Followers

Friday, May 2, 2014

Dimana Saja Jasat ku, Hati Ku Bersama Mu

Badan auntie lesu dan lemah
Tak tahu bagaimana nak memulakan nukilan ini
tapi auntie perlu mengucapkan
ribuan terima kasih
diatas doa2 readers auntie untuk kesihatan uncle
lawatan dari jiran2 tetangga
kawan2 tentera uncle dan keluarga terdekat
auntie amat2 terharu..

Banyak terima messages bertanyakan kabar berita kesihatan uncle
jadi auntie ambil keputusan untuk update di n3 ni
tak terdaya auntie nak menjawap satu persatu..mohon maaf

Bermula hari Sabtu yang lepas 26/4/2014
Uncle sebenarnya setiap hari Sabtu pukul 10 pagi hingga 12 tghari
dari bulan February yang lalu sampailah bulan Mei ini (17 kali)
sedang menjalani program kursus asas haji dimasjid berdekatan rumah
Jaraknya tak jauh lebih kurang 300 meter
tapi uncle memandu kereta, kerana cuaca terik.
Menjadi kebiasaan selepas kursus
Tukar kupiah,  ke cap kegemarannya
Uncle akan pergi kepetrol station
untuk isi minyak dan cuci kereta sebelum balik rumah
auntie sambut dia tapi auntie nampak dia berpeluh2
cap yang dia pakai senget, memang pelik
Auntie bertanya..kenapa pakai cap senget mcm tu
Jawapannya, panas terik diluar

Auntie suruh uncle baring disofa dulu sementara
nak hidangkan makan tengahari
Auntie masak singgang daging + bendi dan sambal belacan sahaja
Selalunya telur dadar 2 biji telur
auntie buatkan bila uncle nak makan

Auntie kejutkan uncle utk makan
dia berjalan kearah bilik air
tapi langkah kakinya terhoyong hayang dan menyenget macam ketam
Sangka auntie mungkin mamai kot
auntie pesan, baik2 kebilik air, jangan jatuh..
tapi bila tengok dia masih jalan menyenget tu auntie pegang
pinggang dia kebilik air..
Katanya dia okay...

Auntie duduk mengadap makan tengahari
Uncle makan dua senduk saperti biasa
sesudah makan, uncle capai mug teh tarik ais
tiba2 terlepas..habis penuh meja air teh tumpah..
Auntie terkejut nengok pandangan mata uncle
memandang jauhhhhhh..saperti kebinggungan
ketika itu dia dah tak boleh bangun/berdiri dari meja makan
Auntie tak letak air basuh tangan dimeja
selalu kami basuh tangan disinki sahaja
sebab puas basuh dengan sabun tangan
tapi bila uncle dah tak larat berdiri
kelang kabut auntie ambil bekas
dan basuhkan tangan uncle dimeja makan

Kemudian, auntie terus terjerit2 panggil PG
nak suruh dia paut uncle ke sofa
(auntie memang tak larat, takut dua2 jatuh pula)

Uncle tak mahu dipimpin, nak jugak jalan sendiri
Ermmm...jatuhlah..
Bertalu2 PG kena marah dari auntie
Auntie memang dah nangis2 masa tu
Auntie kata
"Papa you're not okay, I know you're not okay"
Uncle masih pertahan kata dia okay..
tapi mata dia tak pandang tepat pada auntie
pandangan matanya tiada cahaya kekuatan lagi

Memang auntie dah dapat rasa uncle kena
mild stroke sebab auntie dah ada pengalaman menjaga
uncle kena stroke pada tahun 2004.

Punyalah auntie pujuk untuk ke hospital
Memang ditolak bulat2
Jadi auntie suruh uncle baring
Bila Ayol balik dari kerja dah pukul 6 petang, 
auntie pun bercerita pada Ayol disisi uncle
Hoiiii....auntie kena marah dari uncle 
kerana perbesarkan isu dia sakit dengan anak2
Kalau ia pun esok saja lah kehospital katanya
Ayol pula kata ikut papalah..
Aduhai..auntie amat2 risau, bila melewat2kan kehospital

