Followers

Thursday, February 13, 2014

Upah 25 sen

Hari auntie berurut, buat dirumah
Kali ni memang tak kenal tukang urut
Abam Jubah yang aturkan, dijemput
dan dihantar pulang tukang urut tu

Sampai rumah lebih kurang pukul 8 pagi
Dan dihantar pulang pukul 10 pagi

Auntie dikehendaki berkemban dalam keadaan duduk
kaki berlunjur mengadap kiblat
Sebelum berurut, dia bertanya auntie nama dan binti
disuruhnya auntie berselawat 3x
(something yang tak pernah tukang2 urut yang lain buat)

Urut dimulai dibahagian kepala
mata auntie biasanya akan terpejam2 menikmati urutan
tapi abah jubah tepuk bahu auntie
dan buat sign language suruh buka mata
Ohhhh..yealah kata auntie
Lama sikit terpejam lagi..
Abam jubah datang lagi dan suruh buka mata
hihihihi

Kemudian bahagian tengkok, kedua bahu
dan bahagian belakang hingga kepinggang
disitulah kawasan yang paling sakit dan derita
selepas jatuh tuh lagilah

Masih dalam keadaan duduk berlunjur
wahhh..menikmati urutan, terpejam lagi mata auntie
Alah lecehlah, asyik kena sound buka mata

Saperti biasa, perangai tukang urut melayu
banyak pok pek pok pek (bercakap)
disuruhnya auntie bersembang
dulu kerja dimana? bahagian apa? anak berapa?
Auntie hanya jawab satu soalan dengan satu jawapan
auntie memang tak dapat nak layan lebih2
sebab memang payah nak dengar apa yang disoalnya
Uncle dan abam jubah lah yang melayan banyak
Huishhhh..peramah terlebih
tukang urut ni memang terlebih mesra orangnya

Auntie masih lagi dalam keadaan duduk berlunjur
Tangan kanan
lengan, tapak tangan hinggalah kelima2 jari
terasa urat berdetus2 bila kena bahagian2 urat yang kejang
Tangan kiri
tangan ni terasa sakit bila diurut
ermmm tangan ni lemah, perbanyakkan buat exercise
untuk jari2,  guna bola getah genggaman katanya
memang auntie ada bola tu tapi auntie
selama ni pemalas, selepas ni nak kena rajinkan dirilah
Alamak, bola tu kat mana? ermm.. kena punggah laci2

Wahhh, lama juga dalam keadaan duduk berlunjur
mula terasa kaki2 kebas
settled kedua2 belah tangan tu,
barulah dia suruh baring telentang

Kaki kiri
Dari peha (tepi alat sulit), pelipat betis hinggalah tapak kaki
Kaki kanan pula
sama teknik yang digunakan
diajarnya abam jubah sedikit macam mana
nak urut kaki mamanya
terasa sedap juga picitan jari2 abam jubah
masa memengang buku lali auntie

Bahagian perut pula
kencing lawas tak?
kata auntie lawas, tiada masaalah
ditekannya bahagian peranakkan
tak sakit bila diuli kiri dan kanan perut

Bahagian dada
tak berapa banyak yang diurutnya
Disuruhnya auntie meniarap pula
Bukan di urut tapi diajarnya auntie
cara nak bangun
separuh badan dalam keadaan bangun
supporting by kedua2 siku dirapatkan
kedua2 tapak tangan dirapatkan
terbuka saperti keadaan berdoa
disuruhnya berselawat dan raut muka hingga kebawah dagu
Ohhhhh....sedap betul rasa urat2 auntie ketika itu
dari tengkok hingga ke belikat..
best sangat
kena lakukan sebanyak tiga kali

Dah tu duduk macam sujud, cara nak bangun dari sujud
yang ni auntie tak boleh nak buat
sebab memang lutut auntie sakit bila duduk cara tu
so skip teknik ni, hanya abam jubah dan uncle
dapat ilmu excercise tu

Dia minta air putih
diayat2kan dan suruh auntie selawat 3x
dan minum habiskan dengan sekali teguk
Selesai sudah

Auntie bertanya, nak sarapan tak
ada mee goreng, dia kata ada appointment lain pula
nak cepat, tak payahlah
ewah..nak cepat tapi sembangnya kemain tadi
Ishhhh..

