Followers

Tuesday, April 22, 2014

Cerita2 Kosong Pagi Selasa

Pagi ini auntie sarapan kering aja
Sekeping roti dan serunding daging yang adik auntie bagi
Air teh tarik satu mug
Alhamdulillah, rezeki sarapan pagi ni



Esok jadual tiada air
Aduhai, terkejar kejar dengan kerja2 rumah
Membasuh baju dan bahan utk masak tengahari
Hanya tinggal nak ampai baju2 jer
Kul 11:30 nanti kedapur masak utk tengahari
Ermmm.. Walaupun penat, auntie tidak boleh merungut
Sebab inilah rencana kehidupan buat auntie setelah pencen
Penat dengan kerja2 rumah, tapi auntie bersyukur
'Hati' tenang

Masa berkerjaya dulu lain penatnya 
Mengejar date line, kena memikirkan target sales
Mengadap boss dan perangai staff2
Juga penampilan diri setiap hari
Penat ooooo stress diopis 8 jam
Dan dirumah sepatutnya rehat tapi
Fikiran tidak rehat kadangkala terbawa dalam mimpi
Alhamdulillah...sekarang lega sudah

Oh yea, auntie tadi keluar gate depan rumah
Mulanya jengok dari dalam, pokok mulberries auntie
Dah tinggi menjulang, walaupun telah dicantas
Sehingga kontot tiga bulan yang lalu


Auntie keluar gate dengan sebilah cutter dan trim yg rendah2


Bakul kuning tu nak buat apa?
Hihihi auntie nak petik pucuk2 daun ni


Auntie nak celur dan masak lemak cili api dengan udang
Sebagai ganti pucuk ubi
Dah celur pun...
Ada sapa2 berhajat nak nengok lemak cili api daun mulberries?
Kalau ada auntie ambil pic
jika tidak auntie makan terus sampai habis..

Oppsss....Berhenti bercerita dulu
Nak ampai baju, lepas tu solat duha
Ada mood auntie sambung citer lagi
Pada yang bekerja, haipppp jangan leka dilaman sosial ni hihihihi

23 comments:

  1. Wah boleh buat masak lemak ya Kak? Mesti sedap. Tambahan lagi kalau ada sambal belacan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak buat sambal belacan, sebab masak lemak ni dah cukup pedas

      Delete
  2. salam auntie..
    saya pun sarapan roti jerk.. campur marjerin dan gula.. old school style.. hehehe
    first time saya dengar nie auntie.. pucuk mulberries nie.. nnt auntie upload ek.. dkt intagram.. heheh
    auntie nak resepi laksa goreng.. teringin plak .. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Shima,

      Makan roti macam gitu kegemaran uncle, auntie tak berani lagi mkn macam tu sejak dah ada kencing manis huhuhuhu

      Yealah, nanti upload gambar tu

      Auntie dah buatkan resepi laksa goreng tu..cubalah

      Delete
  3. nak tengok masak lemak cili api mulberries!!!ambil gambar dulu yea sebelum habiskan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehehe yealah, nanti auntie uploadkan gambar masak lemak mulberries udang tu

      Delete
  4. oh..boleh buat ulam ye daun mulberry tu?

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Feeling free from stress of coz

      Delete
  6. Assalamualaikum auntie...sedap ke pucuk malbery tu? sb sy pun baru cantas n pucuk baru dah keluar. kalau sedap nak cuba lah...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Haslinda, rasa macam pucuk labu masak lemak, lembut je

      Delete
  7. salam auntie nani...xtau pulak pucuk mulberi boleh wat sayor. x silap ari tu auntie penah share khasiat daun mulberi ni kan, tp saye dah x ingat huhu. cemane rase die agaknye ye? auntie amik gambo masak lemak tu share kt blog plsss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Detyd,

      hehehehe rasanya macam pucuk labu masak lemak, lembut dan sedap.
      Anak auntie noy suka, sedap kata nya

      Delete
  8. sila snap dulu gambar sebelum bedal bagi habis ye auntie ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wokey my dear, auntie akan ingat sebelum bedal..hihihihi

      Delete
  9. Assalamualaikum,
    catuan air buatkan hidup jadi tak menentu.
    moga auntie sentiasa sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam anyss,

      Sebelum jawap, auntie rindu kat celoteh anyss difbook tau, harap anyss dah sihat spt sediakala.
      Betul anyss, catuan ni buat auntie bertambah sakit badan..huhuhu
      Terima kasih atas doa kesihatan auntie. Aamiin

      Delete
  10. Bila air tak ada double penat kan untie. Balik kerja nak basuh baju bagai lepas tu nak bekejar penuhkan tong2 dan botol2 dengan air pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul JunAina, memang bertambah penat untuk menyediakan masakkan harian.

      Mengisi air, uncle yang buat, sian dia.

      Delete
  11. wahh...pasti sedap pucuk mulberry....kelasss..siap masak lemak lagik...kite tunggu gambo masak lemak auntie

    ReplyDelete
  12. auntie...sy ada tanam juga pokok mulberry ni..xtau pun leh buat masak lemak..leh cuba pasni..hehe...jemput singgah ke blog sy auntie.. =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...