Followers

Friday, May 9, 2014

Penjaga Pesakit Juga Sakit

Sambungan cerita uncle jatuh sakit
Sekarang ni, auntie penat mental dan physical
Kerja harian bertambah bila uncle jatuh sakit
Memang uncle jenis malu dengan anak2
Tapi auntie kata pada uncle
Tidak perlu malu sebab mereka adalah anak2 kita
Jika mama tiada, merekalah yang akan menguruskan 
Begitu juga jika mama sakit 
barulah uncle benarkan anak2 menguruskan dirinya

Abam jubah selalunya yang membawa uncle ke bilik air
mandikan, cukurkan, lapkan badannya
dan salinkan baju dan kain pelikat
Auntie siapkan sarapan
dan suapkan dia selalunya Noy
waktu2 uncle nak buang air kecil
auntie hulurkan..apatah namanya benda ini..


Auntie kan pekak, ada sekali tu
auntie didapur memasak untuk makan tengahari
uncle panggil beberapa kali auntie tak dengar
bila auntie kedepan, uncle kata dia panggil beberapa kali
tapi auntie tak datang jengok dia
aduhai... di pancut atas karpet sebab dah tak tahan
huhuhu kencing dewasa atas karpet?
memang hancing la..
terpaksa auntie tarik keluar
sidai atas gate, sembur air dan sabun detol
panas terik, karpet kering
PG nak angkat masuk dalam rumah
terbau hancing lagi katanya
terpaksalah auntie basuh sekali lagi
jemur lagi....tapi hujan pulak petang tu
serta guruh berdentum dentam
memang tak keringlah
apa lagi, auntie tarik kipas keluar rumah
dan cuba nak keringkan dengan kipas semalaman
harap2 kering dengan angin kipas pula
hampa ...masih lembab lagi

Pagi ini auntie tarik dan sidai atas gate lagi
semburkan dengan febreze untuk hilang bau kelembabpan
Harap2 kering hari ni

Sakit pinggang ku...

Bukan tiada lagi karpet dalam stor
tapi Noy suruh pakai tikar getah
jadi auntie ambil tikar getah dan tebarkan
coffee table pun dah dialih ketepi
dan ketepikan pula kerusi2 dan meja makan
untuk lapangkan laluan kerusi roda
bergerak ke bilik air


wahhh..terasa kekampungan bila bertikar getah
gambar gelap sebab auntie padam lampu, uncle sedang tidur disofa

Uncle baru saja berurut semalam
dengan orang yang sama pada tahun 2004 dulu
sebenarnya bukan urut, dia akan tekan point2 yg sakit
Katanya stroke uncle tak teruk
InShaaAllah, boleh berjalan katanya

Ermmm...berbalik citer semasa uncle dihospital
sambungan citer hari ketiga
Doktor buatkan MRI
sebab CTscan tak berapa terang, ada tumur dikepala uncle
Selepas MRI memang sah ada tumur sebesar 2 cm
pembedahan ditangguhkan selama sebulan
sebab doktor nak pantau samaada ketumbuhan tu
membesar atau tidak..
Berdoa kami sekeluarga agar ia nya tidak memudaratkan
Dan tumur tu tidak membesar

Uncle banyak tidur sepanjang dihospital
melainkan jika ada pelawat diwaktu melawat
ramai kawan2 tentera uncle datang
Yang masih bertugas dan juga yang dah pencen
Walaupun mereka ada status dan bergelaran
Mereka masih sudi melawat dan meluangkan masa
bila mereka bercerita
kisah2 lama dan membuat lawak
uncle tersenyum mendengar lawak2 mereka
Memang nampak uncle ceria
auntie gembira bila melihat uncle tersenyum
Alhamdulillah

Berbalik cerita rawatan doktor
Yang diberi ubat untuk uncle ialah
Ubat cair darah supaya tidak berlaku pembekuan
Ubat darah tinggi dan kencing manis
Itu saja
Bila kencing manis uncle dan tekanan darah tinggi terkawal
Uncle dibenarkan pulang pada hari Khamis 1/5/14
Bergeraklah kami meninggalkan Hospital Tuanku Mizan selepas maghrib.
Alhamdulillah

Di rumah auntie telah siapkan sofa bed
dialas pula dengan tilam supaya selesa
siap ada tirai/langsir untuk privatesy
supaya senang kawan2 dan sedara datang nak melawat uncle
tapi dia tak mahu tidur disitu
nak tidur di sofa depan tv,
jadi auntie alaskan comforter supaya selesa
senang nak tengok channel sukan
bola dan tennis katanya