Sempat auntie bertanya umurnya
she is 53 years old.

Auntie kemudian masuk bilik, pakai baju
dan ambil duit untuk upahnya
bersalam dan menghulur duit tu padanya
dia ambil tapi terus pulangkan ditangan auntie

Kenapa pulak ni? tanya auntie
Nampak abam jubah berdiri
Uncle pun berdiri
Uncle capai seluar dan tercari2 duit kecil
abam jubah hulurkan duit 0.25 sen pada dia
dia kemudian, ambil duit kertas yang auntie pegang
disatukan dengan duit siling tadi
dan berlakulah pemberian upah bersalam secara akad
Ohhhh..0.25 sen lah isu nya

Auntie pun bertanya
untuk apa 25 sen tu? Nak beli sugus ker?
semua ketawa
Katanya dia beli minyak dengan duit tu
cara pukal dapat murah sikit
Pada auntie jawapan yang tak dapat markah penuh
sikit punya lama nak kumpul 25 sen
untuk beli minyak urut..hahahahaha

Badan auntie dan kepala penuh dengan minyak
Uwekkk sesuatu yang auntie kurang gemar sebenarnya
macam keadaan dalam berpantang bersalin

Urut2 memang process yang baik untuk badan
tapi kadang kala boleh demam urat dibuatnya
harap auntie tak demam dengan urutan hari ni

14 comments:

  1. beli sugus. hehehe..
    auntie, ai tak penah berurut. sedap sungguh kot rasanya ye? ai selalu terbayang sakit bila org picit2 & geli. ngeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh masa dalam pantang tak berurut ker?
      Cubalah, ringan rasa badan selepas berurut

      Delete
    2. ye auntie, dlm pantang pun tak penah langsung :(

      Delete
  2. Assalam auntie, seronok bila berurut ni. Boleh jadi ketagih. Lagi-lagi kalau badan tgh stress. Fuhh, mmg sampai tertido. Saya pun macam tu, kalau dapat diurut badan ni mmg confirm akan tido..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Huda,

      hehehehehe siapa yang biasa berurut memang akan teringin berurut setiap bulan.
      Jika urutannya sedap memang boleh tertido

      Delete
  3. Aunty, ada saudara sy mmg ambil 25 sen sbg pengeras, kalau tak nnt bdan dia pula yg sakit2... Cuma upahnya tu sedekah kita ikut kemampuan... Mungkin tukang urut tu pun sama... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auntie masih tak paham mengapa 25 sen?
      Pengeras tu apa?
      hehehehe sedekah tiada dalam kamus dengan kebanyakkan tukang urut
      dah siap ada rege atas khidmatnya

      Delete
  4. Saya pun br lepas beurut. Selalunya 25 tu pengeras tukang urut supaya penyakit org yg dia urut tak kena bias pada si tukang urut. Yerlah takkan dia nk cakap mcm tu.. saja jelah ti doa ckp nk beli minyak. Saya suka berurut dgn bidan kat kg instead of org indon ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh..gitu yea Zareda, entahlah auntie tak faham, kuat betul 25sen sebagai pengeras, can protect or defend herself..hihihihi

      Urut orang indon di indon sedap, diMsia mereka tak mahir sebab bukan pro

      Delete
  5. bestnya berurut...saya pernah jatuh pn dh lm xberurut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Urutlah lala.
      Sekarang mahal tukang urut siap letak rege

      Delete
  6. Makchaq tak suka berurut....geli x selesa.

    Masa lepas bersalin pun anak pertama & kedua ja berurut.. bersalin ke 3 sampai 5 tak berurut pun.. x suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh,, rasa geli tu boleh dihilangkan oleh pengurut lama.
      Akak dulu pun geli bila tukang urut pegang kat pinggang
      menyenget2 badan akak mengelak tapi makcik tu jampi apatah
      kali kedua datang mengurut dah okay

      Makchaq tak suka sebab mungkin belum jumpa yang betul sesuai.

      Delete
  7. Saya pun suka diurut. Nasib baik suami pandai mengurut. Kalo penat atau lenguh mmg akan suruh dia urut. Kdg2 tak lenguh pun suruh dia urut jugak sbb dah terbiasa. Hihi..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...