Followers

Wednesday, May 14, 2014

Hanya Mahukan Kasih Dan Sayang

Semua manusia yang bernyawa dilahirkan mempunyai ibu
Kecuali Adam dan Hawa

11/5/14 Hari Ibu

Walaupun dah berlalu
Auntie Ucapkan 'Selamat Sejahtera' untuk semua yang bergelar ibu



Ibu kandung, ibu angkat, ibu tiri, ibu mertua dan ibu saudara
Apa saja status ibu2 tersebut
ada amanah yang harus dipikul
Jika 'hati' dan iman nipis
Anak2 dan menantu akan di anayai...

Semua ibu samaada muda atau tua
Tidak terkecuali dari membuat dosa
Samaada dulu kala atau pun masih bergelumang tanpa sedari
Ibu2 ini tidak kenal kasih dan sayang sesama insan
Mereka tidak takut pembalasan akhirat
Bertaubatlah segera wahai ibu2

Kenapa auntie kata begitu?
Tak payahlah auntie elaborate citer2 contoh
Rasanya semua pernah melihat saperti itu disekeliling
Dan ada juga yang dah merasai khianat mereka
Ermmm...
Topic sensitif...
Moga Allah kurniakan hidayah dan jalan yang lurus pada mereka

Auntie tiada ibu dan ibu mertua lagi
untuk mengucapkan Hari Ibu
Mereka adalah insan yang amat baik
Kenangan yang indah dan bahagia bersama mereka
Alfatihah untuk kedua2 arwah

Sebagai ibu, auntie bahagia di kelilingi empat orang anak2 kandung yang baik
Dikeliling oleh anak2 saudara yang berhati mulia
Malah, anak2 siber juga menyayangi auntie
mereka sudi datang melawat uncle
Alhamdulillah
(nanti auntie citer kemudian)

Saperti semua yang membaca n3 auntie tahu
Baru2 ni uncle jatuh sakit, tapi keadaan kesihatannya sudah beransur baik
cuma masa menentukan bila uncle boleh berjalan semula
makanan lembut2 dan tidak pedas jadi hidangan harian
minuman pula,  apa saja sejuk atau pun panas
Alhamdulillah

Baru 2 kali urut, uncle dah boleh berdiri sendiri
tapi berpeganglah, jadilah 
kata tukang urut tu, InShaaAllah uncle boleh berjalan
sebab urat saraf uncle masih kuat tapi lemah
dia suruh beli cuka buah dan ragi
blend dan sapu ditangan dan kaki uncle waktu malam
Auntie belum kesempatan nak keluar dan beli lagi


Uncle dah boleh senyum

Kami gembira sangat sebab cucu saudara 
datang rumah buat pertama kalinya
Anak kepada Juruacara Melodi - Izza Safar
baru berumur 2 bulan lebih,  masih menyusu badan

Dah kenyang menyusu nak tidur tapi merengek2
auntie tanya ibunya, tidur berbuai ke?
Haah kata ibunya 
Ohhhh...maklong ada buai, nak pasang ker?
Heran mereka auntie ada buai
Memang ada, buai cucuku Zara
auntie simpan dalam store
Auntie keluarkan dan Peej pasangkan
Alhamdulillah..lena  Humaira tidur



Sejak kebelakangan ni
Anak2 banyak membantu kerja2 rumah
Gambar abam jubah, melipat kain sebakul depan tv, tanpa disuruh
auntie sedang picit2 uncle, masa tu ipad ada tepi auntie
terus auntie ambil gambar candid dia
hihihi


Auntie tidak mengharap balasan 
mengandungkan, melahirkan dan membesarkan mereka
Tidak menagih duit ringgit anak dan menagih kudrat mereka

Cukuplah
Mengasihi dan menyayangi diri auntie
sebab auntie tidak mengganggu kehidupan mereka
mereka semua dah besar dan dah boleh berfikir 
yang mana baik atau buruk
Auntie selalu ingatkan anak2

Akhirnya kita akan kembali
Jangan sekali2 aniaya dan menzalimi 
sebab pembalasannya nanti amat berat 


22 comments:

  1. Alhamdulillah kerana kita dikurniakan dengan anak2 yang baik...

    Semoga Abg Bob segera pulih sepenuhnya. Aminnnn.

    ReplyDelete
  2. Salam aunty...
    Alhamdulillah kesihatan uncle bertambah baik. Saya doakan semoga terus positif perkembangannya.
    Comel je abam jubah lipat kain..hehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali MsFigure,

      Aamiin atas doa kesihatan uncle.
      Datang rajin abam jubah dia buat, datang malasnya dia nengok ajalah..hihihihi

      Delete
  3. rasa berjurai si air mata
    bila baca apa yang tertinta

    Selamat hari ibu

    tengok abam jubah lipat baju
    beruntung siapa dapat jadikan menantu
    susah nak jumpa anak anak yang begitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama2 ibu mamason, maka hati kita rapuh bila berbicara ttg anak2 yang disayangi.

      Selamat Hari Ibu juga buat mamason.

      hihihihi ada ker orang nak bermenantukan bersikap rajin?
      kebanyakkannya mencari bersifat 'kemewahan'

      Delete
  4. alahai rajinnya abam jubah tuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mood rajin, rajinlah dia
      bila datang mood malas, buat tak tahu jer dia
      hihihi

      Delete
  5. selamat Hari ibu gak auntie..Suya doakan aunti dan uncle sentiasa tabah dan ceria menghadapi hari-hari mendatang. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan auntie dan uncle. Take care auntie. Thanks sebab sayangkan anak-anak cyber. Hopefully Suya pun salah sorang drpd mereka jugak. Heeeeeee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Suya doakan kesihatan auntie dan uncle.

      Aamiin.

      Memang anak2 siber yang selalu berinteraksi dengan auntie dekat dihati.

      Delete
  6. Happy mother's day aunty..semoga allah merahmati aunty sekeluarga..n get well soon to uncle..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rina Zulkifli tq for the wish and prayers for auntie and uncle

      Aamiin

      Delete
  7. Happy Mother's Day aunty..moga allah merahmati aunty dan keluarga..n get well soon to uncle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CikAlong terima kasih atas ucapan dan doa buat auntie sekeluarga.

      Aamiin

      Delete
  8. Semoga uncle cepat sembuh, semoga auntie sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah and happy mother's day auntie =)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...anak2 sangat memahami situasi dan tanggungjawab mereka. Sebagai ibu itu pasti saat2 membahagiakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JunAina betul, tiada apa yang membahagiakan seorang ibu
      bilamana anak2 memikul sama tanggung jawab hal2 keluarga.

      Delete
  10. moga uncle cepat sembuh.
    moga aunty sihat sentiasa.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, syukur beransur pulih. In case you minat, try Bragg's Apple Cider vinegar as alternative for the area yg lasa. I pakai utk my vericose n mouth wash!.
    Semoga semua beroleh shafaat di bulan Rejab Mulia ini. Dan segala doa harapan dimakbulkan, Tp mesti pantang ya (sementara). Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Shakirin Al-Ihram,

      Tq for the sugestion of Apple Cider as replacement, I do appreciate.

      Aamiin, mudah2an segala doa dimakbulkan.

      Pantang apa ya?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...