Anak2 perempuan pulak bersama kawan2 diluar
Tiada dirumah untuk berbincang
Akhirnya mereka balik sebelum maghrib, 
tak putus2 Noy mengadap papanya cuba  memujuk
akhirnya papanya setuju ke hospital tapi dah lewat malam masa itu
Kami bawa kehospital, dah pukul 12:28 tengah malam.
Bila doktor check,  memang uncle kena mild stroke
dan diwardedkan pagi tu juga
Malam tu uncle dapat rawatan 
Xray di kepala dan dada
Kami tidak dibenarkan menemani uncle di wad kecemasan
Kami anak beranak balik pukul 4 pagi

Hari Kedua
Kami ke hospital lagi dah tengahari
Kami Tidur sepanjang hari keletihan
Uncle menjalani CTscan dikepala dan ECG 
Keadaannya ketika itu...
Muka sebelah kanan herot
Kaki tangan dan badan lemah sebelah kiri
Dah tak boleh berdiri lansung
BP tinggi dan juga baru dapat tahu..
uncle ada kencing manis..amat tinggi ketika tu
Pertuturannya pun lambat untuk susunkan ayat2

Arahan permakanan dari doktor completely soft diet
Sebab tak boleh telan solid food
Uncle sepatutnya,dipasangkan tiub dihidung
Untuk milk feeding, huishhh boleh uncle jerittt 
Katanya....tak mahuuuuu, sakittttttlahhhhh
Degil betul, doktor risau makanan masuk keparu2
nanti jadi penyakit lain pula

Dari tengahari bawa kemalam uncle tak nak makan
sebab tersedak2 bila makan, sampai merah hidung dan pipi
Ada seorang kawan Noy, bila uncle tak boleh makan dia
keluar dan belikan bubur McD
bersusah payah walaupun hanya seorang kawan
Terima Kasih pada dia, hanya Allah yang membalas
akan baik budinya.

Anak2 takes turns jaga uncle
Ayol dan auntie siang dan malam Noy dan PG
Mereka dapat cuti kecemasan seminggu
untuk menjaga uncle
Mengapa kena awasi uncle?
Sebabnya menyuap makanan, bukan kerja nurse
dan bila nak buang air kecil, uncle nak bangun ketandas
Tak mahu guna bedpan, tak mahu nurse

Pujian untuk menantu lelaki auntie, si Ben (suami Peej)
Memang kuat, cekap dan pantas reaksi dia 
Yealah, dia kan 6 footer, besar orangnya
dibekalkan lagi dengan tenaga yang kuat pula
senang jer dia mengangkat uncle
dari katil ke kerusi roda

Ada uncle bertanya mengapa Zeity (menantu perempuan) tak datang? 
sambil mengalirkan air mata..
Auntie kata dah dah dah lah, jangan tanya lagi
selepas itu uncle tiada sebut2 lagi

Hari Ketiga
Barulah uncle dapat hidangan bubur dihospital
Makanan buburnya tawar, uncle tak mahu makan
Jadi auntie masakkan bubur, dan belikan taufufa
Malam Noy belikan mashed potato KFC
Alhamdulillah, dapatlah dia makan
Walaupun banyak kali tersedak sedak

Auntie ada urusan diTabung Haji
sebab uncle suruh auntie uruskan
pembatalan haji untuk uncle tapi
dia mengizinkan auntie kesana
Sedih ni...tapi auntie tahu
Allah sebaik2 perancang
ada hikmah disebalik apa yang berlaku
Auntie Redha...


Apabila kita tenang dalam menerima takdirNya
samaada yang kita sukai atau tidak sukai
Allah pasti akan memberikan ganjaran hikmah yang terbaik
dengan berkat dari kesabaran itu




p/s 
Nanti auntie sambung citer lagi
InShaaAllah



37 comments:

  1. salam auntie... semoga auntie tabah dan semoga uncle cepat sembuh...amin...

    ReplyDelete
  2. Allahuakhbar.... teringat ai pada arwah abah. dia pun lebih kurang sama mcm uncle. kuat sungguh semangat, seboleh2 tak nak mengaku sakit. Selagi terdaya, dia kuatkan jugak. arwah abah ai dulu pun stroke jugak..

    ReplyDelete
  3. salam auntie.. semoga uncle cepat sembuh..

    ReplyDelete
  4. Allahurabbi..semoga Uncle beransur pulih. Dan semoga aunty sekeluarga diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Moga diberkati dunia akhirat, Insya Allah...

