Followers

Wednesday, April 2, 2014

Selera Ringan

Ermmm...
Pagi ni auntie breakfast
Telur rebus separuh masak
Sekeping roti gardenia
Satu mug nescafe
Uncle pun makan yg sama
Cuma air uncle forever milo
Masa tu pukul 7:15 pagi

Sambil makan, auntie kata nak kepasar tani
Ditaman seberang jalan
Auntie memang jarang kesitu
Hari nak kesana sebab nak cari ikan
Dah terputus stok dalam peti sejuk

Pukul 8 ++ kami kesitu
Gerai ikan pertama, tak banyak pilihan
Bekas2 ikan banyak dah kosong
Berjalanlah auntie sambil berpimpin
Kegerai yang kedua
Alhamdulillah, auntie dapat beli
Ikan bawal hitam, tenggiri, ikan merah dan sotong
Sayur bendi, terung, tomato, cili hijau, daun sup dan tempe
Sebagai tambahan sayur dalam peti sejuk
Cukuplah sampai hari sabtu ni

Mata ternampak gerai nasi lemak
Tersedik dihati nak makan kuih muih
Auntie hanya memilih dua jenis saja


Apam gandum dan sago
Cukuplah untuk uncle dan auntie 
Kebelakangan ni, auntie berselera ringan
Adalah baiknya juga, hihihi

Apam beras tu kena makan pelan2
Melekat dilangit2, kena tolak2 dengan lidah
Sago licin, no problem, kunyah2 sikit terus je masuk tekak
Yea, bila dah berumur
Tekak jadi sempit tau
Dulu auntie selalu marah arwah mak, malah uncle pun
Bila mereka tercekik, auntie akan kata
Cuba makan pelan2, janganlah polok2
Sampai tercekik
Hihihi sekarang baru auntie tahu
Muscle tekak dah lemah bagi orang tua
Dah kembali macam baby
Nak kena makan benda2 lembut

Auntie masih bergigi asal
Makan daging tiada masaalah
Alhamdulillah, auntie memang jenis rajin gosok gigi
Dan setiap tahun jumpa doktor gigi, dari muda gitu
Ni dah due untuk ke dentist, rasanya dah ada yg berlubang
Reput tulang dan gigi bila dah berumur huhuhu
Bila nak pergiiiii?
Entahlah ikut gerak uncle
Dia nak bawa, auntie bersedia ikut
Dia tak nak bawak, auntie tungguuuu
Payah betul, bila tak mampu memandu
Banyak perkara pending2





 

8 comments:

  1. Saya juga masih belum bergigi palsu walaupun geraham banyak yang dah tiada... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risaulah suatu hari nanti akan bergigi pelesu...huhuhu

      Delete
  2. apam tu peberettttt... sedapnye...

    ReplyDelete
  3. mak saya bila makan selalu tercekik. dia selalu cakap tekak mak dah sempit. saya cakap mak makan gelojoh sgt kot. tak..tekak mak dah sempit. mak cakap dulu diapun cakap benda yg sama pada mak dia (opah saya) dan sekarang benda tu berlaku kat dia. mak cakap..satu hari nanti benda yg sama akan berlaku kat saya..tak pe saya kata redho jer la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, bila dah tua memang banyak perubahan berlaku...huhuhu

      Delete
  4. Romantiknya aunty & uncle berpimpin di pasar.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee, tak da maknanya beromantika, sebenarnya auntie dah tak kuat berjalan maka uncle pimpinlah..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...