Followers

Friday, May 30, 2014

Rindu Sangat

Jika lapar, kita cari makanan dan isilah perut
Mengantuk, carilah bantal dan tilam utk baring
Senak perut pergi kebilik air
Sakit badan makan actifast..hihihihi

Jika rindu...bagaimana?
Nak fon dia, auntie tak ada h/phone
memang dah lama tak guna fon, dah hampir
enam tahun dah...sejak hilang pendengaran
Nak hantar inbox message dia tak ada facebook
Nak email dia, memang dia terlalu sibuk untuk melayan email
Itulah kerja dia yang amat sibuk tapi seasonal

Bila auntie nak ambil gambar sibuk dia betulkan tali pinggang

Wajah yang sejuk di mata auntie

Yea, auntie amat2 rindu anak ini
Asyiklah kerja, hari2 biasa sampai lewat malam
Hujung minggu Sabtu dan Ahad pun kerja sampai malam
Public Holiday pun kerja..
Dia dah ke outstation sejak Isnin yang lalu
Aduhai bimbang auntie akan kesihatannya
Alhamdulillah
Semalam dia balik tapi kesihatannya kurang baik
Dia demam..
Masa dia balik kerumah, auntie tiada
auntie dirumah Pija
Dia fon Pija menanyakan auntie
Agaknya dia pun rindu auntie lah tu hihihihi
Auntie balik kerumah dah lewat malam dah hampir pukul satu
Setibanya auntie di rumah
Dia mencium auntie dipipi dan dahi
Terubat rindu auntie..hihihi
auntie terasa panasnya demam dia
Adiknya terus hulurkan actifast
Katanya dia pergi ke Pulau Pinang, SPetani
dan singgah di Kuala Kangsar
Untuk membeli ikan pekasam
Alhamdulillah
memang kegemaran auntie..



Hari Isnin outstation lagi ke Pantai Timur pulak
tak perasan auntie berapa hari pulak
Tak per lah,  kerja untuk mencari rezeki yang halal

Berbalik citer pasal rindu
Auntie masa muda2 jika bercuti atau kursus diluar negara atau negeri tanpa uncle
Takutkan rindu pada uncle
auntie akan bawa baju T yang auntie akan spray perfume uncle
bila nak tidur akan auntie tutup muka dengan baju T tu
Huishhhh...jangan kutuk auntie yea
Itu saja cara auntie nak hilang rindu
Sebab auntie tak reti peluk2 dan mencium gambar hihihi
Jika ada kelapangan auntie akan menalipon untuk mendengar suaranya
Gitulah auntie lakukan bila rindu

Tapi bila dah tua dan dah pencen ni
Memang selalu bersama uncle
Tapi hairan, rindu jugak tau
auntie akan merenung uncle bila dia tidur
Bila auntie menunaikan fardu haji nanti
empat puluh lima hari tanpa uncle
Entahlah...

Rindu pada Allah bagaimana ubatnya?
Auntie berDhuha dan berTahajud
memang meleleh2 air mata



Selamat tinggal Rejab dan Selamat datang Syaaban.
Terasa amat sayu akan kedatangan bulan yang dinanti2 Ramadhan
Moga panjang umur untuk menunaikan puasa tahun ini
Aamiin.




17 comments:

  1. Rindu Rindu Sayang tu Auntie kan walaupun anak dah besar panjang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auntie Paling Bahagia bila dikeliling anak2..

      Delete
  2. HI auntie...sama la kita...if saya rindu, saya cium baju yang dah di pakai..baunya lagi syok tau auntie...hehehee

    ReplyDelete
    Replies

    1. Auntie selalu guna kaedah macam tu juga..
      Malunyer..hihihi

      Delete
  3. Alhamdulillah..kemana dia pergi pasti autie org yg 1st dia rindu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah,
      Selain dari isteri dan anaknya yang berjauhan dari dia, auntielah tempat dia menumpah kasih dan sayang...

      Delete
  4. TETIBA RASA SEBAK BACA EN3 AUNTIE NIH
    HUHU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nape Irfa sebak? Rindu Mak Yea?

      Delete
  5. Assalamulaikum, hope Nanie (if I may call such a beutiful name for a sweet, caring n loving lady. You are mugkin 1 dalam 1000 wanita yg I am blessed to come across. Nk bagi pesan (walau pun u dah merasa lebih peirt dari me). Kena jaga berat badan naknda, sebab anak I pun masalah berat padan. Tp he 41 ank U mungkin muda lagi, jaga permakanan jangan sejuk-sejuk dn KMML (karbo, masin manis lemak). Mine yo-yo dek nasi. Just love NL&sambl. My alas tp bedal juga.
    Semga selamat menunaikan haji peluang kemasan minta allah lindungi diri, yg disayang semua agar sehat walafiat boleh melebihkan ama ibadah.
    Slamat berpuasa Shaaban & Ramadhan juga. Bertuah suami & anak-anak beristeri/beribu smone serba boleh, karya, homebody & pandai menulis. Makes a complete person. I, bukan kitab nipis pun still tk bermula.
    When Tuanku Azlan mangkat I teringat all Heart patients. Have always wondered when Raja Nazrin did his job, why. Rupanya he gering. Alhamdulillah panjang juga umurnya. Dapat anak-cucu tumpang kasih.
    Jaga kesihatan ya, selamat beribadah bulan2 2 nie. Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam,

      Love your comments...always lengthy and educational to me

      Delete
  6. Nanie,
    Semoga dipermudahkan Allah dalam semua urusan.

    ReplyDelete
  7. rindu pada suami tu kan auntie, mmg lain macam rasanya kan? heheheh.. MOga auntie dipermudahkan urusan beribadah dan diringankan derita rindu pada uncle..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihii memang betul Ain.

      Aamiin doa yang Ain panjatkan untuk auntie.

      Delete
  8. Salam unty nani..nama saya aisyah..saya terjumpe blog unty thru blog peej..blog peej saya jumpa thru blog fillanie...dah 3 ari 2 mlm..saya baca blog unty..jiwa saya rase soothing sgt biler membaca bait2 tulisan unty yg sentiasa mengingatkan kiter pada Pencipta..terima kasih byk2..may Allah bless unty and family always...amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Aisyah,

      Ohhhh...tq for liking auntie's blog and n3s.

      Aamiin, tq for the doa.

      Delete
  9. Assalam Kak Nannie. I'm a silent reader of yours. Since day 1 saya masuk ke blog Kak Nannie...saya jatuh cinta...hehehe. Entry2 Kak Nannie sgt bersahaja dan best...x reti nak describe. Sejak itu tak henti2 mengikuti entry2 Kak Nannie. How I wish one day I could meet this one strong lady....Salam perkenalan Kak Nannie. Semoga ALLAH swt memberi perlindungan kepada kita semua dan memberi kesihatan yg baik utk menjalani kehidupan sehari2. AMIN.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...