Followers

Monday, March 3, 2014

Pemberian Dari Alor Star

Ada lagi yg bermurah hati
Bagi makanan kat auntie dari pembaca yg tak dikenali
Kenapa ek? Sebab sayang auntie lah tu
Sebab mungkin auntie sebaya mak2 mereka
Alhamdulillah, Allah membuka hati untuk
Menyanyangi auntie
Barang2 Alor Star katanya



Ikan Sepat Pekasam
Semalam auntie goreng makan dengan nasi panas2
Ya Allah punya lah sedap
Auntie makan dengan sedu
Sebab teringat kat arwah mak auntie
Jika arwah ada, memang pekasam favi dia
Terbayang auntie makan bersama arwah
Alfatihah


Bahulu 
Tak saperti bahulu moden yg auntie selalu beli di JJ tu
Bahulu yang ni bahulu kampung yg masak cara lama
Api atas bawah, bakar guna sabut kelapa
Macam mana auntie tahu?
Bila makan boleh terasa bau asapnya
Aduhai rindu betul bahulu ni, dah lama betul tak makan
Memang payah nak dapat sekarang



Belimbing

Auntie buatkan jeruk
Buat jeruk belimbing, arwah mak mertua auntie ajar
Bila dah dua tiga hari
Makan dengan cili api dan hirisan bawang
Pekasam dengan jeruk belimbing 
Kus semangat makan tak hingat donia
Hihihi

Tq Chuya Sham
Moga kasih dan sayang berpanjangan



Macamana lah auntie nak balas setiap pemberian readers?
Auntie hanya boleh doakan
Allah lipat ganda rezeki mereka, berilah mereka rahmatNya
Aamiin



22 comments:

  1. ohoi..ikan pekasam kedah sedap tuh
    makan bertambah tak ingat
    ramai syg auntie nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihih betui Irfa, auntie makan berselera

      Delete
  2. Alhamdulillah..murah rezki auntie kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, syukur rezeki auntie

      Delete
  3. hrmmmm.. sedapnya baca, belom makan lagi tuh, tertelan-telan ailio ni ha.. aunty meh nak sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi Brenito duduk mana? Auntie diKl buley aja mkn dengan auntie, nak sikit tak bolehlah sebab auntie pun susah dapat hahaha

      Delete
  4. ..murah rezeki auntie. ramai yg sayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Ai, Allah hantar rezeki makanan yg sedap2 melalui readers auntie. Alhamdulillah

      Delete
  5. ikan pekasam.. harum serumah..
    tp sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memeng sedap bau nya, apatah lagi bila makan

      Delete
  6. auntie.... please share mcm mana buat jeruk belimbing tu.... tak pernah tau lak boleh buat jeruk... nak kena try ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya pernah auntie share buat jeruk belimbing ni.
      Kena punggah n3 lama

      Delete
  7. smg terus murah rezeki aunty

    ReplyDelete
  8. Untie ikan pekasam goreng makan dengan pulut kukus dan kelapa sedappppp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow itu orang makan tepi sawah macam tu.
      Sedappppp

      Delete
  9. Auntie.. macam mana nak buat jeruk belimbing. Teringin nak buat. Tapai x pandai. LUv u Auntie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti auntie cuba punggah n3 lama jika tiada auntie buat n3 baru. InShaaAllah norliza

      Delete
  10. perh!!! ikan pekasam...mmg favourite tu...betul tu auntie goreng ikan pekasam ni & makan dgn nasi panas mmg superb, nak pulak perah dgn limau kasturi fuuuhhhh...mak mentua lalu sebelah pun tak perasan...hehehe
    semoga auntie sekeluarga terus dimurahkan rezeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin kan dulu doa
      Hihihi ikan pekasam memang best dan terbaikkk

      Delete
  11. Ikan perkasam tu goreng dgn cili bawang perah asam limau..ni pun dh tertelan2 air liur membayangkan mkn ikan perkasam dgn nasi panas2. Ada kwn opis tolong belikan tapi tertinggal dlm fridge kat opis. Kalau tak mau sekarang jugak saya masak hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh bestnya boleh kirim2. Auntie tiada sapa nak dikirim2 kan huhuhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...