Followers

Monday, February 10, 2014

Yoko Yoko

Hari Jumaat lalu 7/2/2014
Auntie tumbang, jatuh terlentang
Masa menyiram pokok bunga
Tak ada angin ribut, lantai tak licin
Tak pula tersadung getah paip
Tahu2 jatuh macam nangka busuk
Baju lencun basah bila getah paip terlepas dari tangan
Menjerit2 kesakitan, kedua2 suami dan abam jubah
Datang memapah auntie untuk bangkit
Sakit tak terhingga
Tak pernah auntie jatuh macam tuh
Nasib kepala tak terhentak dilantai

Kata abam jubah, mama ditolak oleh syaitonn
Sebab lagi lima minit dah nak azan
Mama masih diluar rumah main air
Aduhai, yealah lain kali pukul enam 
Mama siram pokok2


Lepas magrib, dah bermula denyut
Dari belakang badan bawa kepinggang
Kaki lenguh dan berdenyut
Tengkok keras sakit bila nak menoleh
Ermmm.. Jenuh badan auntie dilumur
Dengan minyak gamat panas ditempat2 yang sakit

Pakaian, sarung bantal dan cadar
Busuk bau minyak angin
Auntie memang tak suka bau2 gitu
Mulalah rasa mual nak muntah
Menangis memikirkan macam mana boleh jatuh

Solat pun solat express
Berdoa pun tidak selepas solat
Nak baring aja 
Ditilam depan tv diruang tamu
Memang auntie ada tilam sponge
Senang nak baring2 disitu
Tak molek, tak kemas, tak per
Janji auntie selesa
Baring situ depan anak2 dan suami
Merengek sakit, ada orang datang picit2kan
Jika dibilik, sapa pulak nak jengok berkali2

Memasak pun tidak
Beli nasi bungkus aja
Tapi ada sekali tu dah lewat malam
Uncle tepuk2 perut dia
Auntie faham dia lapar dan nak makan supper
Ermmm... Bangun juga lah
Gorengkan telur mata, dan sambal sardin
Makanlah suami tercinta dan anak2 tumpang sekaki
Makan dengan roti gardenia

Minyak gamat panas tu tak memberi kesan langsung
Hampir dua hari juga lah menahan sakit
Pain killer pun tak lut

Anak perempuan auntie Noy bagi minyak untuk muscle sprain
Katanya, dia pakai dilengan, pelipat betis dan tengkok
Selalu dia sakit tempat2 tu bila balik dari membuat penerbangan





Memang terbaik minyak ni
Senang pulak tu
Tak susah nak pakai
Buka penutupnya, terus apply
Tak busuk pun, berangin


Alhamdulillah, dua kali pakai, sakit tengkok hilang
Sakit pinggang dan kaki juga hilang
Bestnya Yoko Yoko ni
Tulah auntie nak share diblog auntie
Supaya sapa2 yang ada stiff neck, sakit lutut dan kaki
Silalah beli Yoko Yoko ni
Memang magiclah...hihihi

Dalam sepanjang hidup
Tak pernah auntie jatuh macam ni
Kena berhati2 selepas ni
Takut juga, umur macam auntie
Kebanyakkan dah reput tulang

Sekarang ni auntie phobia
Nak kebilik air
Nak siram pokok

Sakitnya tak terhingga bila jatuh
Tapi bila lega baru dapat nikmat sihat
Nikmat sihat yang seharusnya dipakai
Untuk mengisi sisa2 hidup dengan perkara2 munafaat



25 comments:

  1. syafakillah auntie...hati2 di lain kali ye..takecare...:-)

    ReplyDelete
  2. Take care kak nanie
    Bahaya jatuh camtu...
    Yoko2 mmg bgs.. Saya serasi menggunakannya sewaktu sakit lenguh2,...
    Cuma ada rasa pijar sikit.. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terim kasih Rahmah.

      Ohhh pernah pakai yea, hihihi kulit nipis d an halus tulah rasa pijar, akak kulit org tua dah tak rasa pijarnya hihihi

      Delete
  3. Semoga kesakitan akak segera berlalu pergi...

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah Auntie Nani dah makin ok...terkejut baca auntie terjatuh tu...huhuhu...
    Orang yang sihat pun kalau jatuh macam-macam boleh jadi, inikan Auntie yang memang tak berapa sihat tu....Apapun semoga Auntie diberikan kesihatan yang baik sentiasa..Amin...

