Followers

Thursday, April 10, 2014

Lauk Hari Ini Mengancam

Hari ni mak rasa macam nak demam
Tapi suhu badan tak panas
Mungkin sarap mak penat
Jadi papa tak bagi puasa
Di sarankan makan ubat

Ke dapurlah mak, tapi lambat sikit
Siap masak pukul 1:30 dah lewati waktu zohor
Masak dengan tadahan air dari bekas tong baru
Senang mak ceduk2, takyah bongkok2 lagi
Alhamdulillah

Ermmm...lauk mak hari ni


Rendang ayam


Telur dadar 
sup kobis + salad + daun bawang dan daun sup
Sedap betul hirup2
Meh,  mak ajar buat sup sayur express
Rebus air dalam periuk
Campak jer seketul kuib ikan bilis 
Boleh juga pakai kiub ayam
Mak sentiasa ada stok2 ikan bilis dan ayam
sedikit serbuk lada hitam dan garam
Dah melegak, campak jer sayur2
Gunalah sayur apa pun
Memang sedap
Kan express tu, takyah pakai bawang2 dan minyak menumis
Bagus untuk orang yang berdiet dan orang2 yg suka hirup2
Done hihihi


Ikan Pekasam Kedah dan hirisan limau 
Punyalah sedap serdak2 beras goreng tu
Aduhai, ikan pekasam hanya boleh dapat di
Alor Star, Kedah
Ini pun readers auntie yang bagi
Tinggal seketul jer dalam peti sejuk
Dalam bekas ikan pekasam tu
Ada ikan sepat dan ikan puyu
Dua2 sedap, kata readers mak
Makciknya buat sendiri
Memang terbaiklah rasanya, semua ahli keluarga suka
Pada yang tak pernah makan ikan pekasam
Cuba lah beli jika sampai diKedah

Hari ni pencucu mulut, buah nenas


Manis Nenas ini

Hati rasa nak bakar bengkang tepung beras
Nengoklah jika rajin mak buat petang2 nanti
Buat garing2 sikit, berebut dengan anak2
Tapi abam jubah tak ada ni
Dia ada kerja sikit diPulau Pinang selama 2 hari
Mak rindu kat dia, setiap kali dia tak ada
Esok malam InShaaAllah, baliklah

28 comments:

  1. alaa sian nye aunty.. ujung bulan ni kalau takde aral saya balik sana.. nanti saya bawak untuk aunty tau.. stok pekasam mmg kena ada dalam peti ais.. takde lauk mmg itu je pun dah selera.. tapi saya goreng dengan bawang hiris ngan cili padi hiris serong jugak.. alahai mmg tak pandang benda lain dah... laparrr.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuhuhu jangan susah2 chuya, Haah, auntie memang selalu goreng cam gitu, tapi disebabkan ada rendang, rendang auntie banyak pakai bawang maka auntie kurangkan kegunaan bawang dipakasam pula, nanti bau badan macam bangla, susahlah...hahahahaha

      Delete
  2. suker rendang ayam... sedapnyeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang selalu juga mak buat rendang, tak yah tunggu raya dah tak sabar nak makan..hihihihi

      Delete
  3. wahhhhh...mak sedapnyer la rendang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentu dear sweet, rendang favourite seisi keluarga.

      Delete
  4. sama macam @chuya juga. tapi saya goreng ikan pekasam dulu dan ketepikan. pastu hiris bawang dan cili padi goreng hingga naik bau lepas tu baru campurkan sekali dengan ikan pekasam tadi. sebelum makan perahkan sikit limau sedkiti. makan pula dengan naik panas-panas, tak pandang kiri kanan dah.

    dekat pasar kebiasaannya ada jual ikan pekasam ni aunty. area tanjung karang sampai la teluk intan tak salah saya ada juga orang jual ikan pekasam sebab sana area sawah padi kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, selalunya auntie goreng dengan bawang dan cili api, tapi disebabkan rendang tu dah banyak guna bawang, maka auntie bogelkan pekasam tu..hihihihi

      Memang pekasam makanan orang2 yang mengerjakan sawah sbb ikan sepat dan puyu mudah ditanggok.

      Delete
  5. assalamualaikum auntie.

    sedapnyaaa. rendang ayam memang salah satu favourite sy. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh wani,

      Ayam rendang memang sedapkan wani? Tak yah tunggu raya, bila teringin jer auntie buat..

      Delete
  6. best resepi yang aunty share tu. will do it when have the chance.bengkang tepung beras tu macam mana aunty? boleh tunjukkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cepat dan elok utk kesihatan, gitulah sup sayur auntie.

      Nanti suatu hari auntie buat, auntie tunjukkan. Petang tu, malas sampai larut petang, tak jadi buat..hahahahaha

      Delete
  7. suka bila auntie bahasakan diri as 'mak'. rasa close gitu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheheh tulah pasal, rasa tiada gap auntie penulis dan pembaca.

      Delete
  8. Hi Auntie Nani...takde air pun Auntie boleh masak yang sedap-sedap...rendang tu fav tau...
    Auntie, saya tak pernah rasa lagi ikan pekasam..tak pernah cuba walaupun kat rumah selalu je ada stok...nanti-nanti nak cubalah..hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes dear Sue,

      Air tak de dipili, tapi ceduk2lah kita utk masak memasak tanpa halangan..hihihihi

      Aaasal tak pernah rasa pekasam? Cubalah, sedap tau

      Delete
  9. Ada pekasam.Ada sambal macang
    Lain lain lauk dah tak pandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahhhhhh...mana nak cari sambal macang ni?? Dah lama betul tak makan huhuhuhu

      Delete
  10. wah sedapnya menu mak hari ini. yang simple tu memang best senang dimasak dan cepat dimakan. Terima kasih mak.

    ReplyDelete
  11. salam auntie.. hehehehehe.. sup sayur auntie sangat menarik... alamak.. resepi kita sama.. gitu laa caranyaa kalau malas nak kupas bawang. eheheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Shima,

      Sebenar rebus2 gitu tanpa minyak menumis, memang elok hihihihi

      Delete
  12. Rajinnya kak Nanie. Walaupun campak2 je, tapi tetqp sedap. Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak makan kakcik, terpaksalah kedapur.
      Haah campak2 jer masakkan akak setelah berpuluh tahun kedapur..hihihi

      Delete
  13. Salam kak Nanie
    Makchaq sentiasa ada stok pekasam kat rumah. + bawang besaq, cabai melaka&daun kunyit racik.. goreng sekali... memang heaven...
    Sop kobis style kakNanie pun favourite kami sekeluarga jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali makchaq,

      Bestnya simpan stok pekasam. Haah, selalu akak goreng dengan bawang dan cili api tapi tak pernah hiris daun kunyit, wah boleh cuba nih. TQ sharing benda baru.

      Delete
  14. Bali nanti nak masak sup kubis macam tu jugaklah pas tu tambah bebola ikan utk anak2.

    ReplyDelete
  15. simple jer resipi sup sayur campak2 tu hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...