Followers

Sunday, May 18, 2014

Casio Watch - Your Trusted Brand



Majoriti individu berpendapat bahawa seutas jam tangan merupakan aksesori yang terpenting dan wajib dimiliki oleh setiap orang. 
Selain berfungsi sebagai aksesori, jam tangan juga merupakan simbol yang mencerminkan kepada personaliti dan latar belakang si pemakai. 
Kebanyakkan individu juga berpendapat bahawa pembelian jam tangan merupakan sebuah bentuk pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan. 
Tidak dinafikan, anda kini disogokkan dengan pelbagai pilihan jam tangan yang menarik dan berkualiti tinggi daripada barisan jenama tempatan dan antarabangsa yang terkemuka. 
Salah satu koleksi jam tangan yang terbaik dan paling digemari ramai sejak dahulu lagi adalah Casio Watch

Jadi, adakah anda merupakan salah seorang penggemar jenama Casio atau mungkin berhajat untuk memiliki seutas jam tangan daripada Casio? 
Jika ya, ini merupakan entri khas untuk semua penggemar Casio dimana kita akan berkongsi sedikit informasi mengenai koleksi jam tangan yang dikeluarkan oleh jenama ini.



Jam tangan chronograph bertali besi atau stainless steel ini merupakan pilihan utama hampir setiap lelaki yang sentiasa inginkan penampilan yang elegan dan bergaya macho. 
Ia sesuai untuk dijadikan aksesori utama apabila anda ingin menghadiri majlis-majlis rasmi atau ke acara istimewa.




Ini pula jam tangan analogue bertali kulit yang merupakan pilihan ideal bagi mereka yang sukakan gaya klasik yang ringkas. 
Seperti jam tangan chronograph bertali besi, jam jenis ini juga sesuai untuk digayakan kemajlis-majlis formal.


Gambar berikut pula adalah gaya klasik jam tangan digital daripada Casio bertali silikon. 
Jam tangan ini sesuai digayakan oleh mereka yang menggemari gaya kasual. 

Suka diingatkan bahawa, Casio amat terkenal kerana kualiti jam tangan yang terbaik dan tahan lama.

Menarik bukan? Jenama dari Jepun ini telah banyak melakar kejayaan dengan sentiasa membawakan koleksi jam tangan yang terbaik kepasaran dunia. 
Layari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga jika anda mengidamkan seutas jam tangan daripada Casio untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi atau hadiah untuk yang tersayang!

6 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Masa sekolah dulu, ayah pernah hadiahkan jam tangan casio...guna hingga dah kerja. Tukar bateri dan tali je, hingga akhirnya mati terus

    ReplyDelete
  2. Tak boleh dinafikan,Casio mmg tahan lasak

    ReplyDelete
  3. Casio memang terbaik! dan memang betul tu aunty..jam melambangkan peribadi seseorang..

    Entri Terbaru: Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 1 (Perth Domestic Terminal - Perth City)

    ReplyDelete
  4. casio juga menggamit memori waktu persekolahan. jam yang simple tetapi tetap menarik.

    ReplyDelete
  5. yeahhh.. saya pun suka pakai Casio... <3

    ReplyDelete
  6. Dizaman sebelum Casio muncul, Rolex dan Omega lah kebanggaan - era Rolls Royce dan Jaguar.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...