    Auntie, yoko2 tu saya dah bertahun-tahun pakai...memang ada dalam handbag dan dalam kereta sentiasa...in-case kalau terkrem kaki or apa-apa...dan Alhamdulilah memang berkesan....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka auntie bila sue kata serasi pakai yokoyoko bertahun2 sudah.

      Terima kasih doakan auntie. Aamiin

      Delete
  5. Betul la agaknya kata abam jubah tu.. agaknya depa terlanggar. . Tu yang jatuh..
    Alhamdulillah ada orang kat rumah...

    Ada kisah orang tersapu yoko yoko ni kat ketiak... jenuh melompat pijar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah makchaq, jiran pun kata yang sama, dilanggar olehnya

      Amboi, sapa pula sapu yoko yoko diketiak? Huishhh itu memang pijarlah, kesian

      Delete
  6. Laa...Kak Nani lain kali jaga2!

    ReplyDelete
  7. Yoko-yoko ni panas kan untie kalau Aina tak tahan...panasnya menyengat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang fungsi memanaskan saraf2 agaknya, itu yg buat legakan tempat2 yg sakit.
      Auntie suka sebab panas2 berangin hihihi

      Delete
  8. Auntie! terkejut baca auntie jatuh.. hope you are okay now.. hati2 ye.. moga sakit2 yg ada Allah sembuhkan..take care auntie..

    ReplyDelete
  9. Semoga cepat sembuh auntie.saya pun fobia dgn lantai licin sbb pernah jatuh dlm toilet sambil dukung baby, nasib baik baby ok. Pernah jatuh masa pregnant, nasib baik ok .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lah Yati dah jatuh berkali kali yea, extra careful dear. Take care

      Delete
  10. Girl, u better go have a chk s u jatuh tak de sebab - YOKO2 luaran must hv the cardio chk (u layak 1st class) ntah ape-ape yg mudharat. Masa kebumi jumpa my czn's wife cikgu, pernah kna ragut kat Sklh Seafield USJ. 8 years on the small lumpt dah ganggu saraf dn tgn so 17 ni nk ke Ktn biopsy n CT. I told her jgn main-main jatuh (or ditolak tergolek). NI kat luar esok-esok dlm tandas, serious.
    Syngle jgn minyak-minyak for Cardio mcm kita! My bro lg best suruh tepek halia bentong dgn pwg putih. Mujarab kta dia - I go my kardio. He dah OKkan baru I renyah-renyah takut nnti memandu membahayakan orang lain (atau cucu dlm kreta). U not that old, my aunt 75 pun tak old, kalau blm `call - up' mcm another aunt same age - no heart, no KM jus occasional asma. Muka pun muda dari my 65 as she jaga muka n health VitE n bagai. Bdn pun slim almost like girl's days.
    Lucky u. Area blh klua 6:30ptg, we all dengi prone so by 18:30 rush indoors till 20:30. Pray for you skipping about and hear more crita-indah from you.
    Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alfatihah utk arwah.

      Talking about 'call up' i feel my time is almost there, that is why solat taubat is a must everyday especially after solat tahajjud.
      I dont practice taking supplement yet, as my 11 pills twice dailly already makes me crazy hihihi

      InShaaAllah dengan izinNya, i cuba share citer indah2

      Tq for sharing your thought and family experiences here

      You too take care.

      Delete
  11. moga auntie cepat sembuh..
    Yoko Yoko mmg best kann..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Ohhh doktor pun pernah pakai ke, haah yoko yoko terbaik

      Delete
  12. alaaaaa siannya auntie jatuh ni. lenkali takyah la siram2 bunga k. dok umah je or amik angin kat luarjek tgk2 bunga boleh kot
    take care auntie.
    fieza doakan auntie sehat saluuuu so that auntie salu update blog gembirakan readers auntie! :D

    xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah terfikir juga dah tak mahu bela pokok bunga sebab tiada siapa yg minat dalam keluarga auntie.

      Terima kasih fieza doakan kesihatan auntie

      Delete
  13. Salam Nanie,
    Semoga Nanie sudah beransur sembuh. Betul, Nanie, Elok gi cek kat Doc, just in case, ada injury dalaman. Kita doakan takde lah apa-apa, tapi elok pergi cek. Sudah ditakdirkan, bagaimana berhati-hati kita menjaga diri, bila nak jadi, jadilah juga. But I like your green and healthy plants, You have green fingers too,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...