    ReplyDelete
  5. Moga uncle cepat sihat dan auntie sekeluarga diberi kekuatan untuk terus menjaga uncle hingga ke full health.

    ReplyDelete
  6. saya doakan moga uncle akan sembuh sepenuhnya nanti..insha Allah
    tabahkan hati ye kak

    ReplyDelete
  7. Doa yang terbaik buat uncle dan untie. Dalam sedih sebagai hambanya redhalah sebagai ubat jiwa.

    ReplyDelete
  8. Salam aunty...

    in shaa allah semoga uncle cepat sembuh....take care aunty.

    ReplyDelete
  9. Semoga suami Nani cepat sembuh serta dapat ke tanah suci.Allah menguji hambaNya dengan bermacam macam sakit demam susah dan payah.Juga semoga dipermudahkan urusan .

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum aunty,
    kuatkan semangat and take care. semoga diberikan kekuatan untuk aunty sekeluarga.

    ReplyDelete
  11. Asm aunty...allahumayassir...semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  12. As Salam aunty... terharu baca.. semoga aunty tabah.. sabar dlm menempuhi dugaan ini.. berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.. Inn Shaa Allah ada hikmahnye..

    ReplyDelete
  13. Semoga uncle akan terus sihat...auntie pon jg kesihatan ye...take care....=_=

    ReplyDelete
  14. Be strong ye aunty and family...Insyaallah dgn kekuatan yg keluarga berikan Uncle akn pulih segera...Aunty pon jaga kesihatan juga ye... ;(

    ReplyDelete
  15. Sedih bace. Uncle tanak smua org susah. Tu sbb die ckp die ok. Saya doakan uncle and aunty diberikan kesihatan dan kekuatan fizikal mental. Insyaallah uncle akan sihat balik seperti sediakala. Semoga Allah permudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  16. as salam auntie, ayah saya diabetic dan pernah kena mild stroke 4 years ago... kalau blh..auntie amalkan ayat ruqyah dan bacakan sebelah uncle... semoga dipermudahkan urusan auntie dan keluarga...inshaallah...

    ReplyDelete
  17. Salam, Aunite, semoga uncle cepat sembuh dan auntie pun jaga diri bebaik tau..

    ReplyDelete
  18. Assalamulaikum Aunty.... semoga Allah permudahkan urusan... take care and speedy recovery for uncle.

    ReplyDelete
  19. Byk2 bersabar ya untie. Allah maha mengetahui.

    ReplyDelete
  20. Allahuakhbar...Izan doakan semoga uncle cepat sembuh & pada auntie semoga tabah menghadapi dugaan dr Allah ini...

    ReplyDelete
  21. Mengalir air mata baca cerita ni. Saya tahu aunty and anak-anak kuat.

    Bab haji saya paling sedih. 2011 ayah dan mak nak pergi haji, dah sampai airport tapi baru tahu kena tipu, saya cakap takpe, tahun depan ada lagi. Tapi rupa-rupanya setahun kemudian ayah meninggal dunia.

    With God willing, uncle will get better.

    ReplyDelete
  22. Assalmualaikum kak nanie..lepas baca entry akak ni baru tahu kisah sebenar..mudah2an suami akak sembuh seperti biasa dan dapat menunaikan fardhu Haji..insyallah

    ReplyDelete
  23. salam, semoga auntie nani dan family tabah dengan ujian ini..amin :(

    ReplyDelete
  24. Salam Aunty Nani...semoga uncle cepat sembuh seperti sediakala...and Aunty tabah yea....

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Puan.. Semoga banyak bersabar dengan ujian ini. Didoakan agar suami puan segera sembuh..

