Followers

Thursday, March 6, 2014

Angkut Air Dari Rumah

Alhamdulillah rumah auntie ada air
setakat musim cantuan berlaku dan melanda sekarang.

Pagi2 lagi kawan auntie datang rumah
Tak kerja ker? tanya auntie
Lambat pagi ni
mungkin apply cuti separuh hari katanya

Datang bertujuan mengangkut air dalam botol2 mineral 3 kilo
(ada lebih kurang 10 botol).
Dah  dua kali angkut
nasib rumah dia tak jauh, taman berdekatan.
Dia ada pembantu lelaki yang mengangkut air2 tu.
Sementara budak tu penuhi bekas2 tu
kawan auntie minta nak mandi
siap bawa baju dan towel
Tak laratlah nani nak mengangkat berat2 gitu,
takut sakit belakang, pinggang dan lengan.
Nasib ada budak ni katanya lagi
Entah,  auntie tak tanya sapa budak lelaki tu
nampak gaya cutting anggota tentera.
Yealah, abang2 kawan auntie tu semuanya
berpangkat Dato dalam tentera
Ada Dato dalam tentera Udara, Laut dan Darat
Hebatkan? hihihihi
Sebab tu ada batman
(Batman - seorang askar yang ditugaskan untuk berkhidmat
dengan seorang pegawai bertauliah ie pembantu peribadi)
Ayahnya pula adalah bekas Panglima Tentera
tahun 80'an dulu.
Sekarang Tan Sri dah berumur 80'an juga.
Boleh sebenarnya, minta kereta bertangki berisi air
Tangki air static yang ditinggalkan depan rumah
auntie cuba cari gambar digoogles tak ada pulak
tapi kata kawan auntie, daddynya tak mahu 
sebab takut air tu tak bersih

Auntie rasa amat gembira bila Allah
memberi rahmatNya
keperluan air yang ada dirumah ni pada kawan auntie
Alhamdulillah
Sharing Is Caring
“Love only grows by sharing. You can only have more for yourself by giving it away to others.” 


Rajin kawan auntie talipon Syabas dua tiga kali berkomplen
Agak2 talian Syabas sudah tentu sibuk
dan telinga pengawai berkenaan mesti panas..hihihi

Auntie terfikir akan kesusahan jika tiada air
tambah2lah yang duduk rumah pangsa yang tiada lift
Warga tua, kena angkut air? Aduhhh kesian
Yang berniaga kedai dan restauran pula
adakah bersih bahan2 persiapan masakkan mereka?
auntie bayangkan, celup2 sayur dua tiga kali
air yang sama buat basuh pinggan mangkok
Wohhhh..cuba elakkan makan dan beli dari luar
apahal pun masaklah sendiri jika boleh

Mandi pula nothing like mandi bershower
auntie tak berapa suka mandi cara ceduk air dengan gayung
tak puas..
tapi jika darurat, suka tak suka tiada pilihan.

Bila berlaku catuan air
terfikir lagi, pokok2 bunga juga harus bersiram
jadi auntie nak kurangkan pasu2 bunga yang ada
Ehhh..herankan pokok bunga? bagaimana pula
yang bercucuk tanam ada kebun sayur dan sebagainya
adakah mereka terlibat? 

Apa2 pun mohon pada Allah untuk hujan turun
moga takungan air di empangan bertambah






Ya Allah, turunkanlah hujan yang munafaat kepada kami
Aamiin



Pili2 Bomba
Bagaimana?
Ada air tak jika berlaku kebakaran ditempat2 catuan air?
Siapa boleh jawab?
Macam2 auntie terfikir..Ishhhhh


16 comments:

  1. Asslamualaikum MM,

    Lama saya tak menyinggah di sini, bukan tak sudi tapi akak dah lama tak berblog.

    Baguslah dapat bersedekah air kepada yang memerlukan, semoga Allah membalas budi baik MM tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam KK,

      Aamiin.

      Terima Kasih sudi menyinggah dan tinggalkan komen.

      Delete
  2. Tempat Aina pun setakat ni alhamdulillah air ada tapi kalau air tak ada jenuh nak hangkut naik tingkat dua.

    ReplyDelete
  3. As salam Kak Nanie.

    Org yg tinggal di Setiawangsa beruntung kerana ada tangki air Syabas yg besar tu. Jadi tak kena catuan peringkat kedua ni. Kami yg di seberang jalan ni kena catu dah 2 hari. Alhamdulillah pagi tadi pukul 10 dah ada semula bekalan air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam YB,

      Moga catuan ni akan berakhir, rakyat sengsara.

      Delete
  4. Alhamdulillah, kat rumah masih ada bekalan air. Sebab kitorang duduk flat, adela tangki besar utk backup. Tapi itupun dah ada kes budak-budak cirit-birit. Mungkin sebab air dari tangki dah contaminated dgn keladak dlm tangki. Memang kena standby air mineral utk minum. Cerita pasal bercucuk tanam, weekend lepas ke Johor lalu tepi satu kebun sayur ni, mungkin org tu berkebun timun atau kacang, tengok kering semua. Tapi, itulah anggap je semua yg jadi ada hikmah. Redha tu kena penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugalah tangki tu dah contaminated. Elok benarlah standbykan air mineral utk minum.

      Yea betullah tu, apa2 redha akan rencanaNya.

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    alhamdulillah, Bangipun tak ada catuan air. selamatlah. Kalau kena catu, mcm manalah nak kena angkut air gamaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam anyss,

      Haah, Alhamdulillah, kesian kat anyss yang masih sakit jika berlaku catuan disana. Aunti e dapat rasa kesusahannya.

      Delete
  6. sama saya
    tak puas mandi bergayung
    apalagi tgh musim panas
    jirus bahu kanan
    lepas tu jirus bahu kiri
    bahu kanan dah kering
    jirus bahu kanan lak
    bahu kiri pulak kering
    ish
    tak puas
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehehe, tulah pasal memang tak puas mandi bergayung...

      Delete
  7. Alhamdulillah. Setakat ini kat rumah saya tak ada masalah air. Esok2 tak tahu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kakcik esok2 tak tahulah, sebab cuaca masih terik dan tidak hujan.

      Delete
  8. Alhamdulillah sampai ke hari ini , rumah masih ada bekalan air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah pB masih ada air...berdoalah utk hujan turun

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...