Followers

Monday, April 7, 2014

Air Oh Air

Hari ni hari kedua tiada air dirumah auntie
Inilah kali pertama auntie lalui sejak catuan berlaku
Simpanan air untuk dua hari tak mencukupi 
Auntie mintakkan anak belikan tong lagi tadi
Susah betul tiada air dipili
Membasuh bahan2 masakkan dan pinggan mangkok
Jadi bebanan bagi auntie, apa tak nya, kena ceduk2
setiap kali..huhuhu

Teringat pula pengalaman masa silam, ingat2 lupa gitu
Masa auntie sekolah rendah
Auntie pernah tidur dirumah bibik arwah auntie ketika cuti sekolah
Auntie ni jenis pantang orang pelawa kemana2 masa cuti
Nak saja ikut, arwah mak dan arwah abah bagilah pulak

Memang pengalaman yang manis bagi auntie
Rumah kampung yang tiada pili
Buang air besar pun disemak
Sebab auntie taknak masuk dalam bilik 'khas' hihihi
Bercuci dilombong dibelakang rumahnya
Membasuh pinggan mangkok dari pasu
Yg terletak dipelantar kayu bahagian belakang rumah
Kayu2 yg dah reput, susunan kayu yg boleh nampak tanah dibawahnya
Bila malam auntie nak buang air kecil, memang takut sebab gelap
tiada elektrik juga..pelita ayam dibawa bersama 
Pasu dipelantar tu, mesti dipenuhi air setiap hari
Berangkut dari lombong atau perigi, auntie tak pasti, dah lupa
Gitulah susahnya jika tiada pili
Tapi hidup juga orang w/pun cara yg susah

Ermmm... Auntie masak sup ayam aja hari ni
Jadilah untuk hari ini


Jap2 lagi nak lipat melipat
Bukan baju tau..
Plastik2 yg selalu dapat dari pasaraya bila membeli groceries
Hihihi... Uncle selalu main sumbat jer dalam laci kabinet
Hari ni auntie terajin memunggah


Kena ambil kipas table sebiji
Hala kat badan, baru sedap melipat 
Hahahaha

Jumpa lagi di next n3 dengan izinNya
InShaaAllah....






12 comments:

  1. masa membesar,dikampung tak ada air paip.jenuh karau tali timba.Bila telaga kering,jenuh lenguh tangan bawa air dari tepi bukit...Life is hard.Tapi la ni orang bandar pula kena hidup susah macam org dulu.terkesan bila tengok gambar perempuan junjung timba naik tangga flat.Kesiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, yang kesian pada penduduk yang tinggal dirumah pangsa, warga emas especially, macam manalah agaknya kesihatan mereka selepas mengangkut air.

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    petang ni niatnya nak masak sup ayam, tak sangka pula rupanya menu kita sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam anyss,

      Yeay, sup ayam juga? Samalah kita, hirup menghirup..hihihi

      Delete
  3. rajin betul aunty melipat plastik bag,saya tak berapa nak rajin =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah rajin sangat, penuh dah laci kabinet tu, bila lipat baru ada space

      Delete
  4. Salam kak nanie
    Samalah kita ..
    Kawasan rumah saya pun tiada air sejak ahad lepas
    Kak nanie lagi cekap, dlm pada takda air masih sempat masak....
    Saya awal2 dah gantung kuali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Rahmah,

      hehehehe cekap ke hapanya Rahmah? Akak lapar terpaksa masak ler.
      Bukan ada sesiapa nak belikan lauk, semua kerja.
      Abg Bob pula,memang dia pun tak kuasa keluar.
      Jika akak boleh drive, akak pun nak gantung kuali
      dan simpan periuk..hihihihi

      Delete
  5. Salam, pretty lady, jgn strain sgt air takde, dulu tak pernah gini so when kena Sunday ingat cukup beberapa tong besar for 3 adults & 4 cucu. harap. So today dh ade semula, mak datuk, macam kopi pekat yg mula-mula keluar. Tapis dgn lampin jdi kuning.
    Selera tngok sup u. My part-time aja lipat bentuk lopes so dpt simpan banyak buat buang sampah. Now bolot air kna simpan juga, cucu bwk keskolah. Tak pandai pakai wipes. Hope u cati all your yummy recipes!
    My son 41 masuk wad again (undergone valve transplant bck in 2004). Tak pantang obese n smoking jg. So tangan sendiri punah! Tdi x-ray tomorrow angio.
    NOT that happy coz ade risiko but banking on his youth. U please jaga, nk baca nukilan you.
    Brother Blogger Bernard `Zorro unMasked passed away fr prostate cancer n another activist, Irene Fernandez of heart complications.
    Heart, the no spare part organ, ceria selalu jgn stress n jgn simpan dlam hati!
    Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali,

      Wahhh..pretty lady? Yea ker? hehehehehe dah kembang kuncup ni..
      Amboi, rajinnya menapis air dengan lampin, nani biarkan air tu mencurah2 keluarkan segala air karat hingga jernih, barulah nani tadah dalam bekas.

      Gitulah juga my hubby, buat bypass year 2005, just after three months dia sambung merokok sampailah sekarang. Ermmm..tak leh nak kata apa, katanya susah nak berhenti.

      Takziah utk blogger Bernard.

      Jika stress jangan simpan dalam hati, nak simpan dimana yo?
      Boleh simpan dalam peti? Memang banyak yang nani nak masukkan hihihihi

      Aalaikumsalam.

      Delete
  6. assalamualaikum, auntie.

    alhamdulillah setakat ni kat putrajaya tak ada catuan air lagi. tapi kalau balik ke rumah parents di shah alam, merasa jugaklah cuci pinggan mangkuk guna air dari baldi/tong. haha. semoga air akan kembali ada sebab banyak kali dah hujan lebat turun sekarang. tinggal nak kena rawat air tu je kat empangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam wani,

      Wah, lucky you tinggal kawasan yang tidak terlibat dengan catuan air.
      Auntie pun harap2 gitulah, catuan hanya untuk bulan April ni saja..huhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...