    ReplyDelete
  26. SAlam, Sabar dek, memang payah layan sorang bekas Tentera bila mild stroke/sakit. Sebenarnya ade mobile bedpan (dudok) kat bed. Nurse kna marah gerak patient. Tp tak selesa. Pmpuan diberi Pampers. Ari2 lepas stroke memang tk bg gerak takut gayat nanti jatuh lg parah.jatuh Contol anything naikkan sugar. No tahu manis, kna buat sdri just till level Normal. KM makes hs heart act up! Hoe the cccScan and x-rays positif.
    Sayang, u pun tak rut nk renyah-renyah. Dulu ade Complan tp sekarang dh pulled out. Diet kn jaga get some strawberries (minus milk) buat jus. kalau boleh lenyek avocado dlm bubu!
    Stay Tabah insyaAllah all's well. Main thing, jgn upset him at all. He knows what he's doing.
    I tumpang sayu s facing same problem w my 41yr old heart patient. Kalau larat rebus daun misai kuncing n buat minum harian. among the fastes sugar downer. Or as I do air halba, Buah mengkudu too busuk!
    Gd luck. semoga semboh kembali. Wassalam

    ReplyDelete
  27. Assalammualaikum aunty,
    1st time komen di sini.selalu baca post aunty je. Semoga aunty kuat semangat dan diberi kesihatan yang baik utk jaga uncle di hospital.
    Saya doakan yang terbaik untuk aunty sekeluarga. Jaga diri ye aunty.

    ReplyDelete
  28. aslmlkum untie..moga uncle smbuh cpt..dn d beri kesihatan yg lebi baik dr sblm ni..untie jgn sedih..jgn simpn dlm hati feeling yg sedih trtekan tu..luah kn dgn anak2 or kwn..tp jgn sedih dpn uncle..sy doa kn rezeki untie n.uncle ke tnh suci brsama2..ada masa yg pjg lg kn sblm prgi..klu ada kelebihan bw la ayolsebagai peneman untie n uncle..bt rayuan dkt tbg haji..

    ReplyDelete
  29. Salam. Hope abg disayang has recovered. Bca doa laqadja akum (ayt terakhir Surah Taubah). Sakit itu gangguan syaitan kt Ust. Mudah2an pulih segala anggota lemah. Try buat air Shifa' (google di site Darusshifa).
    Adek ber2 kna pantang seminggu dua yg lazat. All rebus2 ikan sayu & cut all meats (esp beef). air sup2 tulang to kuatkan tenaga die, oats to brg down koles fr arteries. Since he xblh telan blender buat air nd pakai straw.
    Yg paling susah coz of hs high KM, NO rice diet. Beli air Noni (kalau ade jual) cairkan n minum. selamat mencuba! Take care, ye. No more driving alone for him. syukur it happen dpn mata. Wassalam

    ReplyDelete
  30. Auntie Nani...
    Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul...
    Semoga uncle cepat-cepat sembuh dari kesakitannya...Semoga Allah lindungi Auntie Nani, Uncle dan keluarga...Amin...

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum auntie...bergenang air mata mimie bila baca entry nih...terus teringat ayah kat kampung...ayah mimie pun kene mild stroke about 7 years back...2 kali die kene...dari pada sihat walafiat terus terbaring tak larat nak berjalan...cakap pun memang tersekat2...sekarang ayat banyak baring je taknak berjalan hinggakan kaki nyer sudah tidak kuat lagi...pergi hospital mmg tak mau...now and then kerap plak di serang epilepsy....mie doakan semoga uncle bob cepat sembuh...auntie pun kene jaga diri...love u..

    ReplyDelete
  32. Salam auntie.. semoga uncle cepat sembuh. auntie pun jaga diri ek..

    ReplyDelete
  33. salam.muga Allah rahmati auntie...

    ReplyDelete
  34. assalm auntie..smoga tabah...

    ReplyDelete
  35. Salam auntie. Semoga Allah pinjamkan kekuatan pada auntyie sekeluarga menghadapi dugaan ini dan semoga Allah kurniakan kesembuhan pada uncle.

    p/s Auntie sangat tabah....saya sangat kagum. You inspire me a lot.

    ReplyDelete
  36. ASsalam Auntie...baru tahu kisahnya ; camana uncle skrg ni?

    ReplyDelete
  37. Salam aunty, saya jumpa blog aunty through your daughter's blog, peejburhan. Mama saya baru kena mild stroke on 29dec2013. Alhamdulillah sekarang mama saya dah sihat and boleh jalan, berat mata memandang.. Berat lagi bahu memikul. Bersabar la aunty, doa byk2. Jaga org stroke mmg susah and kdg2 buat kita rasa give up and stress tension semua. But kita tau Allah takkan uji hambanya lebih dari kemampuannya.. Insyaallah uncle akan sembuh and sihat walfiat.. Amin.. Stay strong aunty!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...