Followers

Tuesday, February 11, 2014

Berdrama Nangis2

Semalam tengahari auntie ada tetamu
Adik perempuan uncle yg satu satunya yg masih hidup
Suami, anak perempuan dan cucunya juga.
Mereka datang mengejut tak pulak sms uncle
Punya lah rindu, berpelukkan kami sampai berdrama nangis2
Uncle dan auntie memang dah lama tak balik Melaka

Mereka datang melawat kami
Sebab minggu depan mereka akan
Menjalani ibadah umrah untuk kali pertama
Seronok auntie berbual ttg pengalaman auntie di Mekah dan Madinah
Sampai suaminya minta buku untuk menyalin tips ibadah disana

Auntie juga bekalkan mereka sejadah, stokin, seluar putih dan pelikat
Sebab adik ipar auntie belum menyopping pakaian utk kesana

Sempatlah juga auntie menjamu mereka makan tengahari


Auntie tak sihat nak berhidang sakan
Memang terjun kampung habis

Rezeki semalam utk tetamu 




Tak pun auntie tambah telur dadar dan ikan masin
Huhuhuhu jika sihat memang auntie tambahkan
Sian mereka makan lauk2 auntie cam gitu aja

Tapi auntie rasa sungguh gembira dapat menjamu 
Memang auntie jenis suka jamu menjamu tamu

Moga pemergian mereka ketanah suci atas urusan umrah
Suatu perjalanan yang indah dan di permudahkanNya 
Aamiin




10 comments:

  1. sedappnya semua menu-menu auntie..
    semoga kesihatan auntie sentiasa baik hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih sudi mendoakan kesihatan auntie. Terharu

      Delete
  2. Assalamualaikum Auntie

    Insyaallah...dipermudahkan mereka mengerjakan umrah
    moga memperolehi umrah yg mabrur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikumusalam,
      Mudah mudahan. Aamiin

      Delete
  3. Sikap auntie ni memang patut dicontohi...dalam keadaan kurang sihat auntie tetap memasak dan melayan tetamu.auntie..saya semalam try masak kari ikan ikut resepi auntie..memang sedap.kalau auntie yang masak tentu lagi lazatt..terima kasih sudi berkongsi resepi, cerita dan pengalaman auntie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang elok sangat jika tetamu dilayan dgn hidangan masak sendiri dengan keikhlasan.

      Suka auntie Ayu ambil pakai resepi kari warisan keluarga auntie, Alhamdulillah

      Delete
  4. Kakak pun tahu auntie memang jenis suka menjamu org. Walau pergerakan terbatas tapi kalau dah jenis org rajin tetap gigih juga masak utk menjamu tetamu.

    Moga mereka diberi kesihatan terbaik utk menjalankan ibadah di sana

    Rindu menggamit bila dengar org nak pergi haji atau umrah kan auntie. Semua terbayang balik depan mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah dari auntie ikut arwah mak yg suka menjamu tetamu.

      Moga Allah menjemput lagi kesana. Aamiin

      Terima kasih doakan kesihatan auntie

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...