Followers

Thursday, May 15, 2014

Sedikit2 Persiapan

Auntie beli kain ela kosong
Huishhhh...sebenarnya beli dah lama, dah dua bulan yang lalu
Baru kesempatan untuk ditempah buat Jubah
dengan adik ipar auntie yang tinggal dikampung
Kebetulan dia anak beranak datang melawat uncle minggu sudah
Auntie memang suka tempah dengan dia sebabnya
jahitannya yang elok dan harga tempahan jauh lebih berbeza dari KL



Masa balik ke rumah dari membeli kain2 tu
uncle bertanya kenapa tak beli warna putih sekali?
Ermm...jubah putih? macam pengantinlah pulak rasanya nanti..hihihihi
Entahlah bila pulak auntie nak beli dan tempah warna putih 
sebab uncle nak nengok auntie pakai jubah putih
mesti orang tak nak terima tempahan lagi
semua tukang jahit sibuk dengan tempahan hari raya
tengoklah, susah2... auntie ushar2 yang dah siap
tapi kebanyakkannya ada batu batan liplapliplap
auntie tak suka..

Memang auntie ada jubah2 tapi
auntie mahukan jubah tiada bercorak
plain gitu..

Sebenarnya, jika tidak apa aral 
tahun ni auntie akan menunaikan rukun islam yang kelima
memang bercadang pergi kesana dengan uncle
tapi disebabkan uncle jatuh sakit 
maka terpaksalah auntie batalkan nama uncle
Tapi uncle izinkan auntie meneruskan perjalanan

Jiran auntie hadiahkan buku
Jadi auntie gunakan sebaik2nya
sebab auntie tidak pergi kursus haji kelolaan TBH
pada setiap hari Sabtu 17 kali kesemuanya 
pukul 10 pagi hingga 12 tengahari
di masjid berdekatan taman auntie ni
Sian uncle dah kekursus tu kali yang ke 12
Selalunya sebaik je sampai rumah sesudah kursus
uncle akan kursuskan auntie pula..gitulah selalunya






Hajjah Ruhani ni juga pandai menjahit telekong dan tudung
jadi auntie tempah dua pasang telekong dan lima helai tudung labuh

Pija dan noy juga hadiahkan telekong
Kawan auntie juga hadiahkan telekong
Dah ada lima helai telekong baru untuk kesana
Alhamdulillah..

Dua tiga hari sudah,  auntie terima pos laju dari TBH



Auntie belum sempat menjahit ditelekong lagi
nanti2lah..

Auntie ada menghantar surat rayuan ke TBH
mengatakan auntie adalah seorang kurang upaya
surat berkenaan auntie kepilkan surat2 dari doktor
dan sekeping gambar auntie berkerusi roda
bertujuan untuk kuota uncle digunakan untuk
Sahabat auntie dan abam jubah
Semoga dipermudahkan segala urusan untuk kesana.




Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
 " Sebaik-baik rakan ialah bila kita lupa ia mengingatkan 
dan bila kita ingat ia membantu 
"Amatlah baik sekiranya rakan-rakan itu 
dari golongan orang-orang yang berilmu ( Ulama ) 
kerana ia sangat membantu ke arah melakukan 
berbagai-bagai kebajikan dan berakhlak mulia 
dan dengan ilmu dan amalannya, 
ia dapat mencegah rakannya dari keburukan 
yang boleh berlaku daripada seseorang musafir 
iaitu perangai-perangai yang tidak baik seperti tidak sabar, 
keluh kesah dan sebagainya. 
Seseorang itu hendaklah memelihara keredhaan rakannya, 
bersabar di atas kesilapan yang berlaku 
dan masing-masing memandang yang lainnya lebih baik 
dan lebih hormat dari dirinya. 

Auntie sedihlah sebab uncle tidak dapat kesana menemani auntie
tapi kami redha akan ketentuanNya.
Uncle menitis air mata dan tersebek2 dia..
katanya
Selamat pergi dan balik,  menunaikan haji..
Papa nak peluk mama bila balik nanti..
Kata auntie
Berserah pada Allah atas segala ketentuanNya
Balik atau tidak adalah milikNya.



Semoga kami selamat mengerjakan ibadah haji yang mabrur
Aamiin

40 comments:

  1. Sedihnya.. uncle mesti berkobar2 nak pegi. Tapi Allah lebih tsu ape yg terbaik untuk kite smua. Saya doakan auntie slamat pegi dan pulang. Semoga Allah permudahkan segala urusan baik dari segi haji mahupun kehidupan harian. Semoga Allah sentiasa melindungi auntie uncle sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CikFa,

      Aamiin.
      Ribuan terima kasih auntie ucapkan atas doa utk auntie, uncle dan keluarga.
      Haah, sian uncle tapi dia redha akan ketentuanNya.

      Delete
  2. Salam aunty,
    semoga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan aunty di tanah suci. dan semoga semua berjalan dengan lancar. InshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali fathen yaya,

      Aamiin.
      Terima Kasih amat2 sbb doakan auntie.

      Delete
  3. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan Kak Nanie dan dapat pergi bersama Abam Jubah. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.

      Terima Kasih Kakcik Nur. InShaAllah

      Delete
  4. Salam~ moga Allah permudahkan urusan mengerjakan haji kak nanie. Diberi kesihatan yang baik, mendapat hajj yg mabrur dan dipelihara Allah keluarga yang di tinggalkan.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali rozie yuzaila yusof,

      Aamiin.

