segala2nya hanyalah pinjaman dari Allah.

      Delete
  13. Hanya mampu berdoa. Tiada lagi kata-kata. Terus tabah selagi hayat di izinkan Nya.

    ReplyDelete
  14. dear aunty,
    Moga aunty & uncle sntiase dlm rahmat Ilahi..

    sdh tiap kali bce post aunty :) be strong aunty, inshaallh one day, you'll get to meet your granddaugther.

    take agood care aunty :)

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum aunty... semoga uncle dan aunty cpt sembuh.. Inn Shaa Allah.. berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul... Semoga Allah SWT permudahkan segalanya.. Inn Shaa Allah Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam rohayaroy,

      Aamiin

      Terima kasih atas doa2 rohaya.
      Auntie terharu.

      Delete
  16. Sedih saya membaca rintihan hati dan kerinduan nani. Teruskanlah berdoa, semoga satu hari nanti terbuka hati mereka yang berkenaan. Semoga nani dan suami di bawah lindunganNya dan bersabar melalui ujian Allah. Mengenai tanaman pula, saya guna baja organik dan tanah 'lazy soil'. Take care, ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa Hjh, apa yang terjadi adalah laluan kehidupan yang hanya sementara.
      Ada atau tiadanya mereka utk datang menziarahi kami, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

      Ohhh..terima Kasih menjawap pertanyaan mengenai baja yang digunakan utk tanaman.

      Delete
  17. Assalam anty...sedihnya bc entri anty ni...sy pun tak phn kenapa ade anak yg tergamak buat org tua mcm ni. Dlm famili sy pun ade juga yg liat sgt nk blik jenguk mak abah...ntah la..ape yg diaorg kejarkn sgt kt dunia ni smp susah sgt nk jenguk org tua. Sy phm sgt hati opah n atok yg rindukn cucu mcm anty n uncle alami skrg. Sy doakn moga segalanya berakhir yg manis utk anty n uncle...aamiin..

    ReplyDelete
  18. allahuakhbar...bnyk2kan sabar je yg mmpu sya dorong utk auntie dan uncle.. sebak!...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...