THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, March 18, 2014

Makanan Dan Pakaian Rezeki Ku


Dr Jonet datang dgn ayah dan ibunya
Bersama dua adik2nya hujung minggu sudah
Mereka baru balik dari majlis akikah dan cukur jambul cucu
dirumah besan mereka.
Ada dibawanya makanan untuk auntie
Wahhhh...sedap kemain lagi
Talam ubi buatan ibu Dr Jonet
Meranalah auntie sebab bertanya
Berapa seloyang jika auntie nak order
Dia tak buat untuk menjual...huhuhu



Pulut Kuning
Aduhai memang favi auntie
Boleh kepal2 makan kosong gitu saja


Kari kambing
Meletop pedas, pekat dan likat
Fuhhhh.. Tak guna citer


Tapi auntie takut nak makan banyak
Walaupun ketiga2 makanan ni
Memang kegemaran auntie
Almaklumlah, ada darah tinggi dan kencing manis
Memang nak cari pasal jika makan berlebihan

Kami berbual mesra petang tu
Gembira auntie bila tahu Dr Jonet akan belajar lagi 
Untuk jadi doktor pakar
Pakar apa? Ehhh auntie tak perasan pula
Selamat belajar yea Jonet
Auntie tumpang gembira ada anak angkat
Yang dikenali dari umur 13 tahun masih
Berhubung mesra dengan auntie sekeluarga
Well done doc

Rezeki makanan memang sentiasa datang dari
Kawan2, jiran dan readers yg tak dikenali

Rezeki pakaian pun gitu
Ada readers kirim melalui anak auntie
Shawl bawal, love the colours
Tq so much for remembering your auntie here


Ya Allah, hamba mu amat bersyukur
Akan rezeki ku yg tidak putus2 dari MU
Yang dikirim melalui hati2 yang amat murni
Limpahilah rahmat mu kpd mereka
Aamiin




3 comments:

  1. Hi...tak tau nak panggil aunty ke kakak ni..hikhikkk sebab adik aunty, Saadiah was my ex ofc mate. Saya n mak saya selama ni silent readers jek. Kami suka baca citer aunty yang lama2 tu..another thing saya ada sorang kawan yang rupa dia sebijik macam aunty. Tiap pagi tengok dia reminds me of u. Hope aunty sentiasa sihat & boleh buat posting selalu. Mak saya kalo ke kl selalu ajak ziarah aunty tapi kami malu lah..lagi pun tak tau mana nak cari rumah aunty!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Shikin,

      Panggil auntie lah lebih selesa.
      Ohhh Memang Saadiah adik kandung auntie.
      Wah rupa auntie ada pelanduk dua serupa pulak hihih

      Jika Mak Shikin datang KL, sila bagitahulah melalui email.
      Nanti bolehlah auntie bagikan address auntie. Nak malu apa?
      Menjalinkan ukhwah gitu.

      Terima kasih atas doa kesihatan auntie.

      Delete
    2. Terima kasih bagi green light. Nanti saya emel aunty. Mesti mak suka!

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...