Followers

Thursday, May 29, 2014

Rasa Bersalah

Tak masak hari ni
Anak beli nasi dagang empat bungkus


makanlah kami anak beranak
laju jer makan sebab jarang dapat makan nasi dagang
Tinggalkan uncle sebungkus
Bila tiba masa untuk suapkan uncle
Auntie percik2 jer kari atas nasi pulut tu, takut pedas
Ikan tongkol auntie picit2 untuk buang tulang2 halus
Uncle makan beberapa suap..
Dah tu dia tersedak2
sempat jerit2..dan pegang leher dia..
Kenapa??? tanya auntie dengan perasaan panik
Takut juga auntie, sebab masa picit2 ikan tu
auntie tak pakai cermin mata
mana tahu kot2 ada tulang terselit lagi
Rupa2nya ....
Nasi ni KESATTTTT kata uncle
Tetiba auntie rasa bersalah
Tak nak masak konon
suapkan uncle nasi dagang yang dibeli
Tak fikir..uncle belum lagi sihat
untuk makanan beli..
Ya Allah, ampunilah diriku

Yealah, nani tanak nasi lembut...kata auntie
Lauk belum tahu nak masak apa untuk uncle

Jap ni baru dapat pos laju lagi
Ada nama auntie tertera di parcel tu
Dalam fikiran auntie
Rezeki datang lagi..
Ada saja Allah hantar sesuatu untuk auntie
Alhamdulillah
Terima Kasih amat2 kepada pengirim
Salina Abdul Kadir
Selalu benar dia menghantar untuk auntie
Auntie terasa amat dekat dihati
Walaupun kami tak pernah berjumpa



Auntie rasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi
Rezeki tak putus2 dan dikelilingi oleh pembaca yang penyayang
Rasa amat bertuah dengan hanya menulis diblog
Auntie disayangi ramai
Alhamdulillah

Ya Allah, Peliharalah mereka2 yang berhati mulia ini
Mereka tidak sombong dan ego
Sudi pula menjalinkan hubungan dengan ku
seorang yang tua, sakit dan kesunyian
Aamiin









8 comments:

  1. Kasih sayang sesama insan datangnya dari Allah juga. Alhamdulillah. :)

    Semoga Abang Bob segera sembuh sepenuhnya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Kakcik Nur.

      Aamiin buat doa diatas.

      Delete
  2. Alhamdulillah. Ella doakan moga uncle sembuh dengan segera.

    ReplyDelete
  3. Ai pun sayangkan auntie ^_____^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe auntie juga sayangkan Ai.

      Delete
  4. SEDAPNYA NASI DAGANG ;)
    SIAN UNCLE SIB TAK TERCEKIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa, nasi dagang beli tak sesedap buatan sendiri.

      Tulah nasib baik...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...