Followers

Wednesday, May 21, 2014

Lauk Minang Memang Menyelerakan

Entahlah hari apa citer ni
Hari Ahad ke Sabtu sudah kot
Auntie masak kari bawal hitam
Ayam goreng kunyit
Sambal belacan dan kobis celur
Sedap tak terkira..
Puji masakkan sendiri
tapi kan auntie ada buat n3 resepi kari ikan
Ada readers yang dah cuba pun
katanya suaminya makan sekali dan nak lagi
minta masakkan lagi
Yang belum cuba tu, silalah cuba
(selongkar n3 auntie dilabel resepi)

Cukup masam masin dan pekat kuahnya
Kata anak boleh makan breakfast dengan roti canai
jika tak habis
Sedap punya pasal,  mau nya tak habis...
licin..


Selepas maghrib anak perempuan Pija datang bawak lauk pauk minang
Pernah dia bercerita gerai minang yang baru yang dia jumpa diGombak
Terbaik masakkannya, banyak pilihan lauk pauknya
Auntie dan uncle pernah menyuarakan 
"bawaklah mama dan papa makan kat situ"
Bila uncle dah jatuh sakit, memang susahlah nak makan diluar lagi
Jadi anak beli dan bungkus lauk pauk kegemaran uncle dan auntie

Aduhai.. sedap kemain,
Anak2 dah separuh jalan makan, baru auntie teringat nak ambil gambar


Lemak Jeriang (jering)
dan terselit gambar
Daging Tetel Kari


Lemak Perut


Jeriang Sambal bilis
sori gambar tergegar pulak


Sambal goring lada hidup

Lauk pertama auntie ceduk
Jeriang sambal dan kari yang auntie masak
selalu auntie amal makan 2 senduk nasi
kali ni memang bertambah 2 senduk lagi 
jika ikut tekak nak tambah lagi
tapi auntie sedar diri, tak boleh makan banyak2 waktu dinner
jika tidak kawal, auntie akan membengkak 
(ni semua pasal kencing manis)
di muka, especially bibir dan jari2 tangan
cincin akan jadi ketat gitu..


Hari ni auntie nak masak asam pedas ikan jeket dan bendi
Dah rendam pun ikan kat sinki
Tak suka menyiang ikan jeket
Bluekkkkkk...hanyir
Nak hilang bau hanyir
Rendam dengan air asam dan garam
malah perah limau nipis
Huhhhh..lepas tu kena mandi dan tukar baju
melekat bau darah ikan

Ikan lain2 auntie hanya rendam dengan air basuhan beras
Hilang hanyir..

Auntie sebenarnya amat2 letih badan
Dengan kerja2 rumah, melayan tetamu tak putus2
Dengan Ujian yang berat2 bertindih2
Badan jadi longlai dan lesu
Tapi hati ini tidak runsing lansung
Alhamdulillah..bersyukur sangat..
Sebabnya auntie tahu
Allah sayangkan insan yang diujinya
walaupun datang bertalu2
Alhamdulillah...hati auntie tenang
makan masih berselera, tidur pun masih nyenyak
Alhamdulillah..
















19 comments:

  1. keliur tengok kari auntie tu
    nanti nak cari2 resepi auntie tu

    semoga uncle cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fazleyatul Aini,
      hihihi cubalah

      Terima Kasih doakan utk uncle

      Delete
  2. Suka baca blog auntie. Tapi jarang komen :). Semoga auntie n uncle sihat dan dipermudahkan semua urusan auntie ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Yatie baca blog auntie dan suka.

      Doa utk auntie dan uncle amat2 auntie hargai. Aamiin

      Delete
  3. salam my dear aunty,

    aunty area gombak mmg femes ngn lauk pauk minang...mmg menyelerakan...aunty klu ade rendang minang lgi best kan aunty...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali my dear mona,

      Haah, betul, rendang minang terbaik

      Delete
  4. Salam auntie, nikmat juga tu auntie...walau macam2 hal jadi, makan masih berselera, tidur masih nyenyak...have a good day auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Shaliza,

      Betul, memang 'ketenangan' adalah anugerah Allah.

      Delete
  5. i love u too auntie...muahh

    ReplyDelete
  6. salam auntie.. sy new reader dekat blog auntie.. banyak yang saya dapat dari membaca blog auntie.. moga akan sentiasa kongsi pengalaman-pengalaman yang baik untuk kami pelajari.. keep in touch auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali she THE Queen,

      TQ for reading auntie's blog.
      Dengan izinNya, InShaAllah auntie akan terus menulis
      kehidupan insan tua yang dah banyak melalui suka duka dlm perjalanan dunia

      Delete
  7. auntie..if you don't mind, boleh tak share gerai lokasi dan nama gerai minang tu. saya pun pengemar makanan minang jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honestly, auntie tak tahu kedainya, nanti auntie bertanya pada anak auntie.

      Delete
  8. salam auntie.. lama tak singgah sini.. sedapp semua menu tu auntie.. kari tu memang nampak sangat marvelousss harus di try nie.. makan dengan lempeng lagi marvelousss.. nyumm nyumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Shima Zahar,

      Alahhhh, kenapa lama tak singgah.
      Lempeng memang sedap makan dengan kari dan sambal tumis..

      Delete
  9. kecur ailio aunty.

    semoga tabah dgn dugaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SKTJ,

      Alahai, lauk beli

      Aamiin,

      Delete
  10. Hebatnya puan....bunyi cerita pun mcm redha saje dgn ujian...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...