Followers

Tuesday, June 24, 2014

Gigitan Gatal

Baru balik dari JJ
Beli barang2 dapur yang terputus
P G teman auntie sebab nak renew driving licence dia
Boleh tahan duit melayang
sedangkan bukan banyak pun membeli
kan dah kata tadi
yang putus sahaja
susu, telur, tissue, wipes, washing softener, berus tandas
blue tandas, pencuci pinggan, rempah ratus dan sayur mayur
pegang itu ini yang kecil2 je
Ohhh yea bantal 2 biji
Rm350 terbang
Ishhhh...

Keluar dari JJ
Dah tu singgah kedai frame
Frame auntie
tiada ribut, tiada angin taufan
jatuh dari dinding, berderai
kat kedai frame tadi, terbang lagi rm80
besok baru siap kata tokey tu

Nih, perut auntie dan PG dah kenyang
makan kat foodcourt tadi
Nasi Goreng Spore dan telur dadar
Air Nescafe ais
Alhamdulillah

Bukan nak cerita tentang duit yang terbang
memang duit tak leh duduk diam
duit memang ada kepak
pandai terbang hihihi
tapi auntie nak cerita ttg
'masa' bersama anak auntie PG
Kami jarang berdua bersama sebenarnya
dia jenis anak yang banyak menyendiri
dan tak banyak bercakap
memang perangai dari kecil
tapi sejak uncle sakit
PGlah banyak bersama auntie
kesana kemari
Dialah yang bawa auntie kehospital dan menyoping
barang2 keperluan
Ada hikmah juga rupanya bila uncle jatuh sakit
dapatlah auntie luang masa bersama dia
cuma dia pada mulanya
tak reti nak pegang2 atau pimpin2 auntie
mungkin dia ingat auntie boleh jalan tegap
tapi bila auntie mula terhoyong hayang
barulah dia cepat2 pegang auntie

Sementara PG pergi ke Pejabat Pos
nak renew licence tu
auntie sempat duduk dan rehat


Kerusi Urut


Letak singgit utk tiga minit
Sedapppp
hihihihi

Bila PG sampai dia geleng2 kepala
nengok badan auntie bergegar gegar
sambil auntie sendawa2 sorang2 kat situ
(kerusi auntie kat rumah dah rosak)

Ermmm..esok pagi2 auntie akan keluar lagi
dengan dia sebabnya tadi
PG tak dapat renew driving licence
chip ic dia rosak
huhuhuhu ke Pejabat Pendaftaran lah esok
kena buat ic dulu baru buat licence
auntie nak temankan dia
sebab auntie ada project esok

Kebelakangan ni kawasan rumah auntie
banyak nyamuk, bila maghrib jer
berduyun masuk rumah
langgar muka dan pipi
Spray tak lut lansung
Auntie beli tadi



Yang lama dah rosak, dah bertahun2 pun
Harap2 nyamuk takut benda ni
tiada lagi malam ni
pipi, dagu auntie gatal dah ada bekas gigitan
Bila masa di gigitnya, tak tahulah
Kenapa gigit muka? Ishhh


8 comments:

  1. Benarlah setiap kejadin ada hikmahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar, hanya mata hati kita nampak atau tidak akan kebenaran itu

      Delete
  2. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya, kan auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentu ada sebab musabab terjadinya sesuatu, apa2 yang berlaku adalah dengan izinNya jua

      Delete
  3. salam auntie..
    hihi..duit saya pun slalu je ade kepak..terbang sendiri
    nak2 kalau singgah JJ..
    hihi..
    cuba auntie potong limau nipis,belah dua,
    lepas tu cucuk bunga cengkih dalam 3-4 tangkai kat limau nipis yang terbelah dua tu..
    ni tips dari fesbuk..
    berkesan halau nyamuk kata deme..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali sya mokthtar,

      Tulah pasal, tak boleh lama sikit duduk dalam purse..hihihi
      Ohhh..auntie tak pernah cuba keadah tu, pernahlah nengok orang buat di majlis kenduri

      Delete
  4. Salam adik, nak ucap selanat menyambut posa Ramadhan alMubarak. Nak kasi atu juga hope kawal gula lemak dan masin. anak saya baru keluar dari Hosp. mujur ade Insuarance terbang RM banyak ribu juga la untuk 7hari kerana gula went 43 dan kubur mata die. Tak bagi tahua pun drove to and fro work till dah tak boleh nafas.
    Take care everything happen antara kifarah atau hikmah. Second time in 36days harap this 41yr old father of 4 little children INSAF, no rokok no Ribena no gula from botol. Nasi bubur yang halal dah ditegah makan. Kena jab Insulin lagi.
    Memang benar kata-kata UAI, yang buruk itu dari tangan kita sendiri.
    Wassalamualaikum wR wB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Akak,

      TQ for all the advices.
      Moga anak yang dikasihi cepat sembuh.
      Nani pakai insulin dah lebih 10 tahun, senang dan amat sesuai.
      Tentang pantang larang makanan diatas, memang susah nak kawal tekak..hihihii

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...