      Terharu sangat dan terima kasih atas doa utk akak kesana.

      Delete
  5. Salam, Auntie.. sebaknya rasa hati sehingga berlinangan air di tubir mata. Sy mendoakan yg trbaik utk uncle & auntie.. semoga kamu berdua akan bertemu kembali apabila selesai beribadah di sana nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali SKTJ,

      Aamiin.

      Begitulah harapan auntie semoga dapat bertemu uncle semula. InSyaAllah

      Delete
  6. Auntie Nani..seronok dengar auntie nak ke Mekah nanti...saya doakan auntie selamat pergi dan balik nanti ye auntie......
    dan Semoga auntie dan uncle dikurniakan kesihatan yang lebih baik lagi...amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SueGinola,

      Aamiin
      TerimaKasih atas doa utk auntie.

      Delete
  7. Suka bc blog aunty..tp entry ni buat saya sebak..dulu ayah pergi haji tanpa mak sbb mak sakit...betul kan aunty..allah ada jalan yg baik utk kita...sy doakan aunty sihat dan dpt mengerjakam haji nanti amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yasmine terima kasih sudi membaca blog auntie.

      Aamiin, terima kasih juga sbb doakan auntie utk mengerjakan ibadah haji nanti.

      Delete
  8. semoga ALLAH memberikan kemudahan untuk urusan haji nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.

      Terima Kasih Shahrizat.

      Delete
  9. Assalamualaikum... sebak ... sedih... hiba.. baca enty kali ni... semoga Allah SWT permudahkan urusan auntie di sana ye... Inn Shaa Allah.. take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh rohayaroy,

      Aamiin.

      Terima Kasih atas doa utk auntie.

      Delete
  10. Salam ukhuwah Auntie Nanie,

    Semoga dipermudahkan oleh Allah s.w.t perjalanan auntie menunaikan rukun haji yg kelima tu ye..
    Boleh beli jubah siap warna putih juga auntie nanie, ada yg plain sahaja tak ada batu batan bagai tu.. saya belikan mak saya macam tu yg plain..

    Saya follow blog auntie nanie #967 jemputlah ke blog kecik saya ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhuwah kembali Nur Hayati,

      Aamiin.

      Oh yea ker, tulah, auntie kena cari juga sebab uncle nak nengok auntie pakai jubah putih
      Terima Kasih sudi follow auntie. InShaAllah auntie ziarah blog Nur Hayati.

      Delete
  11. Alhamdulillah..semoga akak selamat sampai dan dipermudahkan mengerjakan haji nanti..In sha Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.

      Terima Kasih Norma NML doakan auntie

      Delete
  12. wahhh dh nk siap dh bju raya.bestttnyaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Puan Rara,

      Jika siap sebelum raya bolehlah pakai, jika selepas raya memang utk ke tanah sucilah pakainya nanti.

      Delete
  13. salam aunty... semoga selamat pergi dan selamat balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali pinky,

      Aamiin

      Terima Kasih doakan auntie.

      Delete
  14. Salam untie...semoga dipermudahkan segala urusan untie & uncle...selamat mengerjakan ibadah haji, insyaAllah dapat haji yang mabrur:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali shaliza,

      Aamiin

      Terima Kasih atas doa, mudah2an dapatlah haji yang mabrur.

      Delete
  15. Sebak baca nukilan aunt kali ni....semoga Allah permudahkan segala urusan aunt ketika menunaikan haji nanti....semoga aunt sihat masa di sana dan uncle di Malaysia beransur pulih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Myne Khalid.

      Aamiin, atas doa yang dipanjatkan untuk auntie dan kesihatan uncle.

      Delete
  16. sedih baca..rezeki uncle blum smpai lg..moga2 Allah permudahkn segala urusan auntie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Terima Kasih doakan auntie.

      Yea kita merancang Allah menentukan segala.

      Delete
  17. Salam aunty, Sebak bila baca entry aunty kali ini. Saya doakan semoga segala urusan aunty dan uncle dipermudahkan Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Nur68,

      Haah memang sedih tapi auntie dan uncle redha akan ketentuanNya.
      Terima Kasih sudi doakan auntie.
      Aamiin.

      Delete
  18. sedihnyer bila baca tang uncle nak peluk auntie bila balik nanti...huhu..semoga auntie dan uncle terus di berikan kesihatan yang baik....selamat menunaikan haji auntie dan abam jubah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm...belum pergi uncle dah rindukan auntie.
      Sian dia hari2 dia minta manjakan sejak sakit ni.
      Auntie layan apa saja yang uncle minta.

      Terima Kasih shuweet atas ucapan utk auntie dan abam jubah.

      Delete
  19. sama macam doa pembaca aunty yang lain,saya doakan semua yang terbaik buat aunty dan uncle.

    ReplyDelete
  20. Alahaii uncle.. :') belum pun pegi lagi, dah rindu2..bertuah auntie :)

    Semoga semuanya dipermudahkan, InsyaAllah..

    ReplyDelete
  21. Semoga aunty dikurniakan kesihatan yg baik. Semoga dipermudahkan segalanya dan selamat pergi, selamat jualah kembali. Amin.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Nanie...
    Terharu baca entri kali ni...Allah sebaik2 Perancang...tabahkan hati..sabar dan solat...kak nab turut berdoa agar suami Nanie beroleh kesihatan yg lebih baik setiap hari...semoga Allah jua kurniakan Nanie segala kemudahan ketika menunaikan ibadah haji nanti InsyaAllah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...