Followers

Thursday, May 22, 2014

Cucur Bawang Daun Kunyit

Salam

Aamiin


Terjaga dari tidur subuh tadi
Lapar terasa menyengat perut
Mandi dan terus bersolat subuh
Masuk kedapur capai tepung gandum
Hiris bawang besar
Blend cili hidup
Hiris daun kunyit
Telur dua biji dan garam
Gaul semua, lalu goreng
Dapatlah sepinggan
Bancuh nescafe
Inject insulin, dah tak tunggu sesiapa lagi
Bismillah...
Panas2 auntie makan disulami air nescafe
Ya Allah nikmat tak terhingga 


Keletihan semalam belum hilang lagi
Auntie ke TH Perdana di Maju Junction
ambil buku kesihatan apabila dapat surat
Kemudian ke Hospital HAT ambil ubat untuk sebulan
Makan tengah hari berdua dengan P G dikantin 
Bungkuskan uncle mee sup, Noy Laksa dan mee kari utk Pija
Sepanjang aktiviti tu auntie berjalan kaki 
tak pakai kerusi roda, yang ada tu untuk uncle dirumah
Kena cari satu lagi nampaknya  yang ringan dan kecil 
untuk auntie bawa ketanah suci
entahlah kat mana nak beli kerusi roda saperti tu
kenalah bertanya sana sini, farmasi dan mr googles

Kami sampai rumah dah 1:30 tengahari
Ada tetamu dirumah, berdua suami isteri
Blog readers auntie
Noy melayan mereka dengan nescafe kosong
Ishhhh.. ada kek, tapi tak dihidangnya
Seronok berbual, gelak ketawa
tak puas rasanya..
Ghalat betul rasanya
auntie tak dapat nak menjamu makan tengahari
Probably next time..InSyaAllah
Terima Kasih atas kunjungan

Selepas mereka balik, 
auntie layan uncle dengan mee sup untuk makan tengaharinya.
selepas auntie solat zohor
berdesussss..auntie tidur

Sekarang ni dah mengantuk semula
hihihihi cucur bawang daun kunyit punya pukulan
tapi tak nak layan mata untuk tidur
Nak layan kekebun bunga
hikhikhik
kebun bunga konon...

20 comments:

  1. sblm ni buat cucur bawang je...nk kne tmbh daun kunyit lah..msti sedap !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Anis, cubalah...memang sedap

      Delete
  2. belum pernah cuba lagi.Selalu daun bawang,kucai saja.Nak cuba lah.Mest wangi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. CikSon cubalah...
      Nani selalu buat juga guna kucai dan kadang taugeh,

      Delete
  3. Untie kalau Aina turun bawah beli kuih 2 hengget...ahahahaa... Dasar pemalas kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih beli?
      Auntie tak boleh drive, jika boleh dah merata auntie merayap cari makanan hihihihih

      Delete
  4. mohon izin copy paste doa2 dari blog aunty nak publish dlm fb. saya dahulukan terima kasih atas perhatian aunty.

    ReplyDelete
  5. aunty..kalau nak pakai kerusi roda yg ringan dan mudah untuk travel, amikla saya punya buat pakai di tanah suci..saya memang beli yang light weight masa sakit dulu.macam mana nak contact aunty?boleh email saya kat rinanea@yahoo.com ? saya besar hati nak pinjamkan sebab dapat saya tumpang pahala aunty gi buat ibadah.tuan xsampai lagi tanah suci dapat hantar kerusi roda je pun xpe.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terharu dan sayu hati auntie bila CikAlong mahu meminjamkan kerusi roda travelling.
      Kecil tapak tangan nyiru auntie tadahkan. Jutaan terima kasih.
      Nanti auntie email utk kata pasti nak pinjam atau tidak.
      Kata anak auntie, nanti rosak orang punya macam mana? Nak kena ganti sebab memang lasak digunakan disana nanti.

      Delete
    2. aunty..itu semua barang dunia..kalau rosak maknanya mmg dah sampai hayatnya..saya tak kisah dan halal dunia akhirat kalau terjadi camtu..kalau mmg rezeki kita in shaa allah elok la sampai ke malaysia balik..jangan risau k..pls email saya sebab saya tak tau nak contact aunty macam mana.

      Delete
  6. assalamualaikum, auntie.

    semoga auntie dan uncle sentiasa sihat dan diberkati Allah selalu. hopefully jumpa jugak kerusi roda yang sesuai untuk auntie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Wani,

      Aamiin kan doa diatas.

      Delete
  7. Assaammualaikum Aunty.

    Semoga dipermudah urusan Aunty ke Tanah Suci nanti. InsyaAllah, dengan izin Allah SWT Aunty dapat tunaikan haji dengan sempurna.
    Saya doakan Aunty sihat, selamat pergi dan pulang.

    Teringat my MIL dulu ke Tanah Suci few years ago. Dia mmg ada masalah lutut. Alhamdulillah kat sana, dia boleh berjalan sikit. Saya doakan Aunty juga sihat di sana. Semoga sembuh segala sakit Aunty. Amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Shada,

      Aamiin doa diatas
      Disana nanti harap auntie sihat utk menunaikan fardhu haji.

      Delete
  8. wow.. memang terbaikk auntie.. makan time sarapan ke.. makan time petang ker memang bestt.. dapat nie.. memang nasi saya tak pandang dah.. hehehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Shima Zahar
      Auntie sehari suntuk tak makan nasi. Terasa kenyang dan puas. hihihi

      Delete
  9. wow aunty, idea ni..cucur daun kunyit..nk try nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Capt Lalok, sedap tau..

      Delete
  10. MESTI WANGI LETAK DAUN KUNYIT KAN?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...