Followers

Friday, February 14, 2014

Ucapan Untuk Cucunda

Luluh hati auntie nak mulakan menulis entry ni
tapi auntie masih mahu meneruskannya juga

Semalam uncle telah mengumpulkan gambar2 lama
cucundanya dari ablum fbook dan tag kat auntie
Mengapa dia berbuat begitu ?
mungkin kerinduannya yang amat2 terhadap cucundanya..
Uncle adalah seorang yang amat penyayang dan penyabar
Dia jarang mencurah perasaannya, baik soal cinta
sedih atau gembira
Auntie sangat2 hiba bila memandang wajahnya yang tenang
tapi auntie tahu, ianya juga terluka
percubaan auntie untuk menahan supaya airmata
jangan menitis tapi gagal, gugur juga akhirnya

Auntie tidak mahu menyingkap kisah lama
biarlah ianya berlalu..

Hari ini genaplah tiga tahun cucunda auntie
satu2nya zuriat dari anak sulung lelaki auntie


Amat tinggi kesabarannya
(hingga mengidap darah tinggi)


Diiringi rasa kesyukuran pada Allah
Nenda dari Kuala Lumpur mengucapkan Cucunda ku
Nur Zara Sofea


Gambar terbaru dengan kereta
hadiah daddynya pada umur satu tahun

Selamat Menyambut Hari Kelahiran Mu Yang Ketiga
Semoga dipanjangkan umur
Umur yang bermanafaat
Menjadi anak yang solehah 
Berjaya di dunia dan akhirat
Diberkati dan dirahmati Allah swt
Aamiin





Bila besar nanti
Sofea jangan lupa keluarga mu,
darah daging mu di Kuala Lumpur
Ti Peej, Ti Noy dan Cle P G diKuala Lumpur 
mereka juga amat2 menyayangi dan merindui mu
Tokpapa dan Tokmama 



From your grandpapa dan grandmama

A granddaughter is a wonder gift
a treasure from above
She fills our life with happiness
A granddaughter brings a special joy
that comes from deep inside
She fills our hearts with pride
With the 3 years that passes by
She is special and adorable
No words can describe the warm memories
that comes from having a granddaughter


Doa kami disini 



Aamiin






25 comments:

  1. sedihnya aunty.. semoga aunty sekeluarga tabah ya.. kita doakan yang baik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin atas doa chuya utk keluarga auntie.

      Delete
  2. untie..sedih nya..menahan rindu dgn cucu ..knp smpi bgtu lama..cucu untie tak bole d bw berjumpa dgn untie..bkn jauh kl dgn melaka..sampai hati mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua yang ada hati perut akan terasa sedih atas perbuatan manusia yang sebegitu.
      Biarlah Allah swt menentukan balasannya diPadang Mahsyar nanti.
      Kami pasrah.

      Delete
  3. menangis saya baca entri ni ...teringat arwah ayah betapa dia terlalu menyayangi anak kami...walaupun disaat2 akhir ketika sakit masih lagi bertanyakan kbrnya yg demam...Ya Allah..rindunya pada arwah ayah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea Normah, halusnya hati mu membaca dengan titisan airmata.
      Semua atuk nenek amat2 menyanyi cucunya tapi bagilah kasih dan sayang berpada2
      sebab kasih dan sayang ayah dan ibu terhadap anaknya adalah lebih erat lagi.

      Delete
  4. Replies
    1. Penulisan auntie dilayar putih ni memang utk bacaan cucu bila besar nanti.
      Isi penulisan memang manis tapi dihati kami cuka yang menjeruk.
      Allahu Akbar.

      Delete
  5. Hepi besday dear Zara. You share the same birthday month with Imaad. Both r 3 now n both will turn out to be someone great in future insyaa Allah...be strong both of you for things might not be that easy...Zara, I know how much your granny loves you n don' t forget that. Kak nanie, sabar lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Hani for the wish.

      The cut is so deep Hani, even though it will gets well aftersometime but the scars are still visible.

      Allahu Akbar.

      Delete
  6. Allah Allah sayu hti saya auntie..semoga allah membuka hati insan yang menjauhkan cucu ini dari keluarganya...semoga hubungan ini baik kembali...amin ya rabb.....sabar ye auntie...doa org yg teraniaya amat mustajab....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih ummi atas doa kebaikkan.

      Auntie juga kesian pada mereka sebab masih belum mendapat hidayah dari Allah utk pembersihan hati.
      Amat2 kesian.

      Delete
  7. comel cucu unty..:)

    maaf bertanya, kenapa dgn cucu unty?berjauhan ke?

    maaf ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih, memang Allah telah mengurniakan seorang cucu yg sempurna, comel dan cerdik.
      Auntie tidak mahu mehyingkap kisah lama.
      Ada ada menulis kisah2nya, salwana belek2lah dilabel Zara.

      Delete
  8. happy birthday cucunda auntie..
    sebak saya baca entry auntie ni,
    saya doakan moga² auntie sekeluarga berbahgia senantiasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ucapan pada cucu auntie dan terima kasih sekali lagi atas doa utk keluarga auntie.

      ietams selalu tinggalkan jejak disini, terima kasih yea.

      Delete
  9. Assalamualaikum Auntie

    Selamat hari jadi Nur Zara Sofea

    amin doa2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam Warahmatullahi Wabarakatuh atuk.

      Terima kasih aamiin kan doa2 auntie, terima kasih atas ucapan utk cucu.

      Delete
  10. Kesiannya.....Harap dibaca posting ini oleh pihak sebelahsna......dan berubah hati,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kesemua mereka baca penulisan auntie, malah kaum kerabat mereka juga jadi tali barut menokok tambah.

      Heran kami bagaimana hati mereka keras macam batu, kononnya mereka memegang adat lama..."biar mati anak jangan mati adat"
      Allahu Akbar, persoalannya adat tu tidak mengikut garisan dan bertentangan dari syariat yang tentukan oleh Allah swt.

      Semoga Allah ampunkan perbuatan keji mereka.

      Delete
  11. Assalam Nur Zara Sofea luahan dan ingatan tulus ikhlas dari hati insan insan yang sayangi diri mu walaupun sekadar dari kejauhan

    ReplyDelete
  12. Ya Allah.. sesungguhnya auntie & family telah dianugerahkan kesabaran yg sangat tinggi.. menitis2 air mata saya tatkala membaca entry ni.. sedihnya..

    ReplyDelete
  13. Ya Allah, sebaknya -______-'

    ReplyDelete
  14. Anak tersebut akan membesar bkn makin kecil.
    Lambat laun dia akan mencari juga siapa darah daging dia selain dari pihak sana.
    Ai harap auntie sekeluarga tawakal, jgn berhenti berharap dan berusaha tak kira zahir dan batin untuk dia.
    Tapi ingat, jgn terlalu memikirkan, kelak mudarat diri.
    Auntie sekeluarga perlu sihat demi mencapai cita2 yg dihajati.
    Jika kebaikan yang diberikan, In sya Allah penghargaan yang dikembalikan.

    Sayang auntie.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...