Ketika dirumah
lawatan jiran, kakak, adik2 uncle dari melaka
dan kawan2 tak putus2
ada kalanya dari pagi membawa hingga ke malam
buah tangan melimpah ruah
buah2an penuh dalam fridge auntie
biskut berkotak2 dan bertin2
ada juga yang selit duit ditangan uncle
Alhamdulillah, rezeki uncle

Untuk pengetahuan pembaca auntie
keadaan uncle masih sama
masih belum boleh berdiri sendiri tanpa bantuan
kaki kanan lebih kuat dari kaki kiri
begitu juga tangannya
tapi auntie rasa amat lega melihat
wajah dan matanya yang
masih ada cahaya kekuatan dalaman
Alhamdulillah..
Moga kesihatannya beransur baik
Aamiin


P/s :
Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat  mu’akkadah 
iaitu  sunat yang sangat dituntut. 
Menziarahi orang  sakit tidak hanya  terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan  juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita. 



12 comments:

  1. Semoga kesihatan Abg Bob segera pulih sepenuhnya. Begitu juga dengan kesihatan Kak Nanie. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan buat akak dan abang.

    Aminnnn.

    ReplyDelete
  2. moga uncle cpt sembuh spt biasa n buat aunt moga kuat n tabah menghadapi ujian Nya :D

    ReplyDelete
  3. As Salam auntie... moga sabar dan tabah menghadapi ujian dan dugaan ini... dan moga Allah SWT permudahkan segalanya.. Inn Shaa Allah.. auntie juga jaga kesihatan ye..

    ReplyDelete
  4. semoga uncle sembuh kebali auntie..dn auntie juga jagadiri ye..semoga kalian snetiasa di lindungan Yang Maha Esa

    ReplyDelete
  5. huhuhu...kebanyakkan cerita pasal uncle sakit ni sama keadaan nyer masa ayah mie mula2 kene mild stroke and sampai sekarang ayah tak boleh nak bangun jalan sendiri...kalau tak orang papahkan die pakai tongkat..tu pun slalu jatuh...and slalu di serang epilepsy...kita doakan uncle cepat sembuh. u too take care auntie. love.

    ReplyDelete
  6. huhu..kesiannye auntie :/
    Semoga diberi kekuatan & diringankan sakit utk auntie + uncle..amin..

    ReplyDelete
  7. Semoga auntie terus tabah ya,besar ganjarannya di akhirat kelak and ingatalah Allah akan sentiasa ada dengan orang yang sabar....Semoga uncle dn auntie diberi kesembuhan dan urusan auntie sekeluarga akan terus dipermudahkan..amin Ya Allah amin..

    ReplyDelete
  8. Moga auntie diberi kekuatan menjaga uncle & mudah2an uncle cepat sembuh. Auntie jaga kesihatan ye..

    ReplyDelete
  9. Salam. Kenapa tak bawak IJN. Maaf tp I pegi juga Putrajaya (Klinik) to get my monthly ration for my sakit jantung, That was last year. The Dkrs.he dktrs told Ptrjaya tak de specialists.
    Nk rawatn kna gi Serdang Hosp. sana ade heart Specialist. Pegi sana tngok patients berkerumun tak jadi dah. Now gi UMSC. My cardio is Prof Wan Azman. Kalau IJN ramai kardio coz he dh lemah jantung.
    Hope adik jaga ur abg & urslf. He dh ahmar sblh kiri (right where our hrt lft ventrical) buat hal. Jaga jgn jatuh lg juga. elok tilam atas lantai, he tk cuba bangun.
    U really nd someone deal with the cooking, letih berdiri w u kaki condtn.
    Rebus rebus n hv a good supply of strawberries & avocado. he dh diberi flavix (bld thinner) so he cannot mkn lingzhi to reduce the tumor in the head.
    Take gd care of yourself too jgn hela barang-barang berat (karpet) ya.
    Doakan semua bertambah sihat. Rajin-rajin google Dr Chauncey Crandall, Wassalam

    ReplyDelete
  10. Semuga uncle cpt smbuh n sihat...untie tek care..baca pn da phm mcm mn kesusahan untie skrg..setiap ujian pasti ada sbb..dn yg past Allah tahu untie bole mnghadapi..tiada ujian yg d turun kn tnpa sbb...

    ReplyDelete
  11. smg auntie dan anak2 diberi kekuatan dan kesabaran untuk menjaga uncle, lynn doakan uncle cepat sembuh

    ReplyDelete
  12. Moga untie akan terus kuat sebab kekuatan untie dan anak2 akan turut mempengaruhi semngat uncle.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...