Followers

Sunday, March 30, 2014

Majlis Perkahwinan Di Sanglang, Kedah

Semalam Abam Jubah ke majlis perkahwinan
Opismate perempuan Fatin Nabila
Di Sanglang, Kedah 
Dia kesana dengan menaiki kenderaan van Jabatannya beramai2
Gambar dari fbook kepunyaan salah sorang kawan abam jubah





Aduhai, abam jubah sampai rumah dah hampir 2 pagi
Kesian, jauh betul perjalanan balik hari
Hari ni auntie tak masak
Sebab abam jubah bawak balik dua bungkus besar
Laksa Kuala Perlis



Auntie panaskan kuahnya
Celur air panas laksa beras tu

Terbaik betul rasa kuahnya
Pekat, cukup asam garamnya
Serupa macam masak sendiri
Alhamdulillah

Sambil makan itu, auntie bertanya
Cantik kan? Pemandangan bendang yg terbentang sepanjang jalan
Mama pernah pergi Sanglang ker?
Pernah, mama naik bas mlm dan sampai subuh disana
Masa balik siang, jadi mama nampaklah hamparan emas terbentang
Masa tu opismate mama kawin 
Kata auntie
Tapi sayang mama, sawah kering kontang, musim kemarau ni
Kata abam jubah
P G tanya auntie
Kampung mama kat mana?
Ohhh..arwah mak kandung mama dari Junjung
Kata auntie
Junjung kat Kulim
Disana tak ada sawah, semua kebanyakkannya ada
Ladang getah, pencarian mereka menoreh
Mama pernah bercuti sekolah dengan atok mama disana
Seronok sangat, mereka masak guna dapur kayu
Pedih2 mata mama sebab belajar nyalakan api
Tiup2 gunakan batang paip, ketika itu
Memori indah...

15 comments:

  1. oit ada laksa tak habaq

    ReplyDelete
  2. salam untie..sy smpat merasa pglmn memasak guna kayu api..d kampung..bla cuti skola mmg sy suka d antar bercuti di kampung..masak guna kayu api..dan tiup guna batang buluh kecik..mcm btg paip la bsr nya..brhabuk..mula2 x pndai..tiup x btl..brterbangan abu kayu..hihik..nostalgia sungguh..zmn kanak2 saya..dlu2 nenek2 sy x suk aguna dapur gas..even dah d sediakn..dia tetap degil nak msk guna kayu api..tp sedap la msk guna kayu api..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali QHQ,
      Memang betul, masak dengan kayu api rasa berbeza. Dah tu pakai belanga tanah, huishhhh
      memang power ranger lah..hihihihi

      Delete
  3. Junjung Kulim...saya dok di kulim...mai lah berjalan kulim....kulim dah jauh berubah auntie...skang nih dah ader hi-tech park...pasti auntie terkejut kalu mai sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe entah bilalah nak sampai Junjung.
      Sudah tentu ada pembaharuan setelah 45 tahun berlalu
      Auntie dah tak sihat untuk berjalan jauh lagi...

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    masa kecik2 dulu, saya pun ada pengalaman masak guna dapur kayu. Masak nasi memang mencabar kan, salah kawal api nasi jadi mentah2. Sekarang ni ada rice cooker, tak reti masak nasi lagi tak tahulah hu hu h uhu

    sampai sekarang kat kg tu masih ada dapur kayu walaupun tak guna sangat. penuh nostalgia...kalau masak, muka penuh dengan arang hu huhu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam anyss,
      hehehehe masak nasi atas dapur gas, tiada masaalah bagi auntie tapi atas api kayu belum tentu lagi, memang kena pandai kawal api.

      Ohhhh dapur kayu tu, mek standby nak masak memasak masa raya kot.

      Delete
  5. auntie......seronok baca pengalaman auntie, saya doakan auntie terus sihat utk menulis di blog...love u auntie...

    ReplyDelete
  6. saya dok di kulim..asai pun dari kulim..laksa sana memang sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh yea ker? Dah berzaman auntie tak kesana.

      Memang sedap laksa sana

      Delete
  7. assalamualaikum auntie.

    terliur tengok laksa tu. tak pernah rasa laksa kuala perlis, tapi laksa langkawi pernah rasa. memang sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auntie pulak bila keLangkawi lupa nak mkn laksa hihihi

      Delete
    2. laksa langkawi tu dekat je dengan airport. kalau lalu jalan airport ada kat tepi jalan. ataupun kat dataran helang pun ada. :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...