THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Sunday, March 16, 2014

Selamat Hari Lahir Anakku

Cepat masa berlalu
uncle dan auntie bersama dah hampir 38 tahun
anak pertama kami lahir disambut dengan kegembiraan
kerana dialah cucu pertama untuk
arwah abah dan arwah mak auntie

13/3/14 Sudah pun berumur 35 tahun
berpelukkan uncle dan auntie
semasa uncle menghantar sms ucapan selamat hari lahir
pada abam jubah
auntie cenggeng saperti biasa
meleleh air mata, betapa sayangnya auntie
pada anak sulung kami yang soleh dan tinggi kesabarannya
Alhamdulillah

Selamat hari jadi anakku Khairul Zairie
Mama dan Papa doakan bahagia meniti hidup mu
Sabar, Yakin dan Redha jadi peneman hidup mu
Mohonlah bahagia dunia dan akhirat
Berserah pada Allah
DIAlah Maha Mengetahui akan rencana hidup mu

Siapa yang menganiayai kehidupan mu
Biarlah Allah saja yang menghukum
Diri mu pula
Jangan lupa Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat
Ilmu tertinggi, peganglah kuat2

Suka duka, manis pahit yang bersilih ganti
adalah ujian kehidupan, harungilah dengan redha
yang paling hampir adalah kematian
tiada siapa yang akan menemani mu ketika itu

Selepas magrib kami anak beranak berkumpul
Kami tak beli kek sebab selalu benar tak habis
Order pizza tapi Ayol tak balik2 dari pejabat
Rupa2nya ada bacaan tahlil dan doa selamat dimadrasah pejabatnya
Alhamdulillah
Ayol balik dalam pukul 10:30 malam
Adik2 belikannya hadiah harijadi, terus mereka hulur kat dia
Tak sempat abang buka baju kerja hiii


Ingatlah sentiasa,  kami amat menyanyangi mu
Dan kamulah anak yang sulung mama dan papa
Jagalah adik2 mu nanti




Trend terkini, fun colours


Minyak wangi

Mama dan Papa tak beli hadiah
Hanya doa kami mengiringi mu 
Semoga Allah melimpahi kesejahteraan hidup bukan sahaja
Di dunia tetapi di akhirat juga.
Aamiin


18 comments:

  1. Selamat hari lahir, semoga panjang umur, diberi kesihatan yg baik dan bertemu kebahagiaan yang abadi di sana nanti...

    p/s sy pangkat kakak dgn abam jubah rupanya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe SKTJ kakak pada abam jubah?

      Terima kasih atas doa dan ucapan utk anak auntie.

      Delete
  2. Selamat hari lahir pada anak auntie..abang saya pun lahir tarikh yang sama tapi muda setahun,34..semoga panjang umur dan melimpah-ruah rezeki sekeluarga hendaknya.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.
      Terima kasih sudi doakan anak auntie dan ucapan selamat hari lahir juga pada abang ati yea.

      Delete
  3. Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan kembali,

      Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen. InsyaAllah, auntie ziarah nanti.

      Delete
  4. Abam jubah sebaya dengan kita la auntie.. hehehe.. happy birthday abam jubah.. doa seorang ibu adalah sangat sangat terbaik.. dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi Yea ker Shima?

      Terima Kasih ucapan utk abam jubah.

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    Hepi besday abam jubah...moga jadi anak soleh yang sentiasa bahagiakan uncle dan auntie. Aminnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam anyss,

      Terima kasih atas ucapan dan doa. Setakat ni dia anak yang baik utk kami berdua.

      Delete
  6. selamat hari lahir abam jubah....semoga kebahagiaan menjadi milikmu yang abadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih ummi doa dan ucapan utk anak auntie.

      Delete
  7. Selamat hari jadi ...
    semoga Allah rahmati kehidupan Abam sepanjang hayatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih pB atas doa dan ucapan diatas.

      Aamiin.

      Delete
  8. SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN . SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DIPANJANGKAN UMUR DAN SENTIASA DALAM KASIH SAYANG SERTA DIREDHAI ALLAH SWT DUNIA AKHIRAT. AMIN AMIN AMIN YARABBAL A'LAMIN.

    SEDIH BACA ENTRY AUNTY NI......SELAGI DI IZINKAN ALLAH SWT BERNAFAS, IBU YG SOLEHAH TAKKAN PERNAH JEMU BERDOA UNTUK ANAK-ANAKNYA.

    DAH TERMAKTUB BEGITU UJIAN ALLAH SWT PADA ABAM JUBAH, INSYAALLAH ADA HIKMAH NYA.

    UNTUNG ABAM JUBAH, AUNTY SENTIASA DI SISINYA SEMASA IANYA MELALUI DUGAAN INI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Isna atas ucapan dan doa. Aamiin

      Selagi bernyawa, auntie terus berdoa agar abam jubah dan anak2 yang lain mendapat kebahagian.

      Yea dah termaktub ujian abam jubah begitu tapi auntie tahu hikmahNya. Alhamdulillah, abam jubah redha.

      Delete
  9. Insyaallah... Suatu hari bahagia akan menjadi milik dia juga untie. Allah uji dulu sebelum dia memberi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.

      Kadangkala Allah memberi dulu, kemudian disusuli dengan